![]() |
Geliga Embun |
Keberangkatan
tiba Raja Mudzaffar itu telah disambut oleh orang-orang Perak di Beting Beras
Basah iaitu di Kuala Sungai Perak. Menurut cerita lisan,[1]
waktu bakal Sultan ini mudik Sungai Perak, kapal baginda tersangkut di Beting
Beras Basah. Kemudian Raja Mudzaffar telah berseru.”[2]
“Selilit Tanah
Minangkabau
Selengkung Pulau Perca
Dilingkungi ular sakti
muna
Sebenarnya aku menjadi
Raja
Jauhkan aku segera mala
petaka
Perpisahan aku di
Selat Melaka”
Selepas seruan itu barulah kapal
kenaikan Raja Mudzaffar dapat bergerak terus mudik ke hulu sehingga sebuah
tempat bernama Tanah Abang yang bermakna ‘Tanah
Merah’[3] iaitu Teluk Bakong hari ini. Di sinilah
lebih kurang dalam tahun 1528, Raja Mudzaffar Shah ditabalkan sebagai Sultan
Perak yang pertama dan bergelar Sultan Mudzaffar Shah. Pada masa pertabalan
Sultan Mudzaffar Shah itu Tun Saban dan Tuk Temong datang mengadap membawa
persembahan 77 ekor gajah sebagai hadiah dari rakyat di Hulu Perak dan Temong.
Tuk Temong juga telah menghadiahkan tangkal azimat bernama Geliga Embun yang sehingga kini menjadi alat kebesaran kerajaan
Perak.
Menurut Sejarah Melayu, Sultan Mudzaffar Shah
dijemput Seri Agar Raja Tun Mahmud anak Paduka Tuan Tun Isap Berakah dating ke
Perak dan dilantik sebagai Bendahara Kerajaan Perak yang pertama.[4]
Jawatan Bendahara menjadi kosong
bila Tun Mahmud dititahkan balik ke Johor. Sultan Mudzaffar Shah dikatakan
telah melantik Megat Terawis[5]
sebagai Bendahara Perak yang baru. Perlantikan ini menimbulkan rasa tidak puas
hati Tun Saban[6].
Tun Saban kemudian mengisytiharkan
dirinya sebagai pemerintah yang bebas di Hulu Perak manakala adiknya Tun Perobu
yang dikenali sebagai Tuk Temong dilantik menjaga Temong dekat Kuala Kangsar.
Setelah Tun Saban dapat dialahkan oleh Megat Terawis, Sultan Mudzaffar Shah
melantik Megat Terawis menjadi Bendahara Paduka Raja. Sejak itu jawatan
Bendahara diwarisi oleh keturunan Megat Terawis sehingga tahun 1740-an.
Bagaimanapun sebagai mengenang jasa Tun Saban, keturunan beliau dilantik
menjadi orang Besar Perak dengan gelaran Orang Kaya-kaya Seri Adika Raja
sehingga hari ini[7].
Sultan Mudzaffar Shah I memerintah
Perak selama lebih kurang dua puluh satu tahun dan mangkat dalam tahun 1549.
Jenazah baginda dimakamkan di Tanah Abang dan disebut Marhum Tanah Abang.
Sultan Perak yang kedua (1549 –
1577) ialah Raja Mansor, iaitu putera Sultan Mudzaffar Shah dengan isterinya
Tun Terang (anak Tun Fatimah, bonda turut Marhum Tanah Abang). Marhum Tanah
Abang mempunyai enam orang putera dan puteri, iaitu Raja Mansor, Raja Dewi,
Raja Ahmad, Raja Abdul Jalil, Raja Fatimah dan Raja Tengah. Raja Mansor apabila
menaiki takhta Kerajaan Perak, memakai gelaran Sultan Mansor Shah[8].
Baginda bersemayam di Kota Lama Kanan dekat Kuala Kangsar. Di masa
pemerintahannya, Sultan Mansor Shah dan Bendahara Megat Terawis telah berangkat
ke Hulu Perak dan menetapkan sempadan negeri dengan negeri Reman di satu tempat
bernama Tapong. Sultan telah meletakkan seorang wakil baginda bagi memungut
cukai lombong, khususnya di kawasan Kelian Intan.
Semasa pemerintahan baginda, Siam
telah menyerang negeri Perak. Tentera Siam telah mendapat di Pangkalan Lumut.
Dalam pertempuran di Setiawan, Raja Ali menantu Sultan telah terbunuh. Akhirnya
dalam persetujuan perdamaian dan sebagai tanda persahabatan Kerajaan Perak juga
bersetuju menghantar Bunga Mas setiap tahun kepada Kerajaan Siam. Kerajaan
Perak juga bersetuju membenarkan orang Siam membeli timah di Perak.
Di antara
pembesar itu ialah Tun Saban[1]
yang memerintah kawasan Hulu Perak. Tun Saban menghantar adiknya yang bernama
Tun Perabu memerintah kawasan Temong dekat Kuala Kangsar. Terdapat juga riwayat
yang menyebutkan Tok Temong mempersembahkan satu geliga embun kepada Sultan
Mudzaffar Shah I dalam istiadat pertabalan di Tanah Abang. Geliga embun
kemudiannya menjadi salah satu daripada alat kebesaran Kerajaan Perak.[2]
Geliga
atau Mestika Embun, menurut ceritanya geliga atau tangkal azimat
ini adalah hadiah Tun Perak atau Tuk Tuan Puteh kepada Sultan Muzffar Shah
semasa ditabal sebagai Sultan Perak di Tanah Abang dalam tahun 1528. Tuk Perak
yang lebih dikenali dengan nama Tuk Temong telah datang dari Hulu Perak bersama
tujuh puluh ekor gajah untuk menyampaikan persembahannya itu. Di istiadat
pertabalanitulah Tuk Temong memohon Sultan Muzaffar dan keturunannya memerintah
kawasan Temong hingga ke Hulu Sungai Perak. Malah Sultan Muzaffar Shah juga
memperkenankan permohonan Tuk Temong supaya Sultan Muzaffar Shah dan keturunan
yang mewarisi takhta kerajaan Perak menghadkan ‘kawasannya di tebing sebelah
kiri (hanyut) sungai-sungai Perak sahaja.[1]
~ Dipetik dan diolah dari Cempakasari : Sejarah Kesultanan Perak, Geroda Merah, 2016.
[1] Tun Saban dikatakan
berasal daripada Melaka dan bersama Sultan Mahmud Melaka berhijrah ke Kampar
(Sumatera). Kemudian Tun Saban berpindah ke Petani dan terus ke Hulu Perak
menetap di Relab Reli. Lihat Raja Razmanet. Al., Hulu Perak Dalam Sejarah, (Ipoh, 1973) dan A. Halim Nasir, Sejarah Perak. (Kuala Lumpur: Muzium
Negara, 1977), hlm. 90.
[2] Halim Nasir, Ibid, hlm.
92.
[1] Ulangtahun ke-40
Perkahwinan Diraja dan Jubli Emas Istana Iskandariah (1984), hlm. 34.
Bagaimanapun Sultan Idris I (1889 – 1916) telah memulakan tradisi baru dengan
membina di tebing kanan Sungai Perak. Dalam tahun 1895 telah dibina istana di
Bukit Chandan yang dinamakan Istana Negara. Dalam tahun 1930 Istana Negara
dirobohkan untuk pembinaan Istana Iskandariah yang ada pada hari ini.
[1] Diperolehi oleh almarhum
DYMM Paduka Seri Sultan Idris al-Mutawakkil Allallahi Shah, sila lihat N.A.
Halim, Tempat-tempat Bersejarah Perak,
(Kuala Lumpur: Jabatan Muzium, 1981) hlm. 67.
[2] Ibid., Menurut tulisan
dalam Hulu Perak dalam Sejarah (hlm.
4) titah seruan itu berbunyi:
“Sa-lengkong Tanah Minangkabau
Sa-lilit Pulau Perca
Di-lengkong ular Si-kotimuna
Terpisah Selat Melaka
Jika sah Beta Raja Berdaulat
Lepaslah sekalian Malapetaka.”
[3] Sila lihat buku Hulu Perak Dalam Sejarah (hlm. 4 – 5)
mencatatkan kisah asal usul nama Tanah Abang itu berasaskan cerita sengketa dua
beradik.
[4] Shellebear, Sejarah Melayu (Singapura: Malaya
Publishing House) Tun Mahmud kemudiannya dipanggil balik ke Johor oleh Sultan
Alauddin Riayat Shah II. Lihat pengkisahannya dalam Winstedt, A History of Perak, hlm. 7 – 9.
[5] Megat Terawis adalah di
antara pengiring Sultan Mudzaffar sejak dari Kampar lagi.
[6] Pengkisahan Tun Saban.
[7] Lihat salsilahnya dalam A.
Halim Nasir, Sejarah Perak, hlm. 111
– 113 dan pengkisahannya dalam Hulu Perak
Dalam Sejarah.
[8] Winstedt, History of Perak, hlm. 125.