Ahad, 17 November 2019

Penting Sangatkah Tapak Warisan Negara?

Dalam beberapa hari ini malah saban tahun kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah tapak warisan yang tidak di jaga atau di pulihara. Apa pun alasannya ia tetap menjadi satu beban dan masalah kepada semua pihak kerana kemampuan untuk mengadakan kos bagi memelihara tapak-tapak ini. 
Walau apa pun alasannya, saban tahun tidak ke semua tapak warisan yang ada ini menerima nasih yang baik dan kebanyakkan darinya telah hilang di telan zaman. Hanya segelintir saja yang bernasib baik.

Kita sedar dan sebolehnya cuba akur dengan keadaan itu, namun kita sering tertanya-tanya mengapa negara luar begitu menjaga tapak-tapak warisan mereka dan berjaya menjadikan ia sebagai salah satu punca pendapatan negara dan masyarakat setempat. Dek kerana itu kita merasakan seharusnya negara kita sendiri mempunyai keadaan yang sama. Saya sendiri sudah melawat hampir kebanyakkan tapak-tapak yang wujud di negara ini dan tidak dinafikan terdapat sebilangan galeri-galeri yang di bina bagi memperingati sesuatu sejarah yang pernah berlaku di dalam negara ini. Begitu juga kewujudan muzium di seluruh negara telah menambahkan lagi keperluan kepada peri pentingnya menjaga semua warisan Melayu yang ada di negara ini. Namun sejauh mana hal ini berjaya di jaga dengan rapi?. 



KITLV_-_150813_-_Lambert_&_Co.,_G.R._-_Singapore_-_Port_at_Singapore_-_circa_1890.tif


Saya pernah mengusulkan supaya tapak Kota Kuala Kedah di angkat sebagai tapak warisan UNESCO. Saya dan pensyarah saya memohon dana kajian bagi melihat sejauh mana sejarah dan kesan sosio ekonomi terhadap tapak KKK ini. Namun apa yang di tulis. Tapak warisan tidak ada nilai komersil. Itulah sebenarnya hasil yang kita dapat apabila manusia bukan bidang mengawal sesuatu yang tidak diminatinya. Akhirnya kita semua terpaksa akur bahawa sejarah kita bukanlah dimusnahkan oleh kaum lain tapi oleh bangsa kita sendiri. Bagitu jugalah yang berlaku kepada tapak-tapak warisan yang lain. Tidak di jaga dan dibiarkan kerana tidak mempunyai nilai wang kepada negara dan masyarakat pada para penguasa yang duduk di pejabat-pejabat kerajaan. 

Pada saya bukan masalah ia tidak ada nilai komersial tetapi sejauh mana kita dari semua lapangan bersatu dan berusaha supaya tapak warisan ini dibangunkan dan dijadikan sumber pendapatan. Projek tak boleh mark up barang kali jadi mereka tidak ambil peduli. 

Saya ke Lawang Sewu di Semarang melihat bangunan pejabat keretapi yang dijadikan tapak destinasi wajib bagi mana-mana pelancong dari dalam dan luar negara. Show case yang dipamerkan sangat sederhana tetapi berjaya menarik jutaan pelancong ke situ. Fokus utamanya adalah bangunan pejabat keretapi itu sendiri. Bangunan kolonial.

Dari satu sudut, orang Indonesia hari ini tidak lagi boleh berbahasa Belanda dan pensejarahan Indonesia sendiri sebolehnya cuba menghapuskan peranan Belanda sehingga sangat sukar untuk melihat sejarah Indonesia pada zaman imperialisme. Tapi orang Indonesia tidak pula memusnahkan tapak warisan mereka kerana benci kepada Belanda. Bangunan ini tadi dijadikan pusat pembuat wang yang kemudiannya digunakan untuk negeri masing-masing. 

Di Malaysia, tanpa ada inisiatif dan sejarah tidak dilihat sebagai satu perkara yang menguntungkan akhirnya jalan mudah ialah menanam di kepala orang Melayu bahawa sejarah cuba dihapuskan oleh kaum lain. Hairan bukan?. Tapi itulah mentaliti yang sedang kita hadapi kini. Buat kerja sekadar ada saja. 

Saban tahun ke luar negara melawat muzium negara luar, sanggup bayar wang masuk dan merasa kagum melihat hasil seni sejarah mereka tapi bila balik ke Malaysia. Kerjanya hanya kagum, sedih dan pelik dengan keadaan negara. Akhirnya yang di jawab

"Tapak warisan tidak ada nilai komersial".

Mentaliti Jamban!.