Sabtu, 4 April 2020

REVOLUSIONER MELAWAN KOMUNISME DI PARIS PASCA PERTEMPURAN WATERLOO



Pada tahun 1871 iaitu selepas kejatuhan mendadak pasukan Imperialis Perancis dalam Pertempuran Waterloo yang memalukan, Paris akhirnya telah jatuh dibawah kepungan Prusia yang mendorong kepada penubuhan Republik Ketiga yang bersifat Komunisme-Sosialis versi Karl Marx.

Walau bagaimanapun, penubuhan Republik Ketiga ini tidak dipersetujui oleh para Revolusioner Perancis yang menganggap kerajaan baharu itu sebagai boneka pihak Sekutu yang tiada sifat nasionalisme.

Oleh itu, setelah kepulangan para tentera Imperialisme Grand Army dari perbatasan khususnya setelah tamat Pertempuran Waterloo, mereka yang merupakan tentera Revolusioner yang sangat taat kepada Napoleon Bornapate pimpinan Mejar Jeneral Patrice De Macmahon telah merangka satu rancangan bagi merampas semula Paris daripada pemerintah Republik Ketiga yang dianggap sebagai Komunis dan boneka kepada pihak Sekutu.

Peristiwa yang dikenali "Bloody Weeks" kemudiannya telah mencetuskan satu tragedi berdarah apabila pihak Komunis yang menguasai Republik Ketiga telah membunuh lebih 10,000 orang awam, majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak. Pembantaian ini juga merupakan satu mesej oleh pihak Komunis kepada pihak Revolusioner.



Rentetan itu maka tercetuslah peperangan antara tentera Imperialisme yang menjunjung doktrin Revolusioner era Napoleon Bornaparte menentang pihak Komunis dalam Republik Ketiga di Paris pada tahun yang sama.

Dalam peperangan ini, Perancis telah berpecah kepada dua blok iaitu pihak Revolusioner pro Imperialis menentang kerajaan Republik Ketiga yang dipimpin oleh Komunis. Akhirnya, pihak Republik Ketiga telah tewas dan terpaksa meninggalkan Paris di bawah kawalan blok Revolusioner.

Selepas kegagalan di Paris, saki baki kerajaan Republik Ketiga telah berundur ke Versailles dan cuba membina kembali kekuatan di sana dengan sokongan pihak Sekutu tetapi kedudukan mereka di Versailles telah diserang tanpa henti oleh tentera Imperialis yang menyokong kerajaan Revolusioner di Paris walaupun mereka cuba menggunakan helah dengan mengugut untuk membakar Gereja Nostre Dome yang merupakan bangunan gereja tua yang pernah menjadi tempat pertabalan Napoleon Bonarpate sebagai Maharaja Perancis. Akhirnya, Republik Ketiga tetap berjaya dikalahkan sehingga para pegawai kerajaan Republik Ketiga terpaksa melarikan diri daripada Perancis dan menuju ke Prusia untuk mendapatkan perlindungan.

Kegagalan campur tangan Prusia untuk mempertahankan kerajaan Republik Ketiga akhirnya telah membawa kepada perjanjian damai yang memalukan pihak Prusia dan Sekutu. Pihak Revolusioner akhirnya telah mengulangi kegemilangannya pada tahun-tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1789 ,1830 dan 1848 ketika Perancis menjadi Empayar tunggal yang menguasai dataran Eropah di bawah pimpinan Napoleon Bornapate

Sumber: History of the Hour Pages

-RADZ VON KOENIGSTRAUD

INTERPRETASI BUNGA EMAS: SIMBOL PERSAHABATAN ATAU NAUNGAN.



Apabila mengupas isu Bunga Emas, pasti soal hubungan Negeri-Negeri Melayu Utara-Siam tidak dapat dipisahkan. Menurut perspektif Negeri-Negeri Melayu, amalan penghantaran Bunga Emas kepada Siam hanyalah sekadar tanda persahabatan yang terjalin erat antara dua kerajaan. Sebagai contoh, di pihak Kedah amalan penghantaran Bunga Emas ini telah dicatatkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa sebagai tanda kegembiraan dan hadiah kepada Raja Siam kerana berjaya memperoleh seorang putera. Di pihak Terengganu pula, amalan penghantaran Bunga Emas adalah amalan yang dimulakan oleh Sultan Mansur I iaitu Sultan Terengganu kedua sebagai balasan atas pemberian hadiah-hadiah berharga oleh Raja Siam kepada baginda sebelum itu.

Namun begitu, pada perspektif Siam amalan penghantaran Bunga Emas oleh Negeri-Negeri Melayu Utara kepadanya adalah sebagai satu bentuk ufti yang menandakan naungannya ke atas Negeri-Negeri Melayu Utara.

Selepas Kejatuhan Ayyuthaya pada 1767, Bunga Emas ini seolah-olah menjadi satu amalan wajib yang perlu dipenuhi oleh Negeri-Negeri Melayu Utara sebagai "jaminan keselamatan" daripada ancaman Siam. Setelah runtuhnya Dinasti Thonburi dan bangkitnya Dinasti Chakri melaui Raja Rama I, kewajiban amalan penghantara Bunga Emas setiap 3 tahun sekali daripada Kedah, Terengganu, dan Kelantan adalah merupakan bukti bahawa kesemua kerajaan tersebut tunduk kepada naungan kerajaan Siam.

Menurut catatan Hugh Clifford yang pernah menjadi Persuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri Selat pada tahun 1827, nilai sepohon emas adalah sebanyak 1000 

pound.

Menurut catatan pada Inskripsi Sukhothai tahun 1283-1306, disebutkan bahawa amalan penghantaran Bunga Emas ini telah bermula sejak zaman Sukhothai lagi. Bunga Emas akan dihantar kepada Sukhothai melalui Ligor dan selepas kejatuhan Sukhothai pada 1350, dasar ini tetap diteruskan oleh kerajaan Ayyuthaya.

Setiap pohon Bunga Emas dan Bunga Perak akan dikumpulkan setiap 3 tahun sekali. Antara wilayah yang terlibat ialah:

1. Ujung Tanah

2. Melaka (Melaka menghantar ufti sebanyak 48 auns emas dan sekiranya ufti tidak dihantar maka mereka akan diserang. Pada zaman Sultan Muzaffar Shah, Melaka pernah diserang oleh Ligor sebanyak 3 kali namun gagal)

3. Melayu

4. Muar

5. Tenang Sri

6. Perak

7. Thawai

(7 wilyah ini menghantar 3 Bunga Emas 3 Bunga Perak setiap 3 tahun sekali)

I. Senggora

II. Patthalung

III. Phangnha

( 3 wilayah ini menghantar 2 Bunga Emas dan 2 Bunga Perak setiap 1 tahun sekali dan dikumpul selama 3 tahun.)

Jumlah kesemua 18 pohon Bunga Emas dan 18 pohon Bunga Perak ini akan dikumpul oleh kerajaan Ligor sebelum diserah kepada kerajaan Ayyuthaya. Selain itu menurut catatan Mandiarapala (Undang-undang Kerajaan), terdapat juga wilayah-wilayah lain yang turut menghantar ufti ke Bangkok iaitu Nagara Huan, Sri Satanaguhata, Chiengmai, Ton U, Chiengkari, Chiengkran, Chiangsaen, Ciengrung, Chiengrai, Hsenwi, Khermaja, Pharae, Nan, Taidon, Gotrapon, Reo Kaeo, dan Varavari.

Di dalam Hikayat Nakhon Sri Thammarat, 12 buah wilayah yang berada di bawah kuasa Ligor telah disimbolkan berdasarkan Kalendar Naksat 12 wilayah yang  merupakan wilayah yang berada di bawah pengaruh dan tanggungjawab Ligor. Isu dan persoalan mengenai Bunga Emas ini masih diperdebatkan oleh majoriti sejarawan yang mengkaji tentang hubungan Melayu-Siam.

Di mata sejarawan Malaysia, majoriti memandang Bunga Emas sekadar sebagai simbol persahabatan antara dua kerajaan yang telah disalaherti oleh pihak Siam, sebaliknya pada pandangan sejarawan Thailand majoriti tetap beranggapan bahawa Bunga Emas merupakan ufti yang menjadi simbol tunduknya Negeri-Negeri Melayu di bawah naungan Siam.

Para sejarawan Malaysia berhujah bahawa amalan penghantaran Bunga Emas kepada Siam hanyalah sekadar simbolik persahabatan sebagaimana persahabatan antara Melaka dan China Ming melalui pertukaran hadiah berharga dan kunjungan diplomatik antara kedua-dua kerajaan tetapi hal ini tidak bererti Melaka berada di bawah naungan atau jajahan China Ming, maka begitu juga status Bunga Emas yang dihantar oleh Negeri-Negeri Melayu kepada Siam tetapi disalaherti oleh pihak Siam sendiri sebagai satu bentuk ufti.

Para sejarawan Thailand pula berpegang pada pendapat amalan penghantaran Bunga Emas adalah amalan wajib yang perlu dipenuhi oleh Negeri-Negeri Melayu setiap 3 tahun sekali sebagai satu bentuk ufti bagi mendapatkan naungan pihak Siam. Istilah ufti bermaksud sumbangan wajib dalam wang dan hadiah berharga sebagai bayaran perlindungan. Ufti hanya dibayar oleh sesebuah wilayah/kerajaan bertaraf rendah kepada sesebuah kerajaan yang bertaraf lebih tinggi.

Namun bergitu, di Negeri-Negeri Melayu, terdapat perbezaan dalam isu amalan penghantaran Bunga Emas ke Siam. Sebagai contoh, sehingga tahun 1821 Kedah merupakan sebuah kerajaan bebas dan tidak dijajah secara langsung oleh Siam. Penghantaran Bunga Emas kepada Siam hanya sekadar sebagai simbol persahabatan dan hubungan diplomatik yang sangat erat serta saling bergantungan antara dua kerajaan. Walau bagaimanapun, selepas tahun 1821 Kedah telah ditakluki secara langsung oleh Ligor bagi pihak Siam dan dijajah secara rasmi. Maka status amalan penghantaran Bunga Emas telah berubah daripada simbol persahabatan kepada simbol naungan dalam bentuk ufti. Begitu juga Perak yang terpaksa menghantar Bunga Emas sebagai ufti kepada Siam pada tahun 1818-1825 kerana ia telah ditakluki oleh Kedah. Kelantan juga telah menghantar Bunga Emas sebagai ufti kepada Siam pada tahun 1802.

Kesimpulannya, amalan Penghantaran Bunga Emas menjadi bukti kepada keterdekatan hubungan dua hala kerajaan Melayu dan kerajaan Siam dalam soal politik dan keselamatan. Penilaian status Bunga Emas juga berbeza-beza mengikut kefahaman pengkaji yang melihatnya dari perspektif bangsa atau sebaliknya.

Rujukan:
1.L.A Mills 2012, British Malaya MBRAS.
2. Stuart Munro-Hay, 2001, Nakhon Sri Thammarat: The Archeology, History and Legends Of Southern Thai Town, White Lotus Press.
3. G.E Gejrini, 1905, Historical Retrospect Of Junkceylon Island, JSS, Vol 2.
4. Frank Swettenham, 1893, An Account Of The Origin and Progress Of Siamese Influence In The Malays Peninsula 1785-1882, W.& A.K. Johnston.
5. David K Wyatt, 1967, The Thai ' Kata Mandiarapala' And Malacca, JSS, Vol 55.
6. D.G.E Hall, 1973, Sejarah Asia Tenggara, DBP.
7. Mohd Herman Roslan, 2018, Gajah Putih Di Bumi Geroda (Perang Melayu-Siam 1767-1842), Syarikat Geroda Merah.

Penulis: Mohd Herman Roslan
Editor: Mohamad Hafez Mohamad Ripin

Gambar: Replika Bunga Emas

Dong Zhong & Jawi



Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, nampaknya masih terdapat sebilangan NGO Cina semakin hari semakin galak ingin cuba menganggu gugat keharmonian sejarah negara. Isu berkenaan bantahan tulisan jawi di peringkat sekolah rendah oleh Persatuan Pendidikan Cina (Dong Zong) dan Persatuan Guru-guru Cina (Jiao Zong) adalah satu pemikiran yang pelik dan tidak patut berlaku.

Kedua-dua persatuan yang ditubuhkan pada tahun 1950an ini begitu memperjuangkan nasib pendidikan dan kebudayaan Cina di Malaysia dengan anggapan bahawa tanpa kedua-dua elemen ini tadi maka orang Cina akan di asimilasi secara halus. Apatah lagi dengan sikap kelembutan dan lembutnya orang Melayu telah dilihat sebagai satu ancaman kepada persatuan-persatuan ini. Dulunya mereka bergiat aktif di bawah MCA malah kedua-dua organisasi ini boleh dianggap sebagai penentu kepada bagaimana masyarakat Cina harus bergerak.


Antara kejayaan mereka ialah dengan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan yang diisytihar dalam Penyata Razak 1956 walaupun Laporan Barnes telah menyebut bahawa hanya sekolah kebangsaan saja yang patut wujud di negara ini seiring dengan semangat ingin menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia. Sebenarnya kejayaan menubuhkan SJKC ini ialah untuk mempertahankan sekolah-sekolah persendirian Cina yang diwujudkan sejak tahun 1890an lagi yang kita kenal sebagai UEC pada hari ini.

Sepanjang sejarah pendidikan itu juga, mereka telah memohon supaya Bahasa Mandrin diangkat setaraf dengan Bahasa Melayu di dalam perlembagaan negara dan begitu juga keinginan mereka ingin menubuhkan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) yang hakikatnya akan melindungi pula sekolah persendirian menengah ini.

Umum mengetahui bahawa dasar pendidikan UEC tidaklah mengikut dasar pendidikan kebangsaan malah sekolah-sekolah ini masih berorientasikan pendidikan Negara China dan kerajaan terdahulu juga seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk membuat penilaian terhadap sistem PNP di sekolah ini dan akhirnya pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah ini dibiarkan begitu saja usai ia adalah sekolah swasta.

Apa yang mahu ditekankan di sini ialah tidak seharusnya kedua-dua persatuan ini menentang dasar pendidikan untuk Orang Melayu sedangkan tidak sampai 1% anak-anak Cina bersekolah di Sekolah Kebangsaan. Seharusnya juga kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua persatuan ini perlu memikirkan keadaan jangka panjang walaupun mereka dibayangi oleh DAP yang sangat terkenal dengan sifat Ultra Cina. Di dalam politik macam-macam perkara boleh berlaku dan ia akan memberi kesan kepada semua yang terlibat.

Oleh itu diharapkan supaya kedua-dua persatuan ini tidak perlu menyibuk hal orang Melayu.

MHR

Dong Zong & Rasisme


Oleh: Azariq Abas

Asas penubuhan Dong Zong sendiri bersifat rasis. Ini bukan yang pertama kali Tun berhadapan dan bersikap keras dengan Mereka.

Jika kita menelusuri sejarah. Kita akan dapati bahawa penubuhan Dong Zong tercetus oleh kerana laporan Barnes pada tahun 1952.

Menurut laporan ini hanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja dibenarkan untuk diajar. Sekolah lain-lain jenis perlu dihapuskan.

Laporan ini telah ditentang oleh laporan Fen Wu.

Menurut laporan Fen Wu, "Kami menerima Bahasa Melayu tetapi kami merasa susah untuk menerima budaya Melayu dan orang cina akan hilang jati dirinya disebabkan Melayunisasi".

Akan tetapi laporan tersebut tidak diendahkan British dan menyebabkan beratus petisyen dihantar oleh guru dan pelbagai persatuan cina melalui Dewan Perniagaan Cina.

Bantahan ini berlarutan sehingga tahun 1954 dan kaum cina akhirnya menubuhkan persatuan sekolah-sekolah cina yang kini dikenali sebagai Dong Zong.

Menjelang PRU 1955, Dong Zong yang diwakili oleh MCA pada ketika itu telah memujuk UMNO yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman untuk memasukan perjuangan pendidikan orang cina di dalam Manifesto Perikatan.

Sebagai pertukaran MCA memberikan wang bernilai RM 500,000.00 kepada UMNO untuk membina sekolah Melayu di seluruh negara.

Berikutan dari itu. Perikatan memenangi 51 kerusi dari 52 kerusi yang dipertandingkan.

Pada tahun 1964 pula. Punca kepada penurunan sokongan orang cina terhadap MCA berlaku kerana desakan Dong Zong yang mula meminta kerajaan untuk menubuhkan pula Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina kerana tidak mahu anak mereka bersekolah bersama dengan anak orang melayu kerana bimbang berlakunya Melayunisasi. Permintaan ini tidak diendahkan oleh perikatan.

Orang cina telah mula beralih arah dan memberikan sokongan kepada Gerakan dan DAP pada ketika itu kerana terpedaya dengan hasutan Dong Zong.

Lantas dari itu, pada tahun 1970 MCA menarik diri dari Perikatan. UMNO yang kali ini dipimpin oleh Tun Razak serta Tun Dr Ismail dan Tun Mahathir membuat keputusan dan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mampu mentadbir negara tanpa MCA. Ini memberikan satu tamparan yang besar kepada MCA lalu mereka pun kekal bersama perikatan dan berjanji untuk mengembalikan kepercayaan orang cina terhadap mereka.

Di sini jelas Dong Zong sememangnya sentiasa bersikap menolak untuk 'bersama' dengan orang melayu di dalam sistem pendidikan.

Jadi bukanlah perkara baru jika hari ni mereka menentang apa sahaja keputusan kerajaan untuk memartabatkan Bahasa dan Warisan Melayu.

Hanya Rahman Talib boleh tundukkan Dong Zong.



Oleh : Annuar Ahmad

Di dalam sejarah perjuangan Dong Jiao Zong sejak ditubuhkan pada 22 Ogos 1954, hanya sekali sahaja ‘kedegilan’ mereka benar-benar bertemu ruas.

Ketika mana mereka terpaksa berdepan dengan Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran pada era 1960-an.

Ketegasan Rahman Talib selaku Menteri Pelajaran dan kesetiaan Dr Aminuddin Baki selaku Pengarah Pelajaran ketika itu menyebabkan Dong Jiao Zong terpaksa mengalah.

Atas ketegasan beliau, Abdul Rahman Talib berjaya mempengaruhi lebih separuh sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) untuk masuk ke dalam sistem pendidikan negara menjadi sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK). Sesuatu yang ‘mustahil’ dilakukan oleh Menteri Pelajaran hari ini.

Walaupun ditentang hebat oleh Dong Zong , beliau telah berjaya melakukan usaha itu demi pendidikan negara. Beliau menggunakan kekuatan politik untuk kebaikan negara.

Di era beliau jugalah dokumen Laporan Rahman Talib berjaya dihasilkan untuk memperkukuhkan lagi Laporan Pelajaran Razak 1956 yang dibuat agak ‘tergesa-gesa’ kerana persiapan untuk mencapai kemerdekaan pada 1957. Laporan Pelajaran Rahman Talib mendapat tentangan kuat dari Dong Zong.

Abdul Rahman Talib juga dengan tegas telah berjaya mewujudkan Akta Pelajaran 1961 yang mampu mengawal selia sekolah vernakular.

Akta Pelajaran ini menjadi kemuncak konflik beliau dengan Dong Zong kerana di bawah Akta Pelajaran 1961, Menteri Pelajaran mempunyai kuasa penuh untuk menutup mana mana sekolah vernakular yang di dapati tidak bersesuaian dengan dasar pelajaran negara ini. Termasuklah dari segi memastikan penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah vernakular.

Dan hanya pada tahun 1996 barulah Dong Zong berjaya dalam tuntutan mereka apabila Akta Pendidikan 1996 tidak lagi memberi kuasa penuh kepada Menteri Pelajaran menutup sekolah vernakular sebagaimana akta Pelajaran 1961.

Paling besar sumbangan beliau tentulah mewujudkan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Satu akta yang mendapat tentangan hebat dari Dong Zong. Besar selalu jasanya pada pembangunan pendidikan negara. Beliau lakukan demi membina sebuah negara bangsa Malaysia.

Selepas era kepimpinan beliau, sistem pendidikan negara menjadi kucar kacir kerana kelemahan pemimpin dan sifat ‘kemaruk’ kuasa yang telah melebihi kepentingan pendidikan negara..

Hari ini semua kehebatan itu sudah tinggal dalam lipatan sejarah. Terserahlah pada pemimpin pendidikan negara sekarang untuk mengambil apa yang baik sebagai pengajaran.

Sumber : kuseman.com