Didalam buku “Juara Yang Tewas”
tulisan Dato Aripin Said ada menyebut tentang cerita rakyat tempatan berkenaan
Tasik Chini. Sebuah pengkisahan yang pada saya begitu menangkap ruang ketakutan
sebagai seorang pembaca dan sangat-sangat menarik pembawaan ceritanya. Buku ini
juga sedikit sebanyak telah memberi peluang dan pengetahuan kepada pembaca
tentang keadaan tasik tersebut serta sosio-budaya penduduk tempatan. Pada saya sebagai
orang bukan anak jati negeri Pahang saya menganggap kisah “Naga Tasik Chini”
adalah sebuah lagenda dan kisah yang tak
terungkap sehingga kini, biarpun pada
hari ini ia dianggap sebagai sebuah cerita lagenda rakyat tempatan namun ia
tetap sebuah etmologi yang tidak harus dipandang sepi. Buku yang diterbitkan pada tahun
1983 dibawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu mungkin tidak diketahui umum
pada zaman tersebut memandangkan tajuknya lansung tidak menggambarkan isi
kandungannya. Namun bagi dunia “perbukuan” buku ini adalah salah satu koleksi
yang masih lagi menjadi buruan yang panas. Setiap orang ingin memilikinya dan
sudah pasti ia akan menjadi suatu rahmat kepada penggemar buku sekiranya buku
ini diterbitkan semula. Saya sebagai seorang pembaca dan pengumpul buku-buku
genre sebegini tersangat berharap sekiranya ia dapat diterbitkan semula pada
satu hari nanti.
Didalam
buku tersebut diceritakan akan kisah 2 lelaki yang sedang bertapa dan ilmu yang
diamalkan oleh mereka itu ialah bertukar menjadi seekor naga! Pertapaan selama
ratusan tahun itu akan berakhir setelah sisik naga bertukar menjadi keemasan. 2
ekor naga tersebut dinamakan Sri Pahang dan Sri Gumum. 2 ekor naga tersebut
bertapa didalam tasik tersebut dan semua hidupan di tasik tersebut menghormati
mereka, sehinggakan ada perjanjian diantara manusia dan hidupan tasik tersebut
agar
tidak saling merosakkan diantara satu sama lain. Maka semua makhluk disitu
hidup aman damai tanpa sebarang masalah. Dipendekkan cerita akhirnya Sri Pahang
keluar menentang Sri Kemboja kerana pada waktu itu Sri Kemboja telah menggangu
keamanan negeri Pahang. Pergelutan diantara mereka memakan masa berbulan-bulan
sepanjang Laut China Selatan hinggalah ke Teluk Siam. Lautan yang bergelora dan
ombak yang begitu kuat menyebabkan para nelayan disepanjang laut China Selatan
tidak dapat turun ke laut. Berkat ilmu dan kesabaran Sri Pahang, Sri Kemboja
hampir berjaya ditewaskan dan mendapat luka yang sangat teruk. Sri Kemboja
terpaksa menyelamatkan dirinya dengan bersembunyi dicelah-celah gua didalam
laut. Sekiranya ia cuba keluar dari lubang tersebut, dengan pantas Sri Pahang
memukulnya.
Akhirnya
Sri Kemboja mendapat akal dan telah menggunakan telepati dengan memasuki
kedalam mimpi Raja Siam. Didalam mimpi itu tersebut ia memberitahu tahu bahawa
dirinya didalam kesusahan dan meminta agar Raja Siam menyiapkan sejumlah meriam
di tepi pantai. Sekirnya ternampak seekor naga yang bewarna perak maka
tembaklah ia dengan meriam tersebut kerana itulah Sri Pahang.Maka pada hari
yang dijanjikan maka kelihatanlah 2 ekor naga sedang bertarung. Maka
ditembaklah Sri Pahang sehingga parah lah ia. Akhirnya akibat dari luka yang
teruk itu Sri Pahang pulang ke negeri Pahang dalam keadaan nazak dan
menghembuskan nafasnya yang terkahir di Pekan, Pahang setelah ia bertukar
menjadi seorang manusia.
Pada
saya nukilan ringkas ini bermaksud Pahang mungkin
pernah menentang pentadbiran wakil Siam iaitu Maharaja Dewa Sura dan ingin
mentadbir negerinya dengan bebas namun mereka dikalahkan setelah Maharaja Dewa
Sura memohon bantuan dari Kerajaan
Ayutthaya dan akhirnya Pahang dikalahkan. Jika ditelusuri sejarah tasik
Chini beberapa pendapat telah diutarakan seperti terdapatnya sebuah runtuhan
kota dan terdapat juga kisah bahawa seorang tentera Australia yang menyelam
kedalam tasik tersebut menemui kota tersebut. Namun ketiadaan usaha untuk
membuat ekskavasi di kawasan tersbut menyebabkan ia terus kekal misteri hingga
hari ini. Kebiasaannya orang-orang dahulu lebih suka menggunakan perlambangan bagi menerangkan sesuatu perkara agar tidak diketahui oleh pemerintah.
Suatu masa dahulu kisah Naga Tasik Chini pernah diangkat sebagai sebuah filem pada era 60an dan masih kekal sebagai sebuah filem klasik yang tiada tolok bandingnya. Walaupun dengan ketiadaan teknologi canggih pada waktu itu, produksi perfileman dan para pelakonnya berjaya menggangkat genre sejarah ini ke satu martabat yang cukup tinggi. Saya dan saya pasti sekalian dari kita amat-amat berharap agar suatu masa nanti kisah-kisah sebegini akan muncul didalam panggung tempatan.
Atas
dasar minat dan ingin tahu maka sebulan yang lalu saya sendiri pergi meninjau
dan mencari kawasan-kawasan yang dimaksudkan serta dapat menemubual beberapa
penduduk tempatan. Alhamdulillah kawasan tersebut ialah sepanjang jalan Kg
Permatang Pasir hingga ke Tanjung Agas, Pekan Pahang. Menurut penduduk tempatan
keadaan kawasan tersebut telah banyak berubah dan ramai diantara mereka yang tahu
akan kisah tersebut sudah meninggal dunia. Ada pula yang mengatakan hanya yang
bernasib baik saja yang akan menemui makam tersebut. Sepanjang jalan memacu
kenderaan sambil melihat keadaan sekitar saya merasakan kawasan tersebut masih
tidak banyak berubah dan amat jauh dari pembanggunan. Di penhujung kawasan
tersebut saya sampai di Tangjung Agas, sebuah kuala sungai yang indah namun
masih terdapat kesan-kesan akibat banjir yang lalu. Menurut cerita lisan
penduduk disitu kawasan tersebut tidak meriah dengan para pengunjung kerana
perubahan-perubahan alam yang telah berlaku. Tiada lagi perkelahan dan pengutip
kupang datang ke kawasan tersebut. Maka hilanglah Tanjung Agas sebagai sebuah
cebisan sejarah suatu masa dahulu. Hilang bersama misteri makamnya Naga Sri
Pahang sebagai sebuah hikayat tempatan.
Manakala
di Tasik Chini pula, kawan saya yang berkesempatan kesana memberitahu sudah
begitu banyak perubahan yang berlaku seiring dengan dasar kerajaan yang ingin
memajukan kawasan
Sebuah jeti di kawasan tasik. Ihsan dari teman saya, Saudara Fareq Rizal |