Jumaat, 12 Februari 2016

KERAJAAN NASRID : PUTERA TERAKHIR YANG DI MURTADKAN


Dinasti Granada  juga di kenali sebagai kerajaan Islam Nasrid di andalusia. Kerajaan ini ditubuhkan pada 1248 Masehi sebelum dikalahkan oleh tentera gabungan Aragon dan Castile pada tahun 1492 Masehi. Ia merupakan dinasti terakhir yang memerintah andalusia yang bermula dari Umayyah hingga ke Dinasti Granada, merupakan satu-satunya kerajaan Islam di Eropah yang pernah wujud.

Antara kemegahan yang dipuja oleh sekalian manusia di seluruh dunia ialah Kompleks Al Hambra yang sering kali mendapat liputan media dokumentari diseluruh dunia. Namun jarang pula kita menyesali akan tamatnya dinasti ini dan apakah yang berlaku kepada orang-orang Islam di sana hingga hari ini.

Ada pihak yang mengatakan mereka telah melarikan diri ke kawasan-kawasan afrika dan ada pula yang telah menjadi murtad kerana tidak mahu dibunuh dan di seksa oleh tentera Aragon dan Castile yang pada ketika ini di perintah oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella. (Merekalah yang menghantar Ferdinand Magellan yang berjaya menyapu bersih peribumi amerika dan di samping menyapu bersih peribumi orang

Antara punca kejatuhan dinasti ini ialah kerana masalah perebutan kuasa diantara anak (Muhammad XIII @ Baobdil) dan ayah (Abu Abdullah Muhammad XII). Di dalam perebutan itu akhirnya Muhammad XIII @ Baobdil menjadi Sultan Granada. Kekalutan ini telah memberi peluang kepada kerajaan Aragon dan Castile untuk bersatu menentang kerajaan Islam Granada dan pada 2 Januari 1492 terpacaklah bendera kedua-dua kerajaan ini di atas kota Al Hambra. Kejayaan ini juga di puji oleh Columbus sebagai bermulanya era gemilang bagi Kristian Sepanyol (dalam masa yang sama Perang Salib sedang melanda di Mediterania). Peperangan diantara ini juga di kenali sebagai Peperangan Granada yang telah berlangsung selama 10 tahun.

Selepas peperangan ini tamat undang-undang dikeluarkan kepada penduduk Granda iaitu:-

- Tahun 1492 - Kesemua orang Yahudi di paksa menukar agama kepada Kristian atau dihalau keluar.
- Tahun 1501 - Kesemua orang Islam di paksa menukar agama kepada Kristian atau dihalau keluar atau menjadi hamba.
- Tahun 1526 - Undang-undang ini di selaraskan di seluruh Sepanyol.

Raja Ferdinand dan Ratu Isabella memaksa Sultan Baobdil untuk mencium tangan mereka sebagai tanda kekalahan Granada sebelum seluruh Granda diserahkan kepada Kristian Sepanyol. Baobdil juga di paksa untuk menyerahkan anaknya samada Yusof atau Ahmad untuk di jaga kepada mereka (ini merupakan amalan pada waktu itu dimana Sultan yang kalah akan menyerahkan anak mereka sebagai penebus diri Sultan atau sebagai penebus negara) Sultan Boabdil  akhirnya menyerahkan Ahmad kepada Ferdinand dan Isabella yang ketika itu berumur 2 tahun dan akan diserahkan balik apabila masuk umur 9 tahun.

Akhirnya Ahmad di serahkan kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dan digelar sebagai ''El Infrantico (Raja Muda)'' dan dibaptiskan menjadi seorang katolik kristian. Tidak banyak kajian yang di buat tentang apakah kesudahan Ahmad namun di yakini bahawa baginda telah memeluk Islam semula setelah diserahkan kepada bapanya. (Jika tidak baligh maka tidaklah pula dikira sebagai murtad kerana belum cukup umur dan matang).

Akhirnya keluarga Baobdil membawa diri hingga ke Maghribi setelah mendapat suaka perlindungan dari Sultan Maghribi dan hidup di Fes hinggalah baginda meninggal dunia di sana pada tahun 1533 Masehi.

Maka berakhirlah kerajaan Islam Eropah yang penuh dengan kemegahan dan kegemilangan zaman pada waktu itu dan ia juga menandakan kejatuhan Islam peringkat pertama secara keseluruhannya sebelum Dinasti Uthamaniyah pula dimusnahkan pada tahun 1921 Masehi. Antara lain yang menarik pula kejayaan 1492 Masehi juga telah membawa Portugal ke Melaka pada tahun 1511 Masehi dan pada tarikh itulah juga menandakan tamatnya sebuah kerajaan Islam yang dianggap paling agung dalam sejarah Melayu.

Gambar : Putera Ahmed sewaktu berada di dalam tangan Sepanyol.

Dipetik, diterjemah dan diolah dari

Sumber :-

1. Nasrid dynasty
2. Granada War
3. Emirate of Granada
4. Sultan Muhammad Muhammad XII

- MHR - & - HPC2M -

Pesanan : Jangan alpa dengan dunia. Seronok dengan kemewahan. Allah memerhati tiba masa maka turunlah bala sebagai peringatan. Penuhkan diri dengan Ilmu.Salam Jumaat.

#SHARE #KONGSI #VIRAL

Tamadun : Antara Kefahaman & Kedangkalan Manusia



 Artikel kali ini ialah berkenaan takrifan tamadun yang selalu kita sebut setiap hari apabila menyoal tentang perkara-perkara sejarah tapi sejauh mana kita faham dan tahu tentang takrifan dan isi yang terkandung di dalamnya. Apa guna kita bercakap tentang soal sejarah, berbalah dalam memberi pendapat hingga kadangkala bermasam muka kerana perkara – perkara yang tidak berlaku ke atas kita. Namun harus di ingat kerja – kerja sejarah adalah suatu kerja penyiasatan yang bertujuan untuk membuktikan kebenaran dan tidak bersikap berat sebelah.

Seorang pengkaji sejarah harus bersikap adil dan tidak memberatkan mana – mana pihak walaupun kajian itu terasa pahit untuk di telan dan di atas faktor itulah yang membezakan pengkaji sejarah yang belajar sejarah dengan pengkaji sejarah yang berada di luar bidang (belajar bidang lain seperti fizik dll). Di atas sebab kedangkalan kita memahami konsep – konsep sejarah maka muncul lah retorik dan pendapat – pendapat yang tidak berasas yang kadangkala sesuatu perkara sejarah itu menjadi terlalu sukar untuk di fahami.

 Apakah itu tamadun?.

1. Tamadun berasal dari perkataan Arab iaitu “madana” yang bermaksud pembukaan bandar atau kota dan perbuatan memperhalus budi pekerti.

2. “Madana” ini berasal dari perkataan madani yang bermaksud pembangunan bandar dan kehalusan budi pekerti.

3. Madana dan Madani ini pula berasal dari perkataan deen yang bermaksud agama dan kehidupan beragama
Oleh itu tamadun sendiri membawa maksud kepada sejumlah pencapaian oleh manusia dalam membangunkan taraf kehidupan, budaya dan sosial yang tinggi melalui pembentukan nilai budi pekerti.

Tamadun juga berasal dari perkataan “Hadarah” ataau Hadara  yang bermaksud perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi manakala di dalam bahasa Inggeris tamadun ialah civilazation yang berasal dari perkataan Greek yang bermaksud Civitas yang juga membawa pengertian yang sama dengan konsep Madana. Namun ketamadunan yang di capai oleh Barat adalah bersifat material dengan menolak perilaku murni manusia yang membangunkan peradaban walaupun mereka sering di bayangi oleh pihak gereja yang sangat berbeza dengan Islam di mana rohani dan kebendaan harus seiring dan seimbang.

Apakah ciri – ciri utama tamadun?

1. Penempatan kekal
2. Revolusi Pertanian
3. Starafikasi sosial (kelas manusia)
4. Kehidupan beragama
5. Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi
6. Urbanisasi
7. Sistem tulisan

Perkembangan sebuah tamadun juga sangat berkait rapat dengan perkembangan pemikiran manusia dalam pelbagai bidang. Semakin ramai pemikir maka semakin banyaklah penciptaan idea, falsafah dan inovasi. Hubungan tersebut ialah

1. Agama
2. Budaya
3. Bangsa

Meskipun ia 3 perkara di atas mempunyai hubungan dengan tamadun namun pengertian tamadun adalah luas dan menyeluruh.

Di samping itu sesebuah tamadun  seperti manusia akan mengalami 3 keadaan iaitu kelahiran, perkembangan dan keruntuhan.

1. Kelahiran tamadun juga beerti perkembangan  sebuah tamadun dari penubuhan sesebuah kerajaan yang pada dasarnya bermula daripada kumpulan kecil manusia yang mempunyai ketua puak. Perkembangan kelahiran dan inovasi kemudiannya melahirkan sebuah tamadun di samping ketua puak tadi menjadi seorang Raja. Namun perkembangan ini semua adalah sangat berkait rapat dengan “kedudukan strategik dari sudut geografi”. Lokasi ini adalah penting untuk memperoleh sumber makanan dan semulajadi untuk kelansungan hidup. Maka dari sinilah pula munculnya tamadun agraria dan maritim yang seringkali kita sebut.

2. Kemudian muncul pelbagai kefahaman tentang konsep ketuhanan di mana manusia mempercayai bahawa dunia ini diciptakan oleh suatu kuasa yang tidak dapat di lihat. Dari situ muncul lah kepercayaan anamisme iaitu penyembahan semangat dan roh yang di percayai memelihara alam dan manusia sepertimana tamadun Greek yang mempunyai pelbagai jenis dewa dan dewi yang di ketuai oleh Zeus. Dari anamisme pula wujud agama Pagan di Eropah walaubagaimana pun kepercayaan ini juga dapat di lihat di Alam Melayu melalui Orang Asli sebagai kumpulan proto Melayu dan di dalam hikayat – hikayat Melayu juga menyebut nama – nama kerajaan Melayu yang masih menjadi misteri dalam dunia moden.

3. Oleh itu dengan 2 faktor ini wujudlah nilai – nilai murni kepada masyarakat yang mengejar ilmu dan nilai – nilai moral. Maka lahirlah pelbagai tokoh falsafah di dalam setiap tamadun yang pada asasnya menerangkan tentang kepentingan moral dan etika manusia serta “penghayatan tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji”  dan kesannya kepada masyarakat. Di samping itu juga ia akan menggalakan pemimpin supaya berhemat, bertanggungjawab dan jujur.

bersambung...

Sumber di petik dan di olah dari :

Tamadun Asia dan Tamadun Islam (TISA-USM), Syaikh Abdullah.
Anamisme
Paganisme

Gambar : Petikan dari Bayad wa Riyadh

-MHR-