Wacana Pengkajian Material Penerbitan Artikel Buku Sejarah Dunia & Malaya, Melayu dan Nusantara. Terjemahan dari buku-buku sejarah berbahasa Inggeris ke bahasa Melayu supaya dapat dibaca sebagai pengetahuan umum dan juga kajian secara sederhana dari pelbagai sumber dari pelbagai sudut sejarah. Like juga kami di https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya
Jumaat, 12 Februari 2016
Tamadun : Antara Kefahaman & Kedangkalan Manusia
Artikel kali ini ialah berkenaan takrifan tamadun yang selalu kita sebut setiap hari apabila menyoal tentang perkara-perkara sejarah tapi sejauh mana kita faham dan tahu tentang takrifan dan isi yang terkandung di dalamnya. Apa guna kita bercakap tentang soal sejarah, berbalah dalam memberi pendapat hingga kadangkala bermasam muka kerana perkara – perkara yang tidak berlaku ke atas kita. Namun harus di ingat kerja – kerja sejarah adalah suatu kerja penyiasatan yang bertujuan untuk membuktikan kebenaran dan tidak bersikap berat sebelah.
Seorang pengkaji sejarah harus bersikap adil dan tidak memberatkan mana – mana pihak walaupun kajian itu terasa pahit untuk di telan dan di atas faktor itulah yang membezakan pengkaji sejarah yang belajar sejarah dengan pengkaji sejarah yang berada di luar bidang (belajar bidang lain seperti fizik dll). Di atas sebab kedangkalan kita memahami konsep – konsep sejarah maka muncul lah retorik dan pendapat – pendapat yang tidak berasas yang kadangkala sesuatu perkara sejarah itu menjadi terlalu sukar untuk di fahami.
Apakah itu tamadun?.
1. Tamadun berasal dari perkataan Arab iaitu “madana” yang bermaksud pembukaan bandar atau kota dan perbuatan memperhalus budi pekerti.
2. “Madana” ini berasal dari perkataan madani yang bermaksud pembangunan bandar dan kehalusan budi pekerti.
3. Madana dan Madani ini pula berasal dari perkataan deen yang bermaksud agama dan kehidupan beragama
Oleh itu tamadun sendiri membawa maksud kepada sejumlah pencapaian oleh manusia dalam membangunkan taraf kehidupan, budaya dan sosial yang tinggi melalui pembentukan nilai budi pekerti.
Tamadun juga berasal dari perkataan “Hadarah” ataau Hadara yang bermaksud perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi manakala di dalam bahasa Inggeris tamadun ialah civilazation yang berasal dari perkataan Greek yang bermaksud Civitas yang juga membawa pengertian yang sama dengan konsep Madana. Namun ketamadunan yang di capai oleh Barat adalah bersifat material dengan menolak perilaku murni manusia yang membangunkan peradaban walaupun mereka sering di bayangi oleh pihak gereja yang sangat berbeza dengan Islam di mana rohani dan kebendaan harus seiring dan seimbang.
Apakah ciri – ciri utama tamadun?
1. Penempatan kekal
2. Revolusi Pertanian
3. Starafikasi sosial (kelas manusia)
4. Kehidupan beragama
5. Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi
6. Urbanisasi
7. Sistem tulisan
Perkembangan sebuah tamadun juga sangat berkait rapat dengan perkembangan pemikiran manusia dalam pelbagai bidang. Semakin ramai pemikir maka semakin banyaklah penciptaan idea, falsafah dan inovasi. Hubungan tersebut ialah
1. Agama
2. Budaya
3. Bangsa
Meskipun ia 3 perkara di atas mempunyai hubungan dengan tamadun namun pengertian tamadun adalah luas dan menyeluruh.
Di samping itu sesebuah tamadun seperti manusia akan mengalami 3 keadaan iaitu kelahiran, perkembangan dan keruntuhan.
1. Kelahiran tamadun juga beerti perkembangan sebuah tamadun dari penubuhan sesebuah kerajaan yang pada dasarnya bermula daripada kumpulan kecil manusia yang mempunyai ketua puak. Perkembangan kelahiran dan inovasi kemudiannya melahirkan sebuah tamadun di samping ketua puak tadi menjadi seorang Raja. Namun perkembangan ini semua adalah sangat berkait rapat dengan “kedudukan strategik dari sudut geografi”. Lokasi ini adalah penting untuk memperoleh sumber makanan dan semulajadi untuk kelansungan hidup. Maka dari sinilah pula munculnya tamadun agraria dan maritim yang seringkali kita sebut.
2. Kemudian muncul pelbagai kefahaman tentang konsep ketuhanan di mana manusia mempercayai bahawa dunia ini diciptakan oleh suatu kuasa yang tidak dapat di lihat. Dari situ muncul lah kepercayaan anamisme iaitu penyembahan semangat dan roh yang di percayai memelihara alam dan manusia sepertimana tamadun Greek yang mempunyai pelbagai jenis dewa dan dewi yang di ketuai oleh Zeus. Dari anamisme pula wujud agama Pagan di Eropah walaubagaimana pun kepercayaan ini juga dapat di lihat di Alam Melayu melalui Orang Asli sebagai kumpulan proto Melayu dan di dalam hikayat – hikayat Melayu juga menyebut nama – nama kerajaan Melayu yang masih menjadi misteri dalam dunia moden.
3. Oleh itu dengan 2 faktor ini wujudlah nilai – nilai murni kepada masyarakat yang mengejar ilmu dan nilai – nilai moral. Maka lahirlah pelbagai tokoh falsafah di dalam setiap tamadun yang pada asasnya menerangkan tentang kepentingan moral dan etika manusia serta “penghayatan tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji” dan kesannya kepada masyarakat. Di samping itu juga ia akan menggalakan pemimpin supaya berhemat, bertanggungjawab dan jujur.
bersambung...
Sumber di petik dan di olah dari :
Tamadun Asia dan Tamadun Islam (TISA-USM), Syaikh Abdullah.
Anamisme
Paganisme
Gambar : Petikan dari Bayad wa Riyadh
-MHR-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan