Rabu, 31 Mei 2017

Candu&Ganja Pemusnah Manusiawi

Kitab Sejarah Malaya
Perang Candu ke 2

Tahukah anda bahawa kisah candu dan ganja pernah menggegarkan Asia suatu masa dahulu. Di bahagian keris juga terdapat ganja. Tapi bab tu admin tak mahu nak komen sebab admin tak mahir bab keris tu. Walaubagaimana pun candu ini pernah diharamkan di beberapa negara seperti China dan Thailand akibat daripada masalah penggunaannya yang menyebabkan rakyat di kedua –dua negara menjadi pemalas giler... Masalah candu merupakan antara penyebab kepada tercetusnya perang di China yang dinamakan sebagai “Perang Candu” dari tahun 1839 hingga 1860. Didalam banyak buku sejarah Asia, candu telah menyebabkan rakyat Cina menjadi lemah dan tidak mampu mempertahankan Negara China apabila ia diserang oleh British kerana konsesi pelabuhan dan perdagangan British tidak berjaya. Jesteru itu British terpaksa mengambil beberapa langkah untuk meneruskan perniagaan mereka di Asia terutama sekali China kerana sudah terdapat 5 syarikat konsesi yang berada di China antaranya Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat. Akibat daripada penutupan pintu China kepada British maka pihak British telah menjadikan Pulau Pinang sebagai sebagai pelabuhan utama sebelum mereka berjaya menduduki Singapura pada tahun 1819. Akibat daripada penutupan itu maka wujud aktiviti penyeludupan candu yang dikuasai oleh pegawai – pegawai pelabuhan Canton dan lanun yang mengusai laut Canton pada waktu itu.

Kekalahan China dalam Perang Candu pertama telah membuatkan China terpaksa memeterai Perjanjian Nanking pada tahun 1842 yang telah menghapuskan monopoli China terhadap perdangangan di Timur yang pada masa itu berpusat di Canton dengan terserahnya Hong Kong kepada British. Kesannya British telah berjaya membuka 5 pelabuhan utama di selatan China iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai bagi memastikan usaha untuk mengurangkan kekuasaan monopoli kaum Cina ini. Walau bagaimanapun candu bukanlah tujuan asal kepada perdagangan di China memandangkan candu – candu ini dibawa dari India dan kemudiaanya di eksport ke China. Tujuan utama British ialah DAUN TEH dan SUTERA yang menjadi komoditi utama di Britain pada waktu itu.

Pada tahun 1856 pula berlaku perang candu kedua yang lebih dikenali sebagai Perang Panah yang juga membawa kepada kekalahan China yang membawa kepada perjanjian yang membenarkan candu ini dijual secara sah diseluruh China, perdagangan buruh (kuli) dan segala cukai dikawasan pelabuhan terletak didalam kantung syarikat konsesi.

Manakala di Tanah Melayu pula pada pertengahan tahun 1890an. Lim Kek Chuan, Chung Keng Kwee dan beberapa ahli berpengaruh Hakka serta Capitan Kantonis Kedah dan Perak telah berjaya menguasai perniagaan ganja di Kulim Kedah dan seluruh Perak dengan hasil pendapatan sebanyak 2.8juta untuk 7 tahun dan telah memajak tanah-tanah untuk penanaman popi dengan jumlah bayaran sebanyak 1.4 juta di Kedah selama 15 tahun. Namun secara tersiratnya jika diteliti persaingan untuk merebut kekayaan juga berlaku didalam kaum Cina sendiri yang bersaing diantara mereka namun pada kes ini saingan tersebut berbentuk ekstrim dimana berlaku peperangan dan pembunuhan untuk merebut sesebuah kawasan. Kerjaan Siam pula telah mengharamkan penanaman ganja dan sebarang eksport ganja ke negaranya sejak tahun 1760 lagi memandangkan ganja dilihat telah melemahkan produktiviti penduduk negara tersebut walaubagaimanapun ganja mula ditanam semula pada tahun 1940an didalam kawasan yang dikenali sebagai segi tiga emas di Indo China.

Walaupun ganja dan candu adalah berbeza dan dikatakan ganja itu mempunyai pelbagai khasiat perubatan namun hakikatnya ia lebih kepada melemahkan rakyat sesebuah negara yang akhirnya lebih mudah untuk penjajah menakluk negara pengamal tersebut...

Gambar : Pinrest

Selasa, 30 Mei 2017

Sejarah Eksport Rotan Negeri Melaka

Kitab Sejarah Malaya
Perabot Rotan Mesir

Tengokkan tajuk macam tak bestkan!, tapi pernah tak korang terfikir tentang tumbuhan yang hidup subur di Asia Tenggara ni dan ia pula berbeza-beza spesis merupakan salah satu komoditi penting pada satu masa dulu dan kalau korang betul-betul minat sejarah mesti korang takkan lupa bahawa rotan adalah salah satu bahan eksport penting di Melaka pada satu masa dahulu selain damar, kapal, emas dan lain-lain.
  
Jadi agak-agak koranglah pada zaman Melaka dulu ada tak kerusi dan meja diperbuat daripada rotan dan apakah benda-benda ni tak wujud pada zaman selepas Melaka. Yelah, takdak dulu takda sekarang, maka admin pun cubalah godek-godek beberapa web luar negara yang ada pasal benda alah ni, sebab pelik lah takkan lah eksport mentah-mentah macam tu je mestilah pengimport tu nak gunakan rotan ni untuk sesuatu. Setakat nak guna untuk sebat orang takkan nak beli bertan-tan.

Di Barat rotan (rattan) ini turut dikenali dengan nama Manila dan Melaka. Err.. Melaka?, jadi nampak tak signifikannya disitu. Adakah besar kemungkinan sudah wujudnya perabot-perabot berasaskan rotan pada zaman Melaka?, setakat ini dalam pengetahuan admin belum lagi berjumpa apa-apa data tentang perkara ini. Di barat terutama sekali England pada abad ke 18, rotan sudah mula digunakan sebagai salah satu bahan asas bagi pembuatan perabot dan rotan juga digunakan oleh para cikgu untuk menyebat pelajar. Gambar di bawah ialah kerusi yang wujud pada tahun 1780an dan dikenali sebagai kerusi era Josephinism iaitu Era Habsburg yang memerintah Empayar Roman yang pada waktu berpusat di Austria.

Kalau dilihat pada bentuknya rotan-rotan ini digunakan sebagai pelapik ataupun tempat duduk bagi kerusi. Gambar tentang kerusi ini korang boleh cari di dalam pelbagai website di seluruh dunia.

Kerusi ini dipercayai wujud pada tahun 1710 pada zaman Syarikat Hindia Timur Inggeris dan 66 tahun kemudiannya Francis Light memajak Pualau Pinang pada tahun 1776. Korang leh rujuk link ni untuk info lanjut http://blogs.ucl.ac.uk/eicah/caned-furniture/caned-furniture-case-study-skills-transmissionnew-skills/

Selain itu perabot daripada rotan ini sangat terkenal di Mesir malah dalam sejarahnya dipercayai perabot ini sudah wujud pada zaman 3000 SM lagi. Fuhh, namun mengikut penganalisis perabot tersebut bukanlah menggunakan 100% rotan tapi dicampurkan dengan pelbagai bahan lain terutama sekali pokok Willow. Pokok willow ni seakan-akan rotan juga cuma lebih halus.

kat blog ni http://www.americanrattan.com/blog.html pulak berkenaan pembuatan rotan di Amerika. Fuhh.. macam tak cayo! sampai sini ha import eh..

Ada banyak lagi gambar tapi yang ni cukuplah sebagai bukti-bukti sampingan Cuma persoalannya, kalaulah Melaka dan negeri Melayu lain eksport rotan agak-agaknya ada tak perabot wujud pada zaman tu dan seingat admin Sriwijaya juga turut mengimport rotan ke seluruh dunia. Korang rasa macam mana?, apakah semua ini benar belaka ataupun imiginasi yang tidak berasas?.

~ Admin ghaso polik lak kek Malaysia ni produk rotan dan perniagaan rotan macam susah bona nak hidup... apo pasal eh?.

Era Habsburg

Era SHTI

Daun Pokok Willow

Sejarah Seni Anyaman

Sumber

http://homesthetics.net/what-is-the-difference-between-wicker-and-rattan-furniture/ 
http://www.designfurnishings.com/blog/history-wicker-furniture/
https://en.wikipedia.org/wiki/Wicker
https://en.wikipedia.org/wiki/Rattan
https://en.wikipedia.org/wiki/Willow
https://www.gooddegg.com/blog/2016/01/28/wicker-in-old-and-contemporary-times/
http://www.americanrattan.com/blog.html






Ahad, 28 Mei 2017

Benarkah Perang Perak 7 tahun? - Buku Rentaka Sekalian Bijasura


Kitab Sejarah Malaya
Buku Kontroversi

 Ini adalah  lontaran pandangan saya kepada isu yang diketengahkan oleh penulis pujaan ramai. Tahun lepas saya siap menulis tentang Perang Kedah- Siam (Gajah Putih Di Bumi Geroda:Perang Melayu Siam 1767-1842), tahun ini beliau tulis secara ringkas tentang Perang Perak-Siam. (mungkin, sebab saya belum baca lagi buku beliau)

Jadi di dalam buku itu diberikan gambaran bahawa "Perak Bangsa Melawan", ya mungkin betul dakwaan itu kerana siri-siri kematian Birch beberapa tahun kemudiannya. Tapi adakah benar dakwaan penulis tentang ini?, sekali saya ulang.. ini pandangan dan hujah saya sendiri yang bukan bersifat menolak mentah2 pandangan beliau. Saya pun orang Perak juga tapi seluruh hidup saya membesar di Kedah. Jadi sekali lagi saya tegaskan apakah benar dakwaan penulis?

OK, mari kita soroti semula sejarah Perang Kedah- Siam yang bermula pada tahun 1800 dan kemuncaknya berakhir pada 1821 sebelum tamat pada tahun 1842. Namun campurtangan Kedah dipercayai bermula sejak abad ke 18 lagi iaitu pada zaman Sultan Sulaiman Syah. Kepada yang sudah baca buku saya mungkin akan faham apa saya cuba sampaikan ini kerana sepanjang kajian saya itu ada beberapa persoalan tentang hubungan Perak (dibayangi Selangor) - Siam.

Mari kita lihat isu Perak, bermula dari perlantikan Sultan Abdul Malik Mansur Shah. Diakui oleh para orientalis bahawa memang Sultan ini seorang yang menentang malah warkah baginda yang paling terkenal membuktikan semuanya tentang Sultan Perak ini. Warkah tersebut berbunyi

""Beta adalah Sultan dari keturunan dahulu kala (Bukit Siguntang) Betalah yang menyimpan Pedang Diraja dan Pontoh Diraja dan betalah Sultan yang tertua dari semua Sultan ini iaitu diantara raja-raja Siak, Selangor, Riau, Kedah dan Terengganu. Beta tidak akan menghantar bunga emas ke Siam. Walaupun seandainya perang datang melanda beta akan melawan kerana adat bunga emas ini tidak pernah diamalkan oleh mana-mana Sultan sebelum Beta.” (GPDBG:78:2016)

Malah sewaktu Siam memberi amaran untuk menyerang Perak melalui Kedah, Sultan Malik mencadangkan agar Perak-Kedah bergabung melawan Siam namun cadangan ini telah ditolak oleh Sultan Kedah yang akhirnya membawa penawanan Perak pada tahun 1818. (Isu ini diperdebatkan begitu panjang oleh para sejarawan dan sehingga kini belum dapat dipastikan secara jelas bahawa Perak benar-benar ditawan seluruhnya kecuali sebuah surat yang diterima oleh SG Bonham, Gabenor Pulau Pinang (Booney:79:1974). Apa pun isunya Perak telah pun menghantar bunga emas/perak kepada Siam.

Kemudian pada tahun 1821, sewaktu serangan Siam keatas Kedah, Perak berada dibawah jajahan Kedah namun tidak memberikan apa-apa bantuan yang kemudiannnya mengisytiharkan kemerdekaan daripada Siam, (boleh juga dikatakan merdeka dengan sendiri kerana kekalahan Kedah). Akhirnya pada tahun 1823 Perak telah ditawan oleh Ligor.

"Sultan Perak menghantar Bunga Emas dan Perak serta 205 bahar timah kepada Ligor namun di rampas oleh angkatan tentera Selangor." (Gullick:74:1998).Kemudiannya Perak secara tidak lansung mendapat bantuan daripada Selangor bagi menghalang kemaraan Siam begitu juga Perak memohon bantuan senjata api dan meriam daripada Pulau Pinang, namun akibat daripada amaran British ke atas Phya Sinanunchit (Raja Kedah pada waktu itu) maka serangan ke atas Perak terhenti terus pada tahun 1828.

Ada banyak lagi faktor dan hujah yang dapat saya huraikan disini. Naum cukuplah saya memberi sedikit pandangan saya dalam perihal bab yang beliau tulis berkaitan Perak. Apa pun bagi saya Perak terselamat kerana Siam terpaksa melalui Pulau Pinang dari arah laut dan British juga telah memikirkan bahawa seandainya Perak ditawan oleh Siam maka mereka akan kehilangan sumber makanan dan bijih timah. Oleh itu pelbagai perjanjian telah dibuat oleh British dengan Siam agar dapat melindungi Perak bagi kepentingan Pulau Pinang.

Saya harap beliau telus dalam soal sejarah, beliau adalah pelajar "master" dalam bidang sejarah maka tidak patutlah ia menurut jalan sedia ada dan cuba melindungi fakta-fakta yang wujud. Saya tak pasti apa tujuan beliau. Sejarah perlu dilihat secara holistik bukan sekadar hendak mencetuskan semangat cintakan sejarah tanah air. Apakah dengan cara menyembunyikan fakta akan menyebabkan orang melayu merasa bangga?, mungkin hari ini ya.. tapi bagaimana pula di masa depan?, kajian sejarah hari ini memberi kesan yang mendalam kepada generasi mendatang maka kita perlu berhati-hati dalam membuat penulisan. Sudahlah kita marahkan buku teks yang dianggap tidak menyebelahi orang Melayu dalam masa sama kita cuba menyelindungi kisah sebenar dalam sejarah Melayu.

Sejarah ini pedih,keras dan pahit dan itulah hakikatnya. Tiada yang boleh diubah, kecuali pandangan yang dilontarkan. Apa yang sudah tertulis itulah ia samada suka atau tidak. Apa pun tahniah kerana membangkit perasaan bangga anak-anak Perak tapi takutnya nanti ibarat menanti matahari di tengah hujan.

Apa pandangan anda?

Sekian.
MHR




Perang Perak

Sekian.

MHR

Isnin, 15 Mei 2017

Apa itu Melayu Kiri?




Bila sebut Melayu kiri maka dalam pemikiran kita ialah mereka yang menyokong ideologi komunis, sosialis dan apa saja yang menentang kerajaan sedia ada. Mungkin benar mungkin juga salah dan paling menarik ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah muncul sebagai parti politik pertama berhaluan kiri.


(Tentang KMM ni level otai je tau, kau geng anarki takde punca tujuan bukan reti pun.. sembang je lebih.. ceh)


Tentang hal ni admin dah lama mengkaji dan melihat perkembangan sejarah KMM tu dan bagaimana hala tuju mereka pada akhirnya. Sejujurnya persoalan-persoalan politik Melayu ini mula dibhaasakan W.R Roff - Nasionalisme Melayu namun paling menarik sekali ialah buku Politik Al Imam, buku ini membahaskan hampir secara keseluruhan perkembangan politik Tanah Melayu.


Tahukan anda bahawa Tanah Melayu lah negara paling akhir yang belajar tentang politik di Asia sedangakn di China dan India sudah pun berlaku gerakan-gerakan politik secara besar-besaran. Maka tidak hairanlah kaum Cina lebih bijak berpolitik daripada kita.


Pada admin perihal golongan kiri sangat menarik kerana ia melibatkan pembentukan sosial masyarakat yang kesannya kita lihat hari ini. Di awal 40an orang-orang di Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh gerakan pan-Indonesia yang dipelopori oleh Sukarno, seorang pemimpin yang licik dan sangat berkaliber dan sanggup melakukan apa saja asalkan kemerdekaan di capai.


Oleh kerana ini KMM muncul sebagai penyokong kuat gerakan Pan Indonesia dan dikatakan kader-kader KMM majoritinya adalah guru-guru yang dilatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (hari ini UPSI), dan tahukah anda bahawa gerakan kiri inilah yang menjadi laluan kepada lahirnya UMNO dan persatuan-persatuan negeri.


KMM hampir mencapai kemerdekaan untuk Malaya pada tarikh yang sama dengan Indonesia. Namun kelewatan maklumat sampai ke Kuala Lumpur sementalahan kekalahan Jepun di Hiroshima membuatkan Malaya terpaksa melepaskan hasrat tersebut dan akibatnya seluruh ahli KMM melarikan diri masuk ke hutan menyertai PKM atau ke Indonesia. Mereka ini diburu habis-habisan oleh kerajaan British. Ahli-ahli ini membentuk Rejimen PKM 10.


RPKM 10 ini sudah tentu anda biasa dengar, dan sehingga kini admin belum dengar cerita yang mengatakan bahawa mereka membunuh mana-mana anggota keselamatan (soal ini admin serahkan kepada yang pakar), namun pada admin mereka menyertai PKM kerana ...


Cuba korang fikir betul2.. masa Jepun serang Malaya siapakah kumpulan yang mendapat sokongan penuh daripada British?, bekalan senjata dan makan maksud admin.. Cuba teka, dan tahukah anda siapakah yang mendapat pampasan 5k dan sebuah rumah jika ahli PKM ini menyerah diri? dan apakah yang orang Melayu PKM dapat jika mereka menyerah diri?.


Apapun tanpa orang-orang kiri seperti KMM maka berkemungkinan besar Malaya mungkin merdeka pada tahun 1997 sama macam HK atau mungkin saja 2020. Sebahagian besar persoalan ini korang boleh baca dalam buku Asal Usul Melayu Kiri.

Persoalan lain korang kena baca banyak buku lagi untuk paham semua perkara berkaitan.


Melayu Kiri
Buku ni dan buku-buku yang admin sebut tu ada admin jual. Itupun kalau kau nak tahulah.



Jumaat, 5 Mei 2017

Melayuku Sayang

Makam Pahlawan Di Melaka
Makam Pahlawan Melayu zaman Portugis


Dalam seminggu ini banyak perkara tak terduga berlaku segala macam perasaan datang tiba-tiba, setelah aku ke rumah masih ada lagi perasaan yang bercampur baur datang menginap dalam hati. Tapi benarlah janji Allah, bahawa setiap kesusahan datang dengan kesenangan selagi kau bersyukur dengan kesusahan yang menimpa.

Aku ni bukan orang senang, dan aku pun bukan orang kaya tapi aku sedang berusaha hendak menjadi orang senang dan bukanlah tujuan aku hendak bersenang tu aku hendak bermegah tapi aku merasa dengan apa yang ada itulah aku nak bantu anak bangsa aku.

Terus terang aku beritahu, kerja apa pun perlukan wang. Kau kerja pejabat sukarelawan apa pun wang tetap jadi soalan. Mungkin kau tak faham apa yang aku usahakan sekarang dan aku akui apa yang aku usahakan ini banyak cacat celanya. Tapi aku tetap mahu buat yang terbaik untuk anak bangsa aku. Bangsa yang aku puja, bangsa Melayu...

Usai sedang aku berehat-rehat aku mendengar lagu-lagu lama 50an-70an, lagu Sharifah Aini, Sanisah Huri, SM Salim, P.Ramlee dan ramai lagi. Jujurnya aku tak boleh dengar lagu macam ni.. rasa sebak dan sayu. Entah kenapa aku terkenang akan bangsa aku ini. Entah kenapa aku rasa apa lagi yang belum cukup tentang bangsa ini. Sedih la bang...

Jujurnya aku cakap aku cinta dan kasihkan bangsa aku ini dan aku sanggup mati mempertahankan bangsa ini tapi aku tak tahu apa cara yang patut aku buat, cara yang boleh aku semaikan kepada orang lain agar mereka jadi seperti aku. Jadi seorang ultralis Melayu yang sanggup buat apa saja demi anak bangsa... anak kau dan aku.

Tapi dalam aku hendak berjuang itu, selalu aku merasa gagal dan kecewa. Mungkin kerana aku terlalu terburu-buru hendak menyebar pandangan dan perjuangan aku maka aku gagal. Aku mohon maaf kepada kalian kerana kekurangan yang berlaku dalam penulisan dan buku yang aku buat dan aku janji akan buat lebih baik di masa depan.

Sambil melayan lagu lama, aku terkenang zaman remajaku, zaman yang indah dan penuh dengan azam. Azam aku selama ni aku hendak bangsa aku berjaya, aku hendak bangsa aku menjadi gagah dan aku hendak bangsa aku menjadi tuan yang sebenar-benar tuan. Aku semat dalam hati biarlah seburuk mana bangsa ini, aku akan jaganya sepenuh hati.

Aku faham, kau takkan faham apa yang aku rasa. Tapi tidakkah kau merasa kasihan kepada bangsa ini? tidakkah dalam hati kau merasa berduka melihat bangsa ini sudah tercabut destarnya..keris yang disemat dipinggang kini hanya menjadi penghias rumah. Tak rasakah kau?

Aku hendak berjuang untuk bangsa aku, dan selama ini itulah yang aku sedang usahakan. Aku tak pernah jemu tapi aku sering digagalkan oleh persekitaran aku. Susahnya hendak berjuang susahnya nak memberitahu kepada manusia bahawa tolonglah jaga bangsa ini. Apalah guna kau jerit dan menggila mengatakan kau sayang bangsa ini sedang dalam diam-diam kau jual bangsa kau. Sedihlah tuan...aku sedih sangat..

Saudara dan Saudariku,

Aku tak minta banyak...aku harap, Janganlah berhenti berharap, janganlah berhenti berjuang, apa yang sudah berlaku biarkan pergi.. berlapang dadalah demi anak bangsamu. Orang seperti kita tidaklah ramai tapi cukuplah kita ini menjadi manusia paling sayang kepada bangsa kita. Janganlah kau mengalih muka dari bangsa ini.. biar bodoh dan jelek macam mana pun bangsa ini, inilah bangsa yang mengandungkan kau. Inilah bangsa yang melahirkan kau..

Aku sayang bangsa ini, kerana bangsa inilah mendidik aku menjadi manusia yang berbudi dan penuh santun.

"Tiada kata secantik bahasa"

-MHR-

Jangan lupa datang ke PBAKL2017 dan sokong usaha kami! Buku-buku kami boleh didapati di booth Kafilah BUku 3023-3026, Dewan Tun Razak 3 dan G05 Buku Warisan Malaysia Dewan Tun Dr Ismail bersebelahan pentas utama!

Semua dijemput beramai-ramai!!