Sabtu, 30 September 2017

Ajaibul Hind (Kisah Keajaiban Sekitar Lautan Hindi)

Kitab Sejarah Malaya

Satu masa dulu disaat-saat saya tidak mengerti apa pun tentang teknik-teknik sejarah dan hanya sekadar peminat sejarah. Saya sering tertanya-tanya mengapa sejarah Malaysia tidak begitu berkembang.

Semakin saya menyelam dunia sejarah melalui pelbagai buku maka terdetik di hati hendak membuat penulisan sejarah. Pada masa itu juga saya merasakan tidaklah penting menyambung pengajian di universiti. Bagi saya cukuplah apa yang saya baca. Saya mula membuat kajian tentang Islamnya Sriwijaya dan hasilnya saya amat yakin benar tentang kerajaan itu pernah menganut agama Islam.

Setelah berbulan-bulan saya menulis dan menelaah saya cuba bawakan kajian saya itu kepada yang lebih arif. Oh ya sebelum lupa.. saya sering tertanya mengapa penulisan sejarah Melayu banyak menumpukan bahan-bahan daripada British dan Portugis. Kalau hendak melihat rujukan dari Arab kita kena cari di pondok-pondok sedangakn yang dirujuk adalah bangsa Melayu.

Maka dalam menyelidik itu terjumpalah saya beberapa kitab Arab seperti Muruj Az Zahab dan banyak lagi namun paling penting kepada para pengkaji Sriwijaya pada abad ke 5M-7M ialah kitab Ajaibul Hind. Pada masa tu sangat-sangatlah susah sebab bahan tersebut takda di internet dan saya lansung tak berpeluang untuk melihat lebih dalam apakah isi kitab tersebut.

Akhirnya saya hanya bersangka-sangka bahawa Sriwijaya telah pun memeluk Islam pada 720M kerana sebuah kerajaan kuno dalam Burma hari ini telah pun menerima pengaruh Islam pada 700M. Namun saya masih buntu kerana setakat ini belum ada data yang benar-benar melihat apakah pandangan Arab kepada alam Melayu sedangkan Wolters dan Coedes menyatakan tentang hubungan Mesir dan Barus sebelum Masihi lagi.

Begitu jugalah halnya hubungan Parsi dan Alam Melayu. Orentalis menyebut Parsi kerana mahu menjauhkan kita dari Islam. Parsi pada waktu 6M sudah pun berada dibawah Khulafa Ar Rasyidin hinggalah Abbasiyah. Atas sebab penipuan yang terselindung itu kita sudah terpisah begitu jauh dari dunia Islam dan Arab dan hanya mampu bercakap tentang Turki. Itupun tidaklah dalam lagi pengetahuan kita terhadap hubungan ini kecuali Uthmaniyah pernah membantu Acheh melawan Belanda.

Maka setelah sekian lama atas usaha Sdr.Arsyad Mokhtar maka terbitlah Buku Ajaibul Hind yang diterbitkan oleh Sdr.Naseer Sobree di bawah label Baytul Hikma. Ajaibul hind adalah kumpulan genre hikayat terkumpul namun didalamnya ada pelbagai kisah yang sebahagiannya menujukkan keadaan Alam Melayu.

Buku ini telah pun dipetik sumbernya oleh Prof-prof dari seluruh dunia terutama sekali Cambrige. Pada saya jika ini sebuah hikayat yang dianggap oleh sesetengah sarjana sebagai sejarah sampingan atau mitos yang tak berasas mengapa pula Barat begitu mengangkat naskah ini.

Di dunia Arab hingga hari ini ada ribuan lagi naskah yang menceritakan tentang Alam Melayu namun gerakan untuk menjejak naskah-naskah ini tentulah mengambil masa yang panjang dan melibatkan kos yang tinggi. Namun usaha yang telah dibuat oleh team Baytul Hikma sedikit sebanyak telah membuka ruang kajian tentang Alam Melayu dengan lebih mendalam.

Masalah kita paling besar sekarang ialah melahirkan pakar bidang/lapangan sejarah Melayu. Kita takda ramai pakar yang mengetahui selok belok sejarah kuno Melayu yang setakat ini dikuasai oleh ahli arkeologi negara dan hal ini juga saya nampak dan telah berulang kali nyatakan di dalam fb. Begitu juga hal ini pernah dibangkitkan oleh Prof Emeritus KKK.

Mengkaji sejarah bukan hanya bertumpu pada penyelesaian persoalan kajian tapi bagaimana hendak menyaring dan mengambil segala maklumat sejarah yang berkaitan dari pelbagai sumber. Maksud saya selain dari China dan Portugis diluar sana ada ribuan bangsa yang pernah datang kesini dan mencatatkan pengalaman mereka sepajang abad dan zaman cuma tidaklah diketahui dimana naskah-naskah ini berada.

Apapun saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada sidang Baytul Hikma kerana berjaya memartabatkan karya sejarah Melayu melalui kaca mata Arab. Semoga satu masa nanti adalah perkumpulan yang sanggup menterjemah dan menerbitkan karya-karya sejarah berkaitan Melayu dari bahasa Perancis, Burma, Vietnam, Belanda dan banyak lagi.

Hari ini pihak penerbit telah membuat keputusan untuk menamatkan penerbitan buku ini dan ia akan menjadi langka pada satu masa nanti.

MHR

Khamis, 28 September 2017

Mat Kilau Difintah

Kitab Sejarah Malaya
Buku
Selepas beberapa hari saya berjaya menghabiskan bacaan saya. buku yang saya baca bertajuk Sejarah Dato Bahaman oleh A.Talib Bin Haji Ahmad, terbitan 1962 dan setebal 126 halaman. Penulis ini berasal dari Karak Pahang. Satu hal yang menarik tentang buku ini ialah kesukaran untuk mendapatkannya dan sesungguhnya buku-buku sejarah berkenaan Pahang tersangatlah susah untuk dilihat pada hari ini. 
 
Buku ini pada saya sangat menarik kerana ia diakui oleh penulis dan editor bahawa ia merupakan perkumpulan cerita lisan dari orang ramai terutama sekali di daerah Semantan dan Temerloh yang merupakan kubu kuat bagi Dato Bahaman dan Dato Gajah. 
Umumnya penentangan orang-orang Pahang berlaku pada zaman Sultan Ahmad Shah iaitu Sultan Pahang pertama dari jurai Bendahara Melaka dan terdapat pelbagai kisah yang tular tentang pahlawan Pahang ini sejak dekad ke dekad. Kisah mereka ini dianggap menarik dan tidak kurang pula menimbulkan pelbagai pandangan dari masyarakat umum. Ada yang menyokong dan menjulang mereka dan ada pula yang mencemuh mereka. 

Di dalam buku ini penulis cuma menceritakan kronologi peristiwa bagaimana penentangan ini berlaku. Dari sebuah perbalahan kecil, bertukar menjadi penindasan secara halus. Namun sebagai anak Melayu yang pantang menderhaka para Dato-dato ini bersumpah untuk taat setia dan sanggup menjadi kambing hitam asalkan Sultan Pahang terselamat.

Namun antara perkara yang mengejutkan ialah semasa kedatangan British ke Pahang dan sebelum penentangan ini berlaku nampaknya Panglima Muda Lope iaitu Orang Besar Jengka telah pun melakukan penentangan terhadap British dan dialah orang yang mula-mula sekali menentang! dan dikatakan penentangan inilah yang telah membuka jalan kepada campurtangan Inggeris ke Pahang. Selain itu terdapat beberapa sosok misteri (pada saya) semasa campurtangan awal ini berlaku yang tidak dapat saya huraikan dengan panjang lebar kerana pelbagai sebab. 

Kedatangan British telah mengubah sistem feudal yang selama ini digunapakai oleh kerajaan Melayu dan antara yang diubah ialah sistem cukai iaitu dari cukai kawasan kepada bentuk bayaran pencen. Menurut penulis Sultan Ahmad bersetuju dengan bayaran pencen ini dan telah menitahkan agar semua pembesar menurut undang-undang baru ini. Namun dari sebulan membawa ke setahun dan akhirnya menjadi dua tahun. Akhirnya wang yang ditunggu-tunggu tidak juga diperolehi dan mula menimbulkan kemarahan para pembesar.

Akhirnya Dato Gajah dan anaknya Mat Kilau telah nekad untuk membunuh Clifford namun rancangan mereka itu telah dilaporkan oleh tukang masak Clifford berbangsa Melayu. Mereka dijemput naik ke atas bertemu dan tatkala itu Clifford berkata “Janganlah kamu memberontak menentang British, takda gunanya”. Kata-kata itu telah memutuskan niat kedua-dua mereka. 

Dalam keadaan yang serba susah itu akhirnya Dato Bahaman telah memutuskan untuk berunding dengan British melalui Sultan Johor. Namun kata sepakat tidak dapat dicapai. Inggeris sepertinya membuat muslihat dengan menambah jumlah wang kepada Dato Bahaman sebanyak $500 menjadikan semua sekali $1000. bagi Dato Bahaman jika diterima ia akan menjadi bahan fitnah untuk menghukumnya maka beliau menolak.
Sementara itu, Pati Bin Burok dan Mat Shah Bin Burok telah membunuh 5 orang Cina di Pulau Tawar. Dalam penyiasatan British Mat Kilau telah dituduh terlibat dalam pembunuhan itu. Mat Kilau cuba ditangkap oleh British namun mendapat tentangan hebat dari Dato Gajah dan seluruh penduduk Pulau Tawar. Mendengar peristiwa ini British dengan pantas mengawal pergerakan Sultan Ahmad. Dalam peristiwa ini juga dikhabarkan ramai tentera Sikh terbunuh melalui taktik perang gerila yang dilancarkan oleh mereka. Pada waktu ini Dato Bahaman mendiamkan diri kerana mahu menunggu keadaan pulih. 

Setelah beberapa berperang akhirnya Dato Gajah dan Mat Kilau berpecah kepada 2 kumpulan dimana Dato Gajah dan Mat Kilau membawa diri ke Hulu Kelantan. Mat Kilau semasa tiba di Hulu Kelantan, beliau telah disambut oleh para penduduk disitu. Penulis mengatakan semasa berada disini mereka telah diracun yang akhirnya membawa kepada kematian Mat Kilau dan dikuburkan di Ulu Leteh. Dato Gajah kemudiannya membawa diri ke Terengganu dan selepas beberapa ketika beliau meninggal dunia dan dikuburkan disana. 

Kisah ini agak tragis namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran itu, walaupun satu berita gempar muncul pada tahun 1970.Namun didalam buku ini menyebut tentang anak Dato Bahaman bernama Mat Lela telah pulang ke Tanah Melayu selepas 1957. Adakah orang yang mengakui Mat Kilau itu adalah Mat Lela? dan dikhabarkan semasa “Mat Kilau” muncul, Sultan Abu Bakar tidak mahu menemui beliau sehingga “Mat Kilau” itu meninggal dunia.

Insha Allah saya dan team Geroda Merah akan menerbitkan semula buku ini pada tahun hadapan.

















Ahad, 10 September 2017

Dilema Melayu Siri 1


Kitab Sejarah Malaya
Dr Mahathir Mohamad


“Orang Melayu mempunyai keinginan untuk memperkukuhkan hak-hak yang diperuntukkan kepada mereka yang dianggap memang milik mereka tetapi disamping itu mereka juga bertimbangrasa terhadap hak-hak dan tuntutan orang  lain. Dalam hati mereka walau apa pun mereka buat dan persetujui, semuanya akan beransur-ansur terlepas dari tangan mereka dan lama-lama mereka akan kehilangan tanah air mereka. Inilah Dilema Melayu”

Kali ini ingin saya berkongsi petikan-petikan atau membuat ulasan terhadap buku ini yang ditulis pada tahun 1982 iaitu sebuah buku yang pernah diharamkan pada tahun berikutnya kerana dianggap menentang kerajaan terutama sekali UMNO. Buku ini juga turut mendapat kecaman hebat daripada tokoh-tokoh atau penganalisis politik seperti Syed Hussein Al Attas yang membidas buku ini melalui bukunya bertajuk “Siapa Yang Salah”  dan “Peribadi Melayu” manakala UMNO pula melalui Senu Abdul Rahman membidas melalui buku “Revolusi Mental” dan begitulah buku ini mendapat kecaman hebat daripada pelbagai penulis amatur dan profesional.

Walaupun begitu kepada yang gemar membaca buku-buku pemikiran politik yang kritis saya sangat mengajurkan kesemua tajuk-tajuk buku ini dibaca dari sudut pandang sebagai orang Melayu bukanlah kepada arah kepartian kerana buku-buku yang seperti ini hakikatnya lebih kepada hendak menyedarkan masyarakat Melayu dari pelbagai sudut. Namun umumnya orang Melayu masih terjajah mindanya dengan pemikiran kepartian melampau yang akhirnya merugikan orang Melayu itu sendiri.  Pertamanya buku ini tentulah membidas UMNO itu sendiri.

Dalam bab 2 dihuraikan bagaimana hubungan Melayu-Cina ini berlaku dimana pandangan Jepun terhadap kedua kaum ini mula berubah dimana walaupun Jepun sudah berbaik dengan orang Cina namun mereka saling mencurigai. Bagi orang Melayu pula Jepun merasakan mereka tidak lagi berguna dan selepas kedatangan British hubungan Melayu-Cina terus retak apabila British mencadangkan kerakyatan diberikan kepada orang Cina dan India.  Selain itu  penulis menegaskan bahawa UMNO lebih suka bergantung dan memenuhi hasrat orang/parti Cina serta sikap patuh orang-orang Melayu kepada parti UMNO.  

Sikap para pemimpin yang berada didalam kabinet walaupun berubah telah menimbulkan sikap sinis kepada rakyat kerana keputusan-keputusan yang dibuat telah mempengaruhi rakyat walaupun menteri silih berganti namun harapan sebenar rakyat ialah ingin melihat seorang pemimpin yang benar-benar berkebolehan dan sikap ini bukan saja muncul dikalangan pembangkang malah di dalam penyokong kerajaan.
Menurut penulis lagi menjelang PRU 1969, kelihatan kerajaan telah melebih atau menunaikan permintaan-permintaan yang dibuat oleh kaum Cina yang telah menyebabkan orang Melayu mula berasa tidak berpuas hati yang pada pandangan orang Melayu kerajaan sedia ada telah berpihak kepada orang Cina sedangkan dalam masa sama kerajaan tidak membetulkan keseimbangan ekonomi dan kekayaan diantara kedua-dua kaum.

Kerajaan menganggap keharmonian pada ketika itu kerana orang Cina hanya berminat kepada perniagaan sementara orang Melayu hanya berminat bekerja di sektor kerajaan. Disamping itu UMNO terlalu bongkak kerana mempunyai suara majoriti dan tidak mahu lagi mendengar kritikan pembangkang dan penyokong kerajaan. Oleh itu kerajaan tidak dapat merasakan perubahan radikal oleh rakyat yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Mahathir Mohamad, 1982, Dilema Melayu, Federal Publication.

bersambung..


Sabtu, 9 September 2017

Apa Peranan Pas Dalam Politik Melayu?

Kitab Sejarah Malaya
Parti Islam SeMalaysia
Menjelang PRU tidak lama lagi, ingin saya bertanya apakah peranan PAS dalam politik Melayu. Page ini bukan menumpukan perihal politik namun kami cuba menganalisis keadaan yang berlaku demi kemakmuran semua orang Melayu pada masa depan dan bila berpolitik apakah yang orang Melayu harus faham. Parti ini sudah wujud hampir seumur dengan UMNO namun dipercayai ia adalah daripada Kesatuan Melayu Muda yang telah diharamkan oleh British pada satu masa dahulu.

Parti ini mengalami pelbagai evolusi dan suka duka dalam memperjuangkan kedudukan Islam dan orang Melayu namun sejauh mana kejayaan mereka itu berjaya menyelamatkan orang Melayu yang pada masa sama seakan-akan ditipu oleh UMNO. Sebelum itu boleh dibaca apa itu politik kepada orang Melayu http://kitabsejarahmalaya.blogspot.my/2017/08/orang-melayu-tak-faham-apa-itu-politik.html

Jadi saya macam inilah, disebabkan banyak yang kata dunia ni luas terbentang dan perjuangkan Islam dengan menolak kepentingan bangsa maka saya nak huraikan serba sedikit pemerhatian saya kepada apa yang berlaku.

Orang melayu tak faham seni politik gaya islam dan gaya sekular. Biasanya kita akan jadi fanatik samada islam atau sekular. Sedangkan dalam Islam sudah ditekan konsep politik yang ada hari ini.

Bila sebut Islam Melayu nampak PAS bila sebut Melayu Melayu akan nmpk UMNO.

Kedua2nya cuba nk tarik sokongan bukan Melayu. Tapi jelas dan nyata UMNO menang. Betul prinsip yakin pada Allah. Tapi apa jalan PAS untuk meyakinkan non muslim dikala "Melayu" muslim sering buat onar dan diapit pula dengan isu2 semasa seperti islamphobia.

PAS juga tidak bertanding disemua kerusi untuk membentuk kerajaan pusat. Jadi macam mana nk urus tablighkan agama dan uruskan negara mengikut syariat sedangkan dia takda kuasa.

Perkara macam ini lah yang harus PAS atasi. Dulu PAS kuat sebab Mahathir berjaya kawal negara dgn tegas. Tempias dari situ Melayu walaupun berpecah tp bergabung dalam hal2 berkait Islam dan Melayu.

Hari ni apa pendirian PAS selain dari membawa diri dan bergado dgn PAN?. Apa penyelesaian PAS kepada maslahat ummah? Apakah PAS menjadi pendesak kepada sistem Islam sprt mahkamah Syariah supaya dinaik taraf. Dari hal ni akhirnya terpaksa juga PAS bergabung dengan UMNO untuk RUU 355 sedangkan kuasa hal ehwal Islam adalah pada Sultan. Tapi sebab PAS tidak ada kuasa majoriti maka takda apa yang mampu dibuat akhirnya.

Jadi kenapa PAS tidak menunjukkan hal ini kepada mualaf dan non muslim dan paling penting ialah mendidik pengkiutnya "apa itu politik"

Apa pendirian mualaf2 pada PAS?, Redhuan Tee dh terang2 UMNO diakhirnya dia berjuang untuk komuniti Cina Muslim walaupun pada awalnya dia berjuang untuk Melayu. "Cina"?

Jadi jika hendak mengangkat kedua hal agama dan bangsa majoriti ADUN2 Melayu tak kira parti kena ramai dan meraka akan sokong perundangan atau pergerakan Islam, maka paling mustahak sekarang pada saya ialah meramaikan Melayu di dalam Parlimen sbb kita belum ada mualaf bertanding dlm PRU.

Saya faham orang PAS tak suka, saya non partisan. Jadi saya senang nk tulis. Tuan tau Gerakan, SUPP sebagai cthnya telah bergabung dgn BN selepas 1969. Hari ni kedua parti tu adalah pendesak dari dalam dalam hal2 Cina yang diketuai MCA. DAP bertugas sebagai pencetus polemik atau menjadi pemangsa. Ini lakonan supaya org2 Cina dapat apa yang mereka mahu dari BN dan mereka berjaya dgn taktik ini. Inilah game politik yang pernah berlaku di Turki zmn Khalifah Ottoman terakhir.

Saya harap tuan faham maksud saya. Saya dulu penyokong ABIM kemudiannya UMNO dan sekejap meyokong PKR. Hari ini saya memilih calon terbaik dan yang pastinya Melayu Islam. Saya sayang bangsa saya dan saya junjung Islam di kepala saya maka saya sanggup mati untuk agama dan bangsa saya.

"Hidup bermaruah mati syahid"

Sekadar itulah pandangan saya yang fakir. Nak politik kena cerdik, teliti, mengawal emosi dan jangan taklid buta. Lagi satu baca buku2 ilmiah politik Malaysia macam

W.R Roff : Nasionalisme Melayu
Ahmad Boestaman: Dilema Melayu :
Tun M : Dilema Melayu
Kamarudin Jaafar : Dr Burhanudin Helmy, Pemikiran dan Perjuangan
Dr Burhanudin Helmy : Politik dan Agama
Ramlah Adam : Gerakan Melayu Kiri
Senu Abd Rahman : Revolusi Mental
Mitos Pribumi Malas : Syed Husein Al Attas

Dan banyak lagi.

Jumaat, 8 September 2017

Orang Melayu Tak Reti Berniaga?

Kitab Sejarah Malaya
Ikan kering
Hari ni aku nak cerita pasal ekonomi Melayu tapi bab kapal laut dan macam mana British berjaya menunjukkan kuasa mereka. Korang mesti tau dan rasa takjub bila cerita pasal Sriwijaya dan Melaka dan korang selalu rasa bangga dengan kejayaan dua emporium ni menjadi kuasa dagang yang sangat hebat.

Tapi cuba korang fikir kenapa sampai hari ni ada quote "Jika British tak ada kita takkan selamat dan maju". Eh, tadi kau bangga sangat dengan Sriwijaya dan Melaka tapi apahal pulak kau rasa British lagi supreme?.

Kau tak rasa pelik ke? atau kau malas nak fikir diluar tingkap..haha. Cuba kau bayang kemana pergi kuasa laut Melayu selepas jatuhnya Melaka dan pada aku Johor dan Kedah hampir-hampir menjadi kuasa baru lautan Melayu disini. Pasal Acheh dan Bugis tu aku malas nak cerita sbb kompleks. Emm.. cerita bab kapal-kapal ni semua, aku rasa semua orang dok rasa bangga tu je la.. tapi apa usaha korang buat?

Sebenarnya bila masuk British dan kapal2 China, laut Melayu yang dulunya milik Melayu dah lumpuh sama sekali, British bangunkan kapal-kapalnya sendiri sama jugak dengan Cina malah British turut membeli kapal-kapal Cina yang dianggap lebih kuat dan mampu membawa muatan berat. Ko rasa?. Lupa nak tambah.. Cina dan British mula gunakan bahasa inggeris sebagai bahasa dagang..mana hilanglah segalanya..bukan saja laut malah bahasa Melayu juga..

Jadi disebabkan pusingan inilah menyebabkan kapal-kapal Melayu mula tenggelam. Kalau rujuk zaman Melaka, Sultan Muzaffar sendiri beli kapal dari Pegu dan sewakan kepada para pedagang. Kemudiannya ada kapal Jawa dan Pinisi Bugis jadi mana datangnya kapal Melaka? kalau kau nak cakap kapal Melayu itulah 3 jenis kapal Melayu. Pegu, Jawa dan Bugis.

Selepas beberapa abad cina mula gabungkan tongkang dorang dengan pinisi Bugis tapi sudahnya kapal tu depa klaim hak dorang. Nasib la orang bugis masih kekalkan identiti bangsa pelaut. Kalau tak memang apa pun takde dah. nampak tak? kesannya Melayu tinggal bulu je.. itupun kau nak anti bugis sebab kononya dorang ni lanun..padahal kau kaji pun idak..keke

Kemudiannya bila perdagangan dah mereput dari orang Melayu maka hilanglah kuasa maritim Melayu selama-lamanya walaupun kau ada baca kisah di Kedah yang sebenarnya bagi aku ia adalah "Malay last ship ever seen" yang kemudiannya ia hilang selama-lamanya. Dari kuasa maritim maka tinggallah orang Melayu di persisir pantai buat berniaga ikan masin, kepok leko dll. Kau rasa maju tak?, ada tak nelayan Melayu pakai BMW 5 siri?

Dari tepi laut itu jadila ekonomi sara diri yang kemudiannya Melayu ni pakat-pakat jadi negara agraria tumpu sektor pertanian. Tapi disebabkan 80% dulu kala bukan pedagang maka apa modal yang ada untuk rakyat?.. psstt.. zaman feudal dulu ada tak skim bantuan pertanian? haha..

ok bye..

Orang bijak selalu kena aniaya.. Melayu la tu.. kau je rasa bangsa kau lemah... padahal kau sendiri yang pemalas!


~Buku kena baca banyak2 baru korang faham keadaan negara serba serbi.

Isnin, 4 September 2017

10 Dalil Rohingya

Masalah Rohingya
Ahli Parlimen Rohingya


Aku betulnya dah muak dengan kisah depa ni yang diviralkan oleh awam. Jadi lepas beberapa hari berbahas sana sini inilah 10 dalil Rohingya.

1. Pasal sejarah aku takmau tulis malah aku yakin ramai dah yang jadi pakar sejarah Arakan. Sejarah ni termasuklah etnik2 minoriti yang tinggal disana dari sempadan Chittagong sampai la ke sempadan Thai di Chumpon.

2. Isu Rohingya telah jadi isu antara Islam dan nasionalisme. Maksud aku penganut Islam iaitu Melayu merasakan kasihan kerana penyiksaan yang berlaku ke atas Rohingya jadi dari sifat2 itu sudahnya bertembung dengan kumpulan anti Rohingya yang lebih memikirkan kesan jangka panjang kepada negara. Islamis ni pada pandangan aku mereka tak faham isu-isu kenegaraan dalam tempoh 10 hingga 20 tahun dan rata-ratanya lebih kepada kesian yang akhirnya memunafikkan sesama Melayu. Kita tak benci Rohingya tapi ikut dari kisah wakil MAPIM  sekarang sudah ada 80 ribu Rohingya disini dan 400 ribu lagi bakal datang ke Malaysia. Jadi kumpulan anti ini risau tentang lambakan pendatang bukanlah tak kasihan kepada mereka. Faham tak?

3. Kad UNHCR. Ramai yang anggap kad ini tidak memberi apa2 kesan. Tapi yang ramai tak tahu ialah sebahagian besar dari Rohingya ini takda apa2 kad identiti yang menyebabkan mereka terumbang-ambing dalam negara. Pendek kata kalau kena bunuh mayat mereka tak berkubur. Isu lainnya ialah mereka hanya terikat dengan undang2 dibawah akta imegresen dan bukan akta jenayah dan lain2 sebab mereka tidak diakui sebagai mana2 warganegara. Di Asia Tenggara Malaysia adalah antara negara yang melindungi pelarian dan kenapa pelarian ni paling ramai lelaki? Patutnya lelaki yang pertahankan temlat sendiri. Mulia lagi Tak Bai di Patani tu.

4. Bantuan. Jika ditanya mana-mana kumpulan samada anti atau tidak semuanya menyokong  supaya bantuan kemanusiaan terus disalurkan kepada mereka di Myanmar dan semua rakyat mengutuk kekejaman Myanmar keatas Rohingya. Tapi isu yang dicanangkan oleh Islamis ialah bantuan pendidikan, isu warna kulit dan macam-macam lagi. Korang faham tak kalau dibiar atau diambil lagi 400 ribu lagi akan datang kesini. (artikel asal dari Mohd H Roslan) Presiden Indonesia sendiri sudah menggerakkan bantuan ke sana namun tidak pula menyebut perihal mengambil pelarian ini ke negara mereka begitu juga dengan Thailand.

5. Keselamatan.  Beberapa tahun lepas saya hadir ke Taklimat Keselamatan Negara berkaitan Sulu. Speakernya ialah Tan Sri Zaini bekas PAT dan Dato Musa Hassan bekas KPN. Adakah dengan kebanjiran warga asing ini keselamatan negara akan terjamin? Sekarang kita sudah ada hampir 2 juta warga asing diseluruh negara dan ia hampir melebihi jumlah anggota keselamatan kita dan didalam warga asing ini terdiri daripada bekas2 tentera yang sudah tamat perkhidmatan. Tak ingat ke bekas pegawai Ambank yang kena tembak dulu?. Bayangkan jika 80 ribu + 400 ribu Rohingya sedia ada ini membentuk satu kekuatan atau paling tidak sebahagian dari mereka menyertai militan atau apa2 saja musuh negara. Sudikah bangsa kau dirogol?

6. UNHCR. Sila baca apa kata Human Rights kepada kita dan salah satunya kita dituduh dibawah akta pembelaan kanak-kanak sedangkan kita tak sain apa2 Perjanjian dibawah Geneva tapi sebab kesian mailah.. saya setuju kalau wanita dan kanak2 diambil dan dijaga lebih dari lelaki.

7. Nitezen. Rata-rata nitezen menyokong usaha NGO² membantu pelarian ini sehinggakan menimbulkan perbalahan dikalangan masyarakat. Tapi ramai mana yang pernah menguruskan orang-orang Rohingya ini atau mempunyai pengalaman bersama mereka?. "Alah, takkan sebab sorang kamu dah salahkan semua", isunya sekarang orang² yang mengurus mereka ini merungut dan menceritakan keburukan mereka. Ini bukan kisah 1 orang ini kisah ribuan orang. Takda sensitiviti ke? yang kau tahu kesian.. kalau kesian pegi uruslah.

8. Imegresen. Merekalah yang paling banyak bersungut tentang hal pelarian ini malah sebelum2 ini semacam takda pun kisah bangla, nepal kecuali kisah Vietnam di Nilai dan Afrika di Mentari Court itu pun sudah dikawal sebab mereka bukan pelarian. (Artikel asal oleh Mohd H Roslan) Aku sendiri pun dah kongsi macam2 luahan dari mereka.. cuma aku tak faham kenapa kau benak sangat.

9.  Solusi. Saya sampai sekarang masih menunggu solusi dari mana-mana pihak terutamanya NGO yang melindungi mereka. Tapi bila ditanya kepada mereka dan mana-mana orang yang kasihan kepada Rohingya ini ialah "kerajaan la kena keluar duit" kenapa aku pulak yang nak kena tanggung?. Eh, tadi kau kasihan dan pertahankan tapi kenapa kau tak bantu kerajaan dengan hulurkan duit kau? kurang2 RM 20 sebulan?. Bro, dorang ni pelarian yang tak diakui warga negara mana-mana jadi apasal nak jadi beban kerajaan?. Kerajaan pun dah mampu apa yang patut. Kau yang over kesian bantulah pulak salurkan dana kepada ngo yang ada.

10. Selain dari kesian, dan faktor-faktor diatas. Kesan ekonomi, keselamatan pribumi, kawalan penyakit, populasi sedia ada harus dilihat dengan lebih dalam malah sedalam laut paling gelap. Tapi persoalannya siapa yang mampu beri solusi terbaik?

Aku tak benci tapi aku nakkan solusi. (artikel asal dari Mohd H Roslan). Selamatkan yang lemah bukan kau semakkan dengan yang sihat2 datang sini buat pasal dan adatlah kerana nila susu rosak kerana selut kerbau jadi mangsa. Jantan ramai sangat tabur benih kat mana? Tepi pokok pisang?

Yang bajet Islamik sila hubungkan sel otak korang dengan ilmu keselamatan dan sosial negara. Kena maki kang kau sentap lak. Bila beranak pinak kau nak ambil jadi anak angkat ke?.

MHR.

Pasal UNHCR leh baca sini pdf free.

http://www.equalrightstrust.org/ertdocumentbank/Equal%20Only%20in%20Name%20-%20Malaysia%20-%20Full%20Report.pdf

Pasal mapim tu leh baca sini,cari kat ruangan komen.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213963412468347&id=1501090787

Gambar dari

Rohingya American Society