Dr Mahathir Mohamad |
“Orang Melayu
mempunyai keinginan untuk memperkukuhkan hak-hak yang diperuntukkan kepada
mereka yang dianggap memang milik mereka tetapi disamping itu mereka juga
bertimbangrasa terhadap hak-hak dan tuntutan orang lain. Dalam hati mereka walau apa pun mereka
buat dan persetujui, semuanya akan beransur-ansur terlepas dari tangan mereka
dan lama-lama mereka akan kehilangan tanah air mereka. Inilah Dilema Melayu”
Kali ini ingin saya
berkongsi petikan-petikan atau membuat ulasan terhadap buku ini yang ditulis
pada tahun 1982 iaitu sebuah buku yang pernah diharamkan pada tahun berikutnya
kerana dianggap menentang kerajaan terutama sekali UMNO. Buku ini juga turut
mendapat kecaman hebat daripada tokoh-tokoh atau penganalisis politik seperti
Syed Hussein Al Attas yang membidas buku ini melalui bukunya bertajuk “Siapa
Yang Salah” dan “Peribadi Melayu”
manakala UMNO pula melalui Senu Abdul Rahman membidas melalui buku “Revolusi
Mental” dan begitulah buku ini mendapat kecaman hebat daripada pelbagai penulis
amatur dan profesional.
Walaupun begitu
kepada yang gemar membaca buku-buku pemikiran politik yang kritis saya sangat
mengajurkan kesemua tajuk-tajuk buku ini dibaca dari sudut pandang sebagai
orang Melayu bukanlah kepada arah kepartian kerana buku-buku yang seperti ini
hakikatnya lebih kepada hendak menyedarkan masyarakat Melayu dari pelbagai
sudut. Namun umumnya orang Melayu masih terjajah mindanya dengan pemikiran
kepartian melampau yang akhirnya merugikan orang Melayu itu sendiri. Pertamanya buku ini tentulah membidas UMNO itu
sendiri.
Dalam bab 2
dihuraikan bagaimana hubungan Melayu-Cina ini berlaku dimana pandangan Jepun
terhadap kedua kaum ini mula berubah dimana walaupun Jepun sudah berbaik dengan
orang Cina namun mereka saling mencurigai. Bagi orang Melayu pula Jepun
merasakan mereka tidak lagi berguna dan selepas kedatangan British hubungan
Melayu-Cina terus retak apabila British mencadangkan kerakyatan diberikan
kepada orang Cina dan India. Selain itu penulis menegaskan bahawa UMNO lebih suka
bergantung dan memenuhi hasrat orang/parti Cina serta sikap patuh orang-orang
Melayu kepada parti UMNO.
Sikap para pemimpin yang berada didalam kabinet walaupun berubah telah menimbulkan sikap sinis kepada rakyat kerana keputusan-keputusan yang dibuat telah mempengaruhi rakyat walaupun menteri silih berganti namun harapan sebenar rakyat ialah ingin melihat seorang pemimpin yang benar-benar berkebolehan dan sikap ini bukan saja muncul dikalangan pembangkang malah di dalam penyokong kerajaan.
Sikap para pemimpin yang berada didalam kabinet walaupun berubah telah menimbulkan sikap sinis kepada rakyat kerana keputusan-keputusan yang dibuat telah mempengaruhi rakyat walaupun menteri silih berganti namun harapan sebenar rakyat ialah ingin melihat seorang pemimpin yang benar-benar berkebolehan dan sikap ini bukan saja muncul dikalangan pembangkang malah di dalam penyokong kerajaan.
Menurut penulis
lagi menjelang PRU 1969, kelihatan kerajaan telah melebih atau menunaikan
permintaan-permintaan yang dibuat oleh kaum Cina yang telah menyebabkan orang
Melayu mula berasa tidak berpuas hati yang pada pandangan orang Melayu kerajaan
sedia ada telah berpihak kepada orang Cina sedangkan dalam masa sama kerajaan
tidak membetulkan keseimbangan ekonomi dan kekayaan diantara kedua-dua kaum.
Kerajaan menganggap
keharmonian pada ketika itu kerana orang Cina hanya berminat kepada perniagaan
sementara orang Melayu hanya berminat bekerja di sektor kerajaan. Disamping itu
UMNO terlalu bongkak kerana mempunyai suara majoriti dan tidak mahu lagi
mendengar kritikan pembangkang dan penyokong kerajaan. Oleh itu kerajaan tidak
dapat merasakan perubahan radikal oleh rakyat yang menyebabkan berlakunya
peristiwa 13 Mei 1969.
Mahathir Mohamad,
1982, Dilema Melayu, Federal Publication.
bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan