Isnin, 21 Oktober 2019

Kisah Kampung Baru, KL. (KBKL)

Suasana jalanraya di hadapan Masjid Jamek Kampong Bharu tahun 1969.

credit : nanom maranun

Pembangunan kampung baru bukanlah bersifat komersial semata-mata tapi ia juga mempunyai nilai sejarah dan warisan yang sangat tinggi tapi malangnya sejak dulu lagi para pemimpin Melayu merasakan bahawa kampung Melayu yang dilihat usang dan mundur harus dihapuskan dan digantikan dengan pembangunan yang lebih moden.
Dalam melihat keadaan struktur dan pola masyarakat maka kampung baru tidak dianggap sebagai satu kawasan dinamik dari segi ekonomi. Oleh itu pelbagai tawaran dibawa oleh Menteri Wilayah bagi memastikan kampung ini dihapuskan secara total. Peliknya pula kenapa kawasan Petaling Street dan Brickfield tidak terkena tempias ini?. Alasan yang tak munasabah ialah kawasan Kampung Baru berada tidak jauh daripada KLCC.
Saya berpeluang bercakap dalam telefon dengan seorang pemuda yang mempertahankan Kampung Baru ini, dalam perbincangan hampir 40 minit banyak perkara yang perlu dilihat penduduk dalam menyelesaikan masalah mereka. Dia mengatakan bahwa kajian tentang kampung baru ini sudah banyak ditulis oleh ahli-ahli pembangunan bandar (town planner) tetapi belum ada lagi sesiapa yang menceritakan secara khusus tentang sejarah Kampung Baru, KL ini.
KBKL diingati sebagai satu tempat di mana berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 namun disebalik semua itu, di kawasan inilah bermulanya kemajuan orang-orang Melayu khasnya di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Di sini jugalah terdapatnya rumah Menteri Besar Selangor pada zaman Dato Harun Idris yang akhirnya diratakan berpuluh tahun dahulu.
Di sini jugalah pusat latihan Polis, Guru dan lain-lain agensi kerajaan dibangunkan. Namun sayang akibat kurangnya kesedaran dalam mempertahakan bangunan bersejarah ini maka ia dirobohkan dan digantikan dengan bangunan yang tidak lagi boleh diduduki oleh orang Melayu.
Jika kita mengikut teori di dalam buku Perbandaran Orang Melayu (akan diedit tajuk penuhnya) kampung-kampung Melayu yang berada di dalam kawasan bandar telah menerima pelbagai kesan samada dari segi nilai hartanah, pembangunan, sosial masyarakat dan pelbagai lagi.
Setelah kawasan ini jual orang Melayu keluar dan tinggal di kawasan pinggir bandar, kawasan yang dibangunkan ini pula akhirnya tidak diduduki oleh orang Melayu tetapi telah menjadi milikan penuh orang bukan Melayu.
Ia sama seperti kisah di Singapura pada tahun 1935, Syed Syeikh Al Hadi berkata
"Hari ini orang Melayu tinggal di Jalan Kallang tidak jauh dari jambatan Victoria, saban waktu nilai tanah naik dengan begitu cepat sehinggakan orang Melayu terhalau dengan sendirinya akibat sikap pewaris tanah yang suka menjual tanah kepada orang Cina, apakah suatu hari nanti orang melayu akan tertolak ke pulau Papua?"
Hari ini dimana orang Melayu Singapura tinggal adakah di kawasan elit dan strategik?. Begitulah juga apa yang akan berlaku kepada KBKL. Sudahnya kawasan yang dahulunya penuh dengan orang Melayu telah dikuasai oleh bangla, nepal dan kaum bukan melayu.
Dipendekkan cerita setelah begitu panjang berbincang dan memberikan pandangan saya merasakan bahawa Orang KBKL perlu diberi petunjuk bagaimana untuk menjadikan KBKL berasmilasi dengan suasana bandar yang begitu pesat membangun. Mereka perlu didedahkan dengan perbandingan urbanisasi bandar desa yang berlaku di Bangkok, Jogja dan Yangoon.
Iaitu bagaimana masyarakat desa di sana berjaya menjadikan kampung tradisi mereka kekal relevan di dalam suasana bandar dan menarik sekali menjadi salah satu destinasi wajib bagi pelancong yang datang dari luar negara.
Banyak perkara yang sudah saya usulkan kepada beliau, dan saya berharap beliau akan mendapat petunjuk dan arah bagaimana untuk mempertahankan KBKL dari terus ranap sepertimana kampung-kampung Melayu yang lain.
Saya cakap lagi kepada beliau
Pemimpin Melayu sanggup tolak kampung Melayu sebab dijanjikan bulan bintang oleh pemaju. Apsal depa tak berani tolak kampung bukan Melayu yang ada dalam kawasan parlimen depa?. Bukankah ini celaka namanya!.
Oleh itu warisan KBKL harus dipertahankan dan semua orang Melayu dari pelbagai bidang harus sama-sama membantu mereka.
MHR