Sabtu, 22 November 2014

Sifat dan Sahsiah Melayu



Pada tahun 1971 buku “Revolusi Mental” ditebitkan . Tujuannya adalah untuk merubah cara berfikir, pandangan dan sikap masyarakat dengan menyesuaikan diri mengikut keadaan semasa untuk menjadi lebih giat untuk merebut kemajuan dalam segala bidang. Dalam buku tersebut dipointkan beberapa ciri orang Melayu iaitu:




1.       Orang melayu tidak jujur pada diri sendiri dan lansung tak mengaku salah sendiri

2.       Takut dalam memperjuangkan kebenaran

3.        Tidak ramai Melayu yang tahu mengambil  tanggungjawab

4.       MELAYU SEDIA BEKORBAN DIBAWAH KEPIMPINAN YANG BAIK.


5.       Patuh kepada undang-undang selagi ISLAM TIDAK DIGANGGU & DIRI MEREKA DIHINA

6.       Bertolak ansur dengan masyarakat lain

7.       Menekankan keselamatan umum

8.       Selalu menghadapi pelbagai masalah hidup

9.       Melayu kurang berusaha dan kalau berusaha cepat mengaku kalah walaupun melalui cabaran yang sedikit

10.   Kaum yang tidak berfikir secara rasional dan sering mengikut perasaan

11.   Tidak berdisiplin terutamanya waktu

12.   Hangat-hangat taik ayam

13.   Ingin kaya tapi usaha yang dibuat tidak memadai

14.   Suka berbelanja dan berjoli jauh dari kemampuan

15.   Tidak memikirkan masa depan

16.   Tidak menabung

17.   Sampai hari ini orang Melayu tidak minat pada ilmu pengetahuan teknologi kecuali ilmu sastera sebagai suatu pekerjaan akedemik


18.   Suka menganggap bangsa lain LEBIH BAGUS

19.   Kurang bersemangat untuk membuat penyelidikan, kurang asli dalam pemikiran dan khayalan

20.   Dunia tak penting bagi mereka dan

21.   Tidak berani mengambil risiko 

      Pada saya, mulai saat inilah kita bangsa Melayu harus mengorak langkah membawa kesedaran kepada anak bangsa dan merubah segala sifat yang kita sendiri anggap negatif. Ajarlah mereka berfikiran positif dan bukan lagi "merasa malu" dengan bangsa sendiri. Allah takkan merubah sesuatu kaum sekiranya kaum itu sendiri tidak mahu berubah. Tapi janganlah asuhan yang diajar itu menjadikan mereka seorang liberal/sekular/komunis. Paksikanlah mereka kepada Nasionalisme dan Patriotisme kepada Agama,Bangsa dan Negara. 
j

Jose Rizal – Nasionalis : Pejuang Dengan Mata Pena



  Semasa perang dunia ke 2, dengan kekalahan yang memalukan oelh pihak Berikat terutamanya dari negara-negara kolonial terutamanya di Asia Tenggara telah mula wujud semangat ingin bebas bersuara dan berpesatuan dari penduduk pribumi. Slogan-slogan “Asia untuk asia” dan “Kemakmuran Asia Raya” menimbulkan pelbagai kesedaran di pelbagai peringkat lapisan masyarakat ketika itu. Penjajahan hampir seribu tahun yang bersilih ganti menyebabkan keadaan di negara-negara yang dijajah itu sekadar hidup untuk makan tanpa memikirkan masa depan dan peluang untuk mencapai kejayaan dan kesenangan. Namun wujud pula pihak yang sanggup besekongkol dengan pihak penjajah dalam mencapai kekayaan dan kesenangan mereka dengan menjual maruah diri dan bangsa kepada pihak yang lansung tidak memperjuangkan nasib masyarakat pribumi.

* Penulisan asal dipetik dari Buku “Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu; Shaharudin Maarof ”
Di Filipina lahirlah seorang pejuang pribumi yang ingin membela nasib bangsanya demi sebuah kemerdekaan dan kebebasan memimpin. Dalam sajaknya “Untuk Belia Filipina” beliau telah mengajak para pemuda agar menimba ilmu dan mencapai kemajuan dalam apa jua bidang yang diceburi.

1. Kemudian beliau menulis buku novel bertajuk “Patrotisme” yang menekankan cita-cita berbakti kepada negara dan membangunkan budaya maysarakat yang bermaruah.Beliau juga mengutuk masyarakatnya yang menyokong tindak tanduk Sepanyol dengan berkata;
“Saya paling kesal apabila ada sebilangan dari bangsa kita, akibat diracun dengan keadaan persekitaran mereka telah menyertai parti-parti politik walaupun mereka sedar tindakan mereka itu bertentangan dengan hati nurani mereka, atau mereka yang mengejar kemasyhuran dan kebendaan dengan cara menjual maruah diri, bukan dengan keyakinan dan kemampuan diri tetapi dengan mengadakan jamuan yang besar sekadar untuk menunjuk-nunjuk; mereka tidak sedar apa yang mereka banggakan itu seumpama sehelai kertas yang dibakar dan akhirnya menjadi debu beterbangan”

2. Didalam karyanya yang lain pula bertajuk “Kemalasan Orang-orang Filipina” ;
“Orang-orang Filipina itu bukanlah bangsa yang pemalas tapi keadaan pada waktu itu telah mematikan semangat mereka dan menjadi tawar kerana tiada jaminan dari pemerintah yang menyebabkan mereka tidak mahu bekerja.”

3. Didalam novel keduanya beliau bertajuk “Fibilusterismo” menyatakan;
“Kamu sekalian bertungkus lumus pda sangkaan untuk menyatukan tanahair dengan kalungan bunga,padahal hakikatnya kamu menempa rantai besi. Kamu menuntut persamaan hak, gaya hidup orang-orang Sepanyol tanpa menyedari bahawa kamu menuntut kematian,kebinasaan identiti bangsamu, kehancuran tanahairmu dan pengiktirafan kuku besi.
Apa yang hendak jadi kepadamu sekalian? Satu bangsa tanpa maruah, tanpa kebebasan, segala-galanya yang ada kamu hanyalah pinjaman termasuklah kelemahan-kelemahan kamu... perkayakanlah bahasamu, harumkan namanya, hidupkan kebudayaan sendiri untuk bangsa kita, berazamlah untuk mewujudkan sebuah negara dari sekadar menjadi sebuah tanah jajahan. Pupuklah jiwa merdeka dan bukan jiwa hamba. Saya tidak mengatakan kebebasan yang kita perolehi pada zaman ini ialah dengan pedang kerana ia tidak lagi sesuai dizaman kita tetapi kita harus mendapatkannya dengan cara meningkatkan keyakinan,maruah individu, mencintai yang adil, yang mulia, yang agung sehingga rela bekorban untuknya. Apabila sesuatu bangsa mencapai tahap ini kebebasan itu seperti suria pagi yang memancar. Selagi bangsa Filipina tidak bersemangat untuk mengisyitiharkan kemerdekaan, hak mereka untuk hidup dalam masyarakat manusia dan mempertahankannya dengan nyawa dan darah mereka, selagi itu kita akan melihat bangsa kita berasa malu dan dengan diam-diam kita mendengar keluhan hati mereka yang membantah dan memberontak sementara diluar mereka diam membisu malah turut bersama-sama penindas menghina yang tertindas; selagi kita mahu melihat mereka berselubung dengan sifat mementingkan diri sendiri dan hipokrit, meminta-minta sedikit habuan dari hasil rampasan, mengapa mereka harus diberi kemerdekaan?, apa gunanya kemerdekaan sekiranya hamba-hamba hari ini menjadi penzalim-penzalim esok hari? ”.

4. Jose Rizal ditembak mati pada 30 Disember 1896 dengan sajak terakhirnya berjudul “Selamat Tinggal Buat Kali Terakhir”

Berjihad Menerusi Penulisan – Talib Samat – Bacaria 1984




Penulis menghuraikan tentang kepentingan penulisan buku dan makalah dalam genre agama namun pada saya terdapat beberapa perkara penting yang harus kita sama-sama fikir tentang perlunya berjihad dan berjuang dengan mata pena memandangkan dikala aman ini dan didalam keadaan dunia sekarang , falsafah pemikiran dan penulisan-penulisan yang dibaca setiap hari menjadi atau membentuk sifat dan sahsiah seorang pembaca. Sekiranya yang dibaca itu bersifat negatif dan bersesuaian pula dengan apa yang dirasakan penting baginya maka bait-bait didalam buku yang dibaca itulah akan dijadikan pegangan beliau dan membentuk sikap pembaca itu. Maka sebagai penulis, mereka haruslah menulis dengan berhati-hati  dan yang paling penting sekali ialah kerana menulislah kerana Agama, Bangsa dan Negara. Disini saya kongsikan beberapa pendapat oelh penulis.

*Diubah sedikit dari penulisan asal.

1.      Penulisan merupakan satu cara paling berkesan untuk menyampaikan idea,pemikiran dan kritikan,maklumat danpendapat terhadap sesuatu perkara yang menyentuh degup jantung  agama,bangsa dan negara.

2.      Penulisan adalah sebuah cetusan bentuk perjuangan, peperangan, pertarungan fikiran dan jihad untuk menegakkan kebenaran dan menghancurleburkan kepalsuan dan ketidakadilan yang bertapak di muka bumi.

3.      Sebahagian ulama mentakrifkan jihad itu sebagai kesungguhan untuk mencapai cita-cita, ia membawa maksud mujahadah didalam menentang musuh  dalam apa jua cara samada bentuk perkataan dan perbuatan disertai dengan niat semata-mata kerana Allah.

4.      Imam Abu Abudullah al-Qurtubi berpendapat bahawa jihad itu bukan sekadar memerangi orang-orang kafir dalam peperangan bersenjata malah meliputi usaha-usaha menolong agama Allah secara menyeluruh.

5.      Seorang pahlawan yang berjihad akan terbunuh dimedan tempur manakala seorang penulis  menggunakan mata penanya dengan segala ilmu yang ada padanya berjuang menghadapi pembawa dakyah dan propaganda yang merosakan dirinya dan masyarakat.

6.      Penulis sering dianggap sebagai pembentuk pemikiran masyarakat. Tulisan mereka sentiasa mendahului zaman maka wajarlah mereka juga dianggap pemimpin masyarakat. Karya dan hasil penulisannya wajar dilihat sebagai perakam terhadap peristiwa-peristiwa sejarah.

7.      Sebarang bentuk penulisan boleh mempengaruhi hati dan jiwa manusia. Maka tidak hairanlah penulisan merupakan salah satu alat untuk menjajah pemikiran manusia (propaganda, dakyah,bahan lucah dan lain-lain)

8.      Golongan penulis seharusnya menghasilkan penulisan yang sewajarnya dan ia boleh membangkitkan semangat kecintaan pembaca terhadap agama,bangsa dan negara kerana seorang penulislah yang membantu masyarakat mengenal Tuhan,para Nabi ,para pejuang, dan segala macam bentuk masalah manusia.

9.      Namun bukan semua manusia itu boleh menulis , kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

     



 Saya nak tambah " Berusahalah dengan apa jua cara sekalipun demi anak bangsa, jangan putus asa, jangan berhenti mengharap sesungguhnya tiap perkara itu ada hikmah, tulislah dengan penuh makna agar semangat yang tersisa pada watan kekal selamanya. Tiap peperangan pedang bermula dengan sebatang pena!. Hasbunallah Wania'mal wakil"