Sabtu, 22 November 2014

Berjihad Menerusi Penulisan – Talib Samat – Bacaria 1984




Penulis menghuraikan tentang kepentingan penulisan buku dan makalah dalam genre agama namun pada saya terdapat beberapa perkara penting yang harus kita sama-sama fikir tentang perlunya berjihad dan berjuang dengan mata pena memandangkan dikala aman ini dan didalam keadaan dunia sekarang , falsafah pemikiran dan penulisan-penulisan yang dibaca setiap hari menjadi atau membentuk sifat dan sahsiah seorang pembaca. Sekiranya yang dibaca itu bersifat negatif dan bersesuaian pula dengan apa yang dirasakan penting baginya maka bait-bait didalam buku yang dibaca itulah akan dijadikan pegangan beliau dan membentuk sikap pembaca itu. Maka sebagai penulis, mereka haruslah menulis dengan berhati-hati  dan yang paling penting sekali ialah kerana menulislah kerana Agama, Bangsa dan Negara. Disini saya kongsikan beberapa pendapat oelh penulis.

*Diubah sedikit dari penulisan asal.

1.      Penulisan merupakan satu cara paling berkesan untuk menyampaikan idea,pemikiran dan kritikan,maklumat danpendapat terhadap sesuatu perkara yang menyentuh degup jantung  agama,bangsa dan negara.

2.      Penulisan adalah sebuah cetusan bentuk perjuangan, peperangan, pertarungan fikiran dan jihad untuk menegakkan kebenaran dan menghancurleburkan kepalsuan dan ketidakadilan yang bertapak di muka bumi.

3.      Sebahagian ulama mentakrifkan jihad itu sebagai kesungguhan untuk mencapai cita-cita, ia membawa maksud mujahadah didalam menentang musuh  dalam apa jua cara samada bentuk perkataan dan perbuatan disertai dengan niat semata-mata kerana Allah.

4.      Imam Abu Abudullah al-Qurtubi berpendapat bahawa jihad itu bukan sekadar memerangi orang-orang kafir dalam peperangan bersenjata malah meliputi usaha-usaha menolong agama Allah secara menyeluruh.

5.      Seorang pahlawan yang berjihad akan terbunuh dimedan tempur manakala seorang penulis  menggunakan mata penanya dengan segala ilmu yang ada padanya berjuang menghadapi pembawa dakyah dan propaganda yang merosakan dirinya dan masyarakat.

6.      Penulis sering dianggap sebagai pembentuk pemikiran masyarakat. Tulisan mereka sentiasa mendahului zaman maka wajarlah mereka juga dianggap pemimpin masyarakat. Karya dan hasil penulisannya wajar dilihat sebagai perakam terhadap peristiwa-peristiwa sejarah.

7.      Sebarang bentuk penulisan boleh mempengaruhi hati dan jiwa manusia. Maka tidak hairanlah penulisan merupakan salah satu alat untuk menjajah pemikiran manusia (propaganda, dakyah,bahan lucah dan lain-lain)

8.      Golongan penulis seharusnya menghasilkan penulisan yang sewajarnya dan ia boleh membangkitkan semangat kecintaan pembaca terhadap agama,bangsa dan negara kerana seorang penulislah yang membantu masyarakat mengenal Tuhan,para Nabi ,para pejuang, dan segala macam bentuk masalah manusia.

9.      Namun bukan semua manusia itu boleh menulis , kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

     



 Saya nak tambah " Berusahalah dengan apa jua cara sekalipun demi anak bangsa, jangan putus asa, jangan berhenti mengharap sesungguhnya tiap perkara itu ada hikmah, tulislah dengan penuh makna agar semangat yang tersisa pada watan kekal selamanya. Tiap peperangan pedang bermula dengan sebatang pena!. Hasbunallah Wania'mal wakil"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan