Jumaat, 11 Julai 2014

Nabi Isa – Peperangan Di Tengah Dunia – Bahagian Akhir

Kepada yang sudah mengikuti artikel sebelumnya diucapkan berbanyak-banyk terima kasih dan kepada yang masih baru melihat artikel ini. Silalah baca pada bahagian 1 berkenaan tajuk ini. Semoga ilmu yang sedikit ini bermanfaat dan menjadi bekal dan peringatan pada harinya. Insya ALLAH. 

 Nabi Ibrahim merupakan bapa para Nabi dan berwasiat kepada anaknya Nabi Ya’qub supaya mengikut agama Islam.Tercatat didalam al-Quran

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".

Rasul Saw bersabda 


“ Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan adil dan bijaksana. Dia akan mengeluarkan salib-salib yang berada didunia ini dan membunuh semua babi. Begitu juga dengan cukai sehinggakan pada waktu itu tiada seorang pun yang layak menerima cukai”.
“Pada hari itu semua makhluk akan hidup dalam keadaan aman dan damai tanpa ada perasaan hasad dan dengki. Orang Arab ketika itu akan merampas kembali haknya. Bumi akan mengeluarkan cahaya dan menumbuhkan tanam-tanaman seperti zaman Nabi Adam as dan manusia dapat memakannya sehingga kenyang.”

Ibn Katsir berkata “ Abdul Rahman al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik sahaja. Hadis ini tidak sahih namun terdapat hadis lain yang seakan dengannya. Diantaranya yang diriwayatkan oleh Muslim Bin Abdullah Bin Umar, bahawa Rasul SAW bersabda

“Kamu akan memerangi Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu ditempat persembunyian mereka akan memberitahu disini ada Yahudi! Bunuhlah dia!”

Diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW
Juga ditulis didalam Bible
“Pada malam aku diisrak mikrajkan aku telah berjumpa dengan Ibrahim,Musa dan Isa. Mereka membincangkan tentang hari kiamat dengan menanyakan permasalahan kepada Ibrahim tetapi beliau menjawab “Aku tidak ada pengetahuan tentang kiamat, cuba kalian tanya kepada Musa namun Musa memberikan jawapan yang sama”. Lantas mereka bertanya kepada Isa dan beliau berkata “ Sebenarnya tidak ada yang mengetahui hal ini kecuali ALLAH. Menurut yang dijanjikan kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan ditangan ku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik sahaja Dajal melihatku, dia hancur seperti timah yang lebur. Allah akan membinasakannya begitu juga dengan orang kafir sehingga semua makhluk akan memberitahu dimanakah kedudukan mereka”

Kata Nabi Isa lagi “ Setelah ALLAH membinasakan mereka, orang-orang muslim akan pulang kerumah mereka dan pada waktu itulah Yakjuj dan Makjuj akan muncul
Arah datangnya Yakjuj dan Makjuj
dan bertebaran disegenap penjuru, kerana banyaknya mereka itu semua tempat menjadi sesak dan tiada satu pun yang dapat dimakan dan diminum oleh manusia kerana sudah dihabiskan mereka sehinggakan air tasik dan sungai juga menjadi kering”

Diriwayatkan oleh Ismail Bin Ishak, Rasullullah SAW bersabda 

“Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah atau sehingga ALLAH menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan Ashabul Kahfi akan mengerjakan
Sekadar hiasan
haji kerana selama ini mereka belum mati dan belum pernah mengerjakan haji”
Menurut Ibn Katsir dari Muhammad bin Ka’ab al-Quzairy berkata “ Ashabul kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah dan akan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah SAW.Menurut riwayat, Nabi Isa akan dimakamkan bersebelahan dengan makam Nabi SAW kuburnya Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Umar ra. Beerti makam Nabi Isa adalah kubur yang ke empat.
Wallahua’lam.

Dipetik dan diolah dari"Menunggu Kedatangan Imam Mahdi,Dajjal dan Nabi Isa as" 1998; Bab 4 Nabi Isa as; Abdul Latif Asyur; ms 155-160.

 p/s Jangan lupa untuk like kami di https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya. Terdapat buku-buku menarik yang dijual kepada anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan