Part 3
Saya sedang cuba menghabiskan kupasan saya dari buku "Menunggu Kedatangan Imam Mahdi,Dajjal dan Nabi Isa as" 1998; Bab 4 Nabi Isa as; Abdul Latif Asyur. Huraiannya agak panjang namun saya telah cuba sedayanya untuk mengolahnya semula. Ingin juga saya ingatkan bahawa semua yang tertulis ini bukanlah kajian saya. Saya Cuma mengolahnya sahaja mengikut kesesuaian pembaca. Semoga apa yang diceritakan ini menjadi peringatan buat kita semua.
|
Masjid Jamek Amawi |
Diriwayatkan oleh Ibn Muslim dari al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasullullah bersabda tentang Nabi Isa“Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak diatas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti air mutiara”Baginda akan turun pada waktu fajar. Ibn Katsir ada berkata“Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal disebelah timurnya kecuali yang berada di samping masjid Jamek Amawi iaitu disebelah timur Damsyik”. Menara tersebut telah diperbaiki pada waktu beliau pada tahun 741H. Pembiayaannya diambil daripada orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara tersebut.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Hurairah bahawa Rasullullah SAW bersabda
Ummu Syuraik bertanya kepada Nabi SAW tentang Hari Dajjal“ Ya Nabi ALLAH, kemana orang-orang Arab ketika itu? Rasullullah menjawab “ Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu)”“Ketika Imam mereka bersedia untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba dating Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa menjadi imam mereka tetapi Nabi Isa as sambil memegang bahu Imam itu dan berkata “ Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.”Maka solatlah mereka semua dibelakang imam tadi.
Ummu Syuraik bertanya kepada Nabi SAW tentang Hari Dajjal“ Ya Nabi ALLAH, kemana orang-orang Arab ketika itu? Rasullullah menjawab “ Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu)”“Ketika Imam mereka bersedia untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba dating Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa menjadi imam mereka tetapi Nabi Isa as sambil memegang bahu Imam itu dan berkata “ Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.”Maka solatlah mereka semua dibelakang imam tadi.
“Para Nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi diantara kami. Apabila turunnya nanti untuk mengenalinya orangnya bertubuh sedang dan kulitnya pula kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Beliau mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya semua perkara akan dihapuskan kecuali Islam. Allah akan membinasakan Dajjal bahkan di tangannya (Nabi Isa as). Pada zamannya juga semua haiwan akan berkawan baik samada anatara harimau dan lembu atau serigala dengan kambing. Kanak-kanak bermain ular tanpa dipatuk. Peristiwa ini akan berlansung selama 40 tahun dan apabila wafatnya Al Masih al Huda beliau akan disolatkan oleh kaum muslimin”Turunnya Nabi Isa as bukanlah untuk membawa agama atau syariat baru tetapi untuk menguatkan agama Islam.
Setelah selesai solat maka Nabi Isa berkata “bukakan pintu itu”. Mereka membuka pintu masjid dan tiba-tiba kelihatan Dajjal sudah berdiri bersama 70’000 Yahudi lengkap bersenjata. Melihat Nabi Isa, Dajjal tiba-tiba saja layu dan cair sepertinya air garam yang larut dan ia lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa as dan kaum muslim mengejarnya dan menemuinya di Babu Ludi dan disitulah Dajjal dibunuh.Orang-orang Yahudi akan dikalahkan. Mereka semua cuba lari bersembunyi namun semua benda berkata “ Wahai hamba ALLAH yang beriman, disini ada orang Yahudi, bunuhlah dia”.
|
Babu Ludi |
Kata Rasulullah lagi“ Dajjal akan berada didunia ini selama 40 tahun. 1 tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti 1 bulan.1 bulan seperti 1 minggu dan pada hari terakhir sekejap sahaja”
Bersambung..
Dipetik dan diolah dari"Menunggu Kedatangan Imam Mahdi,Dajjal dan Nabi Isa as" 1998; Bab 4 Nabi Isa as; Abdul Latif Asyur; ms 151-154.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan