Isnin, 7 Julai 2014

Nabi Isa – Peperangan Di Tengah Dunia - Part 1



  Ramai orang yang sering membicarakan tentang hari kiamat dan amat yakin bahawa kiamat itu sedang bermula. Banyak yang menunggu kehadiran Imam Mahadi yang dijanji sebagai pemimpin terkahir yang akan memimpin umat manusia. Begitu juga perihalnya Al-Masih Dajjal yang begitu ramai berbahas mengenainya.. Tapi saya lebih berminat untuk membicarakan tentang Nabi Isa as yang akan hadir ke bumi untuk membunuh Dajjal, dan hanya di tangan bagindalah terletaknya nyawa Dajjal.





Semua Nabi sebelum Nabi SAW diutus untuk menyeru manusia kepada Islam.Begitu jugalah Nabi Isa as yang bergelar al-Masih al Huda yang akan datang pada akhir zaman memberitahu akan kebenaran Islam. Sehinggakan haiwan pada hari akhirat juga akan bercakap dan mengatakan akan kebenaran agama yang dibawa Nabi SAW. Ia tercatat di dalam al-Quran

Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.(An-Naml 27:82)
Baginda diangkat menjadi Nabi pada usia 30 tahun. Allah SWT telah mengajar baginda Kitab Taurat dan Injil seperti firman ALLAH;
Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.(Az-Zukhruf 43:63)
"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus".(Az-Zukhruf 43:64)




Terdapat beberapa mukjizat Nabi Isa iaitu:
1. Nabi Isa membuat burung dari tanah liat. Dengan izin Allah maka burung itu hidup.

2. Menyembuhkan orang buta semenjak lahir

3. Menyembuhkan orang terkena sopak

4. Menghidupkan orang yang sudah mati dengan cara memanggil dan mengusapnya

5. Baginda tahu apa yang dimakan oleh orang Hawariyin dan apa yang disimpan dirumah mereka

6. Baginda bercakap ketika hari lahir

7. Doa Nabi Isa diperkenan setelah baginda berdoa agar makanan dari langit diturunkan.
Nabi Isa as termasuk diantara rasul yang mempunyai banyak mukjizat. Seperti yang dihuraikan pada ayatul quran dibawah ;
Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan agama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.(A-li'Imraan 3:48)


Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.(A-li'Imraan 3:49)


Dipetik dan diolah dari buku bertajuk "Menunggu Kedatangan Imam Mahdi,Dajjal dan Nabi Isa as" 1998; Bab 4 Nabi Isa as; Abdu Latif Asyur; ms 126-146.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan