Ini
merupakan kupasan terakhir bagi buku PL 5. Diharapkan kepada anda yang telah
membaca 2 bahagian awal kupasan buku ini tidak berasa gusar kerana saya yakin
sekiranya ada permintaan DBP akan mencetaknya semula dan saya sendiri akan cuba
mencari saki baki buku ini (cetakan ke-2) diseluruh tanah air. Jangan lupa like
kami di fb Kitab Sejarah Malaya. Sambung
kisah buku ini semula...
Anita
salah seorang ejen telah dididik oleh Peter Malkin[1] iaitu seorang
perisik Israel yang sangat terkenal kerana berjaya menangkap Adolf Eichmann[2], Pegawai SS Nazi
yang bertanggungjawab diatas pembunuhan 6 juta orang Yahudi sewaktu Perang Dunia
ke-2. Beliau telah ditangkap ketika bersembunyi di Argentina pada bulan Mei
1960 dan telah dijatuhkan hukuman gantung.
Projek
ini dianggap rahsia supaya orang Islam tidak seedar bahwa mereka sedang
dipengaruhi dan dihasut supaya usaha ini seperti kebangkitan semula Islam. Bermulanya
pergolakan ini usaha Israel sudah mula berkesan. Ejen yang dipilih semuanya
bersifat karismatik,pandai bercakap, dan juga faham selok-belok Orang Melayu
kerana mereka pernah melawat Malaysia dengan menggunakan pasport palsu.
Selain
itu mereka akan membuat ajaran Islam begitu rumit dan begitu susah untuk
diamalkan pada zaman moden ini, sehinggakan orang Islam sendiri beranggapan
Islam bukan lagi agama yang praktikal. Ini secara tidak lansung akan melemahkan
minat mereka untuk mendalami Islam dan akhirnya mereka akan bertukar kepada
agama lain. Perkara ini sedang diuji keatas orang Melayu di Singapura. Apabila
ini berlaku Israel telah berjaya memecahbelah dan melemahkan umat Islam dari
dalam.
Syeikh
al Aziz dan Pendeta Hamka sentiasa memberi ceramah di Birmingham tempat pelajar
Melayu berkumpul. Isi ceramah Syeikh al Aziz yang berasal dari Mesir itu
berteraskan kesucian hati dan kemajuan masyarakat Islam.Antara isi ceramahnya
ialah walau bagaimanapun kita beramal
namun tidak ikhlas apa yang kita amalkan itu akan menjadi sia-sia.
Kemajuan
umat Islam tidak boleh diabaikan. Berjuta-juta umat Islam berada diambang
kemunduran,ribuan lagi berada di seksa dan kebuluran perlu diselamatkan. Oleh
itu dari sudut Islam, ilmu pengetahuan moden dan pembanggunan untuk kemajuan
sosio-ekonomi adalah wajib bagi semua negara Islam. Namun akhirnya Syeikh
al-Aziz telah dibunuh oleh ejen Mossad melalui kemalangan yang disengajakan.
Kejayaan di Iran sudah mula membuahkan hasil dimana risalah-risalah agama yang
berdoktrinkan Yahudi sudah mula tersebar ke serata Iran. Manakala di Britain
isu yang diketengahkan ialah tentang sekumpulan gerakan Islam yang menentang
wanita Islam dari maju kehadapan di dalam bidang pelajaran. Wanita hanya sesuai
duduk di dapur dan taat kepada suami sahaja. Namun hakikat sebenarnya adalah
berdosa besar bagi seluruh masyarakat Islam yang jahil, kolot dan ketinggalan
kerana tidak berusaha dalam mencapai ilmu...
Secara
keseluruhannya saya amat mencadangkan agar anda mencari dan menelaah buku ini.
Biarpun ia bercorak imiginasi namun isinya sangat meransangkan jiwa dan benak
fikiran kita sebagai mukmin. Semoga perkongsian kupasan ini akan memberi manfaat buat
anda semua... InsyaALLAH
Dari ALLAH dan kepada ALLAH lah kita
kembali...
Peter Malkin.
Adolf Eichmann
Dipetik dan diolah dari buku PL 5; Cetakan tahun 1988; Shaari Isa; ms 51-75.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan