Khamis, 3 Julai 2014

Refleksi Gerakan Kristianisasi Indonesia di Malaysia – Bhg 1



          Sekitar 60an dan 70an telah berlaku gerakan besar-besaran mubaligh Kristian (zending) yang datang membantu penduduk Indonesia terutamanya dari sudut kewangan samada dengan cara bersedekah kepada fakir miskin, member bantuan bencana alam dan lain-lain lagi. Melihat perkembangan itu maka para Ulama Indonesia menjangkakan dalam masa 20 tahun seluruh kepulauan Jawa akan dikristiankan. Di masjid-masjid seluruh Indonesia perkara ini dijadikan tajuk utama khutbah begitu juga di media cetak pro Islam menjadi isu ini sebagai tajuk utama. Maka atas sebab itu maka Buya Hamka telah menulis buku ini bagi menjawab pelbagai persoalan tentang kegiatan Kristian di seluruh pelusok Indonesia. Inilah Perang Salib Moden yang dilancarkan secara perang saraf!

          Para mubaligh ini bergerak dengan pelbagai cara samada dengan cara pujukan, brosur, penerbitan buku-buku, tejemahan bible kedalam bahasa Indonesia atau menggunakan cara kasar seperti yang berlaku keatas seorang gadis Padang yang telah dirogol dan kemudian dibaptiskan oleh paderi yang merogolnya. Alasan utama yang digunakan oleh mereka ialah hak asasi manusia dan kebebasan beragama, maka secara tidak lansung sudah pastilah akan menimbulkan pertentangan diantara kedua-dua agama.

          Gerakan permurtadan Islam di Indonesia telah dinyatakan dengan jelas oleh Dr. Sijabat. Maka untuk tujuan itu para mubaligh telah mengajak para pemuda Islam untuk berdebat dan bertukar fikiran tentang soal ibadat dan kepercayaan. Sekiranya pemuda itu lemah imannya maka mudahlah dia menjadi murtad. Antara soalan yang sering ditanya mereka ialah

1.     “Kenapa menyembah Kaabah sedangkan Nabi SAW telah melarang umatnya menyembah berhala”. Jawapannya pada surah al-Baqarah

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).

2.     “Mengapa kita tidak boleh menghadap muka kemana sahaja sedangkan Tuhan itu berada dimana sahaja”. Jawapnya pada surah al-Baqarah

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.

Buya Hamka memberi juga penerangan bahawa rukun solat ada 13 perkara yang telah disebut dengan jelas. Pertama memasang niat, kedua menghadap kiblat, maka jikalau orang Islam itu menghadap mukanya kearah lain sudah tentulah dia salah.

3.     “Megapa orang Islam perlu membaca al-fatihah?”

Buya Hamka menerangkan bahawa setiap muslim akan merasa kusyuk dengan menggunakan bahasa Arab yang diajar Nabi SAW dari kalimat-kalimat al-Quran. Salah satunya bermaksud “ Ya ALLAH, tunjukkanlah kami jalan yang benar dan jalan yang lurus!”. Sedangkan doa orang Kristian itu Cuma “Berikanlah kami hari ini makanan yang secukupnya”. Bisakah saya mengatakan bahawa mereka itu Cuma mementingkan isi perut mereka?!

Bersambung…

                                                    


Gambar dipetik dari


Dipetik dan diolah dari buku bertajuk "Umat Islam Menghadapi Tentangan Kristianisasi & Sekularisasi”; Prof Dr. Hamka; ms 6-13. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan