Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 4 September 2017

10 Dalil Rohingya

Masalah Rohingya
Ahli Parlimen Rohingya


Aku betulnya dah muak dengan kisah depa ni yang diviralkan oleh awam. Jadi lepas beberapa hari berbahas sana sini inilah 10 dalil Rohingya.

1. Pasal sejarah aku takmau tulis malah aku yakin ramai dah yang jadi pakar sejarah Arakan. Sejarah ni termasuklah etnik2 minoriti yang tinggal disana dari sempadan Chittagong sampai la ke sempadan Thai di Chumpon.

2. Isu Rohingya telah jadi isu antara Islam dan nasionalisme. Maksud aku penganut Islam iaitu Melayu merasakan kasihan kerana penyiksaan yang berlaku ke atas Rohingya jadi dari sifat2 itu sudahnya bertembung dengan kumpulan anti Rohingya yang lebih memikirkan kesan jangka panjang kepada negara. Islamis ni pada pandangan aku mereka tak faham isu-isu kenegaraan dalam tempoh 10 hingga 20 tahun dan rata-ratanya lebih kepada kesian yang akhirnya memunafikkan sesama Melayu. Kita tak benci Rohingya tapi ikut dari kisah wakil MAPIM  sekarang sudah ada 80 ribu Rohingya disini dan 400 ribu lagi bakal datang ke Malaysia. Jadi kumpulan anti ini risau tentang lambakan pendatang bukanlah tak kasihan kepada mereka. Faham tak?

3. Kad UNHCR. Ramai yang anggap kad ini tidak memberi apa2 kesan. Tapi yang ramai tak tahu ialah sebahagian besar dari Rohingya ini takda apa2 kad identiti yang menyebabkan mereka terumbang-ambing dalam negara. Pendek kata kalau kena bunuh mayat mereka tak berkubur. Isu lainnya ialah mereka hanya terikat dengan undang2 dibawah akta imegresen dan bukan akta jenayah dan lain2 sebab mereka tidak diakui sebagai mana2 warganegara. Di Asia Tenggara Malaysia adalah antara negara yang melindungi pelarian dan kenapa pelarian ni paling ramai lelaki? Patutnya lelaki yang pertahankan temlat sendiri. Mulia lagi Tak Bai di Patani tu.

4. Bantuan. Jika ditanya mana-mana kumpulan samada anti atau tidak semuanya menyokong  supaya bantuan kemanusiaan terus disalurkan kepada mereka di Myanmar dan semua rakyat mengutuk kekejaman Myanmar keatas Rohingya. Tapi isu yang dicanangkan oleh Islamis ialah bantuan pendidikan, isu warna kulit dan macam-macam lagi. Korang faham tak kalau dibiar atau diambil lagi 400 ribu lagi akan datang kesini. (artikel asal dari Mohd H Roslan) Presiden Indonesia sendiri sudah menggerakkan bantuan ke sana namun tidak pula menyebut perihal mengambil pelarian ini ke negara mereka begitu juga dengan Thailand.

5. Keselamatan.  Beberapa tahun lepas saya hadir ke Taklimat Keselamatan Negara berkaitan Sulu. Speakernya ialah Tan Sri Zaini bekas PAT dan Dato Musa Hassan bekas KPN. Adakah dengan kebanjiran warga asing ini keselamatan negara akan terjamin? Sekarang kita sudah ada hampir 2 juta warga asing diseluruh negara dan ia hampir melebihi jumlah anggota keselamatan kita dan didalam warga asing ini terdiri daripada bekas2 tentera yang sudah tamat perkhidmatan. Tak ingat ke bekas pegawai Ambank yang kena tembak dulu?. Bayangkan jika 80 ribu + 400 ribu Rohingya sedia ada ini membentuk satu kekuatan atau paling tidak sebahagian dari mereka menyertai militan atau apa2 saja musuh negara. Sudikah bangsa kau dirogol?

6. UNHCR. Sila baca apa kata Human Rights kepada kita dan salah satunya kita dituduh dibawah akta pembelaan kanak-kanak sedangkan kita tak sain apa2 Perjanjian dibawah Geneva tapi sebab kesian mailah.. saya setuju kalau wanita dan kanak2 diambil dan dijaga lebih dari lelaki.

7. Nitezen. Rata-rata nitezen menyokong usaha NGO² membantu pelarian ini sehinggakan menimbulkan perbalahan dikalangan masyarakat. Tapi ramai mana yang pernah menguruskan orang-orang Rohingya ini atau mempunyai pengalaman bersama mereka?. "Alah, takkan sebab sorang kamu dah salahkan semua", isunya sekarang orang² yang mengurus mereka ini merungut dan menceritakan keburukan mereka. Ini bukan kisah 1 orang ini kisah ribuan orang. Takda sensitiviti ke? yang kau tahu kesian.. kalau kesian pegi uruslah.

8. Imegresen. Merekalah yang paling banyak bersungut tentang hal pelarian ini malah sebelum2 ini semacam takda pun kisah bangla, nepal kecuali kisah Vietnam di Nilai dan Afrika di Mentari Court itu pun sudah dikawal sebab mereka bukan pelarian. (Artikel asal oleh Mohd H Roslan) Aku sendiri pun dah kongsi macam2 luahan dari mereka.. cuma aku tak faham kenapa kau benak sangat.

9.  Solusi. Saya sampai sekarang masih menunggu solusi dari mana-mana pihak terutamanya NGO yang melindungi mereka. Tapi bila ditanya kepada mereka dan mana-mana orang yang kasihan kepada Rohingya ini ialah "kerajaan la kena keluar duit" kenapa aku pulak yang nak kena tanggung?. Eh, tadi kau kasihan dan pertahankan tapi kenapa kau tak bantu kerajaan dengan hulurkan duit kau? kurang2 RM 20 sebulan?. Bro, dorang ni pelarian yang tak diakui warga negara mana-mana jadi apasal nak jadi beban kerajaan?. Kerajaan pun dah mampu apa yang patut. Kau yang over kesian bantulah pulak salurkan dana kepada ngo yang ada.

10. Selain dari kesian, dan faktor-faktor diatas. Kesan ekonomi, keselamatan pribumi, kawalan penyakit, populasi sedia ada harus dilihat dengan lebih dalam malah sedalam laut paling gelap. Tapi persoalannya siapa yang mampu beri solusi terbaik?

Aku tak benci tapi aku nakkan solusi. (artikel asal dari Mohd H Roslan). Selamatkan yang lemah bukan kau semakkan dengan yang sihat2 datang sini buat pasal dan adatlah kerana nila susu rosak kerana selut kerbau jadi mangsa. Jantan ramai sangat tabur benih kat mana? Tepi pokok pisang?

Yang bajet Islamik sila hubungkan sel otak korang dengan ilmu keselamatan dan sosial negara. Kena maki kang kau sentap lak. Bila beranak pinak kau nak ambil jadi anak angkat ke?.

MHR.

Pasal UNHCR leh baca sini pdf free.

http://www.equalrightstrust.org/ertdocumentbank/Equal%20Only%20in%20Name%20-%20Malaysia%20-%20Full%20Report.pdf

Pasal mapim tu leh baca sini,cari kat ruangan komen.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213963412468347&id=1501090787

Gambar dari

Rohingya American Society

Sabtu, 6 Jun 2015

Siapakah Orang Cina Malaysia


Siapakah Orang Cina Malaysia
Orang Cina pada zaman British

Secara umumnya di Malaysia terdapat perasaan tidak senang diantara kaum akibat daripada masalah politik yang tidak pernah sepi di semua lapangan penulisan dan media. Namun hakikatnya jika diperhalusi secara realiti perasaan itu seolah-olah tiada lansung diantara kaum di Malaysia. Masing-masing boleh tersenyum dan bergurau senda dalam menjalani kehidupan seharian. Perasaan yang semacam ini jelas kelihatan terutamanya di kawasan-kawasan kampung. Namun agak berbeza dengan keadaan di bandar-bandar besar yang kelihatan agak tegang. Mungkin akibat daripada persaingan pernigaan dan sikap egoisme dalam membandingkan status kehidupan masing-masing menyebabkan ketegangan itu mewakili keseluruhan sikap masyarakat negara ini.Hari ini agak sukar mengatakan siapakah yang bersikap rasis, bersikap tidak menghormati budaya dan agama kaum lain serta siapakah penyebab utama kepada semangat ini.

Jika dijejak kepada sejarah-sejarah lalu jelas membuktikan terdapat jurang perbezaan yang ketara diantara kaum di negara ini. Sikap penjajah yang sengaja membiarkan kaum Cina ini seolah-oleh meletakkan seekor ular didalam kandang harimau. Walaupun penjajah menganggap kaum Cina ini merbahaya namun mereka tetap menggunakan khidmat mereka kerana sikap rajin dan tidak putus asa yang ditunjukkan oleh kaum Cina.

Semangat kesukuan yang kuat juga menyebabkan kaum Cina berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan yang diceburi dan semangat kesukuan ini sangat penting walaupun mereka sebangsa. Melalui persatuan-pesatuan berdasarkan nama suku kaum ini mereka memperolehi pelbagai faedah dan kebaikan terutamanya dalam bentuk kewangan dan modal perniagaan. Politik suku ini telah bermula sejak Dinasti Manchu dimana mereka yang merantau keluar dari Selatan China

Mereka menyerahkan untung nasib keluarga mereka kepada “kongsi” yang ditubuhkan oleh suku mereka sendiri. Pulangan kepada kongsi ini adalah dalam bentuk kewangan dimana mereka yang berdagang itu tadi akan memberi sebahagian daripada hasil perdagangan mereka kedalam kongsi tersebut. Maka tidak hairanlah aliran wang pusingan itu sentiasa mencukupi untuk menampung pelbagai keperluan kongsi tersebut. Selepas era moden akibat daripada kekacauan politik selepas Perang Dunia 1, kaum China ini mula keluar mencari kekayaan dengan lebih kuat. Mereka-mereka ini pula kebanyakannya dijadikan buruh oleh penjajah seperti British dan Belanda untuk bekerja disektor-sektor perlombongan,perladangan dan industri kecil. Didalam penulisan Barat mereka itu digelar “Overseas Chinese (Cina Seberang Laut)” . Kesungguhan yang ditunjukkan mereka dan sikap tidak campur tangan mereka didalam hal ehwal politik tempatan menyebabkan kolonial tidak mengambil tindakan tegas dan membiarkan mereka bebas bergerak.

Pemimpin-pemimpin tempatan juga tidak begitu peduli kepada kemasukan mereka ini asalkan tidak menggangu sistem politik tempatan. Namun kesannya dirasai oleh masyarakat kelas bawahan terutamanya kaum pribumi sehinggakan pada satu ketika telah tercetus pelbagai reaksi kurang selesa dan pembunuhan keatas kaum Cina ini. Walaupun pihak British menyanjung tinggi akan sumbangan yang diberikan oleh kaum Cina didalam sektor pembangunan Tanah Melayu namun mereka menerima sedikit perhatian daripada kolonial, buruh Cina ini akan diambil melalui sistem ikat janji sehingga ia dimansuhkan pada tahun 1914.[4] Jit Shin Pau melaporkan kaum China Seberang Laut menerima layanan buruk dimana-mana tempat mereka berada sebagai contohnya di Hindia Belanda, Negeri Thai dan Amerika.[5] Ini menyebabkan kaum Cina dianggap sebagai kaum minoriti di Tanah Melayu walaupun mereka telah menguasai kebanyakan bidang didalam negara pada waktu itu.

Perang Dunia ke 2 juga memberi kesan dan tekanan yang begitu dasyat kepada kaum Cina. Mereka dibunuh secara beramai-ramai oleh Jepun diseluruh negara Asia Tenggara namun mereka dengan cepat bangun dan memperbaiki semula keadaan ekonomi dan kedudukan mereka tanpa menghiraukan apa yang sudah berlaku keatas mereka. Hakikatnya mereka menyimpan dendam yang amat mendalam kepada Jepun dan kaum pribumi yang pernah membantu Jepun. Kaum Cina merasa begitu dikhianati oleh kaum peribumi kerana beranggapan mereka telah sama-sama membangunkan ekonomi sesebuah negara yang mereka diami. Segala bentuk kekayaan dan kemewahan yang dirasai oleh kaum lain adalah hasil daripada jaringan perniagaan yang dikuasai mereka. Oleh itu tidak hairanlah apabila terdapat beberapa percubaan untuk menguasai politik tempatan selepas itu.

Hari ini walaupun kelihatan kaum Cina sudah dapat menerima hakikat akan keterpaksaan mereka untuk mengadaptasi adat dan budaya tempatan namun mereka masih lagi cuba mengekalkan cara kehidupan mereka melalui kesatuan-kesatuan yang wujud sejak berabad lamanya. Sikap misteri mereka dan seolah-olah tidak ambil peduli kepada sistem sosio masyarakat tempatan sebenarnya lebih kepada untuk mengelak pertembungan secara lansung dengan kaum pribumi namun mereka tetap mencuba untuk menguasai sedikit sebanyak kekuasaan politik setempat dengan tujuan utamanya adalah untuk mengekalkan perniagaan yang dijalankan. Bagi mereka hanya kekayaan saja yang dapat menjamin segala-galanya dalam kehidupan mereka. Jesteru atas faktor inilah yang menyebabkan pertembungan diantara kaum Cina dan kaum pribumi kekal sebagai pertembungan yang tidak akan pernah padam. Sebuah pertembungan diantara kuasa politik dan kuasa wang.

Sumber

[1] The Republic of China (ROC) joined the UN in 1945. On October 1, 1949, Mao Zedong declared the establishment of the People's Republic of China (PRC), and the government of the Republic of China relocated to Taipei after losing the Chinese Civil War.

[2] A.Hamid Omar, 2014, China Ketiga, Pustaka Aman Press; terjemahan dari CP Fritzgerald, 1967, The Third China, hlm 82

[3] Khadri Bin Mohd Salleh; 1988/89; Tesis Masalah Kongsi Gelap dan Pergaduhan Orang-orang Cina Di Kulim Kedah Pada Tahun 1888; Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis; hlm 13

[4] Tey Tiong Lim, Tesis: Sejarah Penglibatan Politik Orang Cina di Tanah Melayu 1930-1945; hlm 5, Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis

[5] Ibid hlm 25