Setelah membuat
penelitian secara serba ringkas tentang buku ini maka saya beranggapan buku ini
lebih kepada membenarkan sesuatu yang dilarang dengan menggunakan landasan
agama dan sosial dan jika Uthaya menulis dengan kaedah logik barat maka ini
adalah pendapat saya sendiri terhadap penulisan beliau. Buku ini secara
dasarnya adalah kumpulan artikel dari penulis yang bersifat memberi pengetahuan
kepada masyarakat Malaysia tentang agama hindu dari sudut sejarahnya dan
perbezaan diantara adat dan kepercayaan orang India yang sebenar. Begitu juga
perihal agama Sikh. Tidak pula di huraikan sejarah kaum India di Malaysia dan
apa yang beliau perjuangkan untuk kaum India.
Pendidikan Negara.
1.Namun
persoalannya siapakah beliau sebenarnya sehingga di jemput sebagai salah
seorang panel bagi KOMSAS untuk novel Interlok. Kenapa seorang bukan Melayu di
jemput sebagai penilai kepada bidang sastera Melayu sedangkan minoritinya kaum
bukan Melayu mengambil subjek sastera di peringkat SPM dan tidak pula ada orang
Melayu yang diberikan hak yang sama untuk menilai subjek SJKT dan SJKC jika
hendak bercakap dalam soal pendidikan dan hairan pula kenapa orang Melayu yang
selalu terhegeh-hegeh hendak menerima pandangan dan kritikan dari luar tentang
bangsanya sendiri! Maka tidak hairanlah apabila berlaku isu melibatkan kaum, orang Melayu sering disalahkan atas kebodohan orang Melayu sendiri.
Agama
1. Penulis sedikit
sebanyak ada menyentuh perihal agama Islam dengan menyatakan bahawa agama Islam
membenarkan beberapa perkara dan terdapat persamaan dalam agama Islam dan
seringkali juga menyatakan agama Hindu adalah agama tertua sekali di dunia.
Walaupun begitu di awal artikel beliau, beliau mengatakan bahawa agama Hindu
tidak mempunyai pengasas atau penerima wahyu dan agama Hindu wujud dalam
keadaan mitos dan dongeng yang akhirnya tuhan itu boleh berbentuk apa sahaja
apabila difikirkan sesuai dengan logik akal manusia sehinggakan tuhan bagi
orang Hindu adalah sebanya 330 juta yang beliau samakan pula dengan Asmaul
Husna iaitu nama Allah sebanyak 99.
2.Di satu sudut
lain pula beliau mengatakan bahawa Vishnu telah beberapa kali bertukar menjadi
seorang dewi perempuan bernama Mohini dan telah beberapa kali melakukan
hubungan intim dan kemuncak kepada perlakuan ini ialah Mohini (Vishnu) telah
melahirkan Ayappan anak kepada Dewa Siva. Hujah ini beliau gunakan sebagai
menyokong gerakan LBGT dan golongan Aravani. Persoalannya siapa Vishnu? Jika
Vishnu seorang lelaki bagaimana dia boleh melahirkan dan jika dia adalah perempuan
kenapa gambaran lelaki yang diberikan kepada beliau.
3. Beliau (Utaya) mengatakan bahwa kumpulan transgender memperjuangkan hak mereka untuk memilih
sifat mereka bukan alat sulit mereka dan bukanlah seks perkara utama yang
diperjuangkan oleh kumpulan transgender ini. Sedangkan ayam juga bernafsu
takkan manusia yang serakah tak ada keinginan. Secara logiknya dan umumnya
masyarakat Malaysia menerima golongan ini namun perlu ada batasannya. Pernahkan
golongan LGBT di pukul secara tiba-tiba?. Maka bersyukurlah ada ruang kebebasan
disitu tidak perlulah diperjuangkan perkara yang ditentang oleh semua agama di
dunia ini.
4. Beliau turut
menggunakan pendapat Kamaludin Endol yang menulis buku “Hinduism Agama Tauhid
Terawal” dengan mengatakan bahawa Nabi Adam adalah pengasas kepada agama Hindu
namun jika diteliti pada buku itu. Ajaran Nabi Adam telah diseleweng oleh
pengikut- pengikut Nabi Adam as dan bertentangan pula pendapat awal beliau
mengatakan agama Hindu tidak mempunyai pengasas. Pendapat yang pelik dan berputar-putar.
5. Perihal agama
Kristian dan Islam. Pada bab ini eloklah melihat ceramah dan perdebatan antara
Islam dan Kristian dan tak perlulah diperdebat dan diberi pendapat pula oleh
orang yang bukan Islam mahupun Kristian.
Hak Istimewa dan
kaum lain.
1. Penulis juga
menyokong agar hak istimewa orang Melayu dipertahankan namun konsep tersebut
tidak beerti sekiranya orang melayu terus miskin dan beliau menyatakan konsep
ketuanan Melayu adalah konsep Ketuanan Raja Melayu. Menurut buku Mitos Peribumi
Malas, SH Al Attas dari sumber Hugh Clifford beliau menegaskan bahawa orang
Melayu tidak akan berkhidmat atau menerima arahan daripada orang bukan Melayu
dan hanya akan melakukan apa jua tugasan sekirnya ia datang dari suruhan Sultan
Melayu dan ketua orang Melayu. Maka disini haruslah difahami itulah ertinya
ketuanan Melayu sebagai mana umum ketahui Orang Melayu adalah bangsa yang taat
kepada pemerintahnya dan disebabkan itu juga para penjajah menggunakan Raja
Melayu bagi menyempurnakan gerak kerja mereka.
2. Beliau juga
tidaklah begitu memberi pendapatnya sendiri dan lebih gemar menggunakan
penulisan orang lain yang menyokong kehendak beliau sebagai penulis. Nama- nama
seperti AB Sulaiman, Mohd Fitri .. muncul bagi menyokong hujah beliau dalam
kebersamaan agama Hindu dan Islam. Beliau juga menyebut beliau akan kalah
dengan seorang yang bodoh tapi dalam masa yang sama apa pendapat beliau sendiri
dalam semua perkara yang dibentang dalam bukunya?.
Istilah Melayu dan
Kaum lain.
1. Pada bab ini
Utaya banyak menggunakan hujah AB Sulaiman tentang kewujudan bangsa Melayu.
Bagi AB Sulaiman Melayu itu hanya nama dan orang Melayu sering keliru dalam
mencari siapakah Melayu itu. Melayu itu sebuah etnik yang wujud di Sumatera dan
pernah memerintah hampir seluruh Asia Tenggara. Apabila Parameswara dari jurai
terakhir membuka Melaka di sini akhirnya membawa bersamanya nama bangsa Melayu.
Pada persoalan ini boleh rujuk "The Search for the 'Origins' of Melayu" tulisan
Leonard Andaya.
Buku ini masih dijual. Boleh hubungi fb KSM untuk urusan pembelian. |
2.Kekeliruan hendak
membezakan kaum India di Malaysia dengan bangsa India. Penulis menegaskan
kepentingan dengan merujuk 2 perkara iaitu Orang itu adalah rakyat India atau
walaupun sama ras dan gen tapi tidak pula sama negaranya. Beliau juga
mengatakan “India” dan “China” telah pun wujud sebelum era 1800 tapi tidak ada
pula negara bernama Melayu. Namun sebelum 1800 wujudkah negara China atau
Negara India? Perihal China eloklah dibaca semula buku saya “Tanah Baru Naga
Selatan”. Manakala perkataan “India” dipercayai telah diperkenalkan oleh Dinasti
Mughal yang wujud pada 1526M iaitu selepas jatuhnya Melaka pada 1511. Jelaslah
bahawa penulis cuba menutup sejarah ini. Penulis juga mengatakan dia ingin
menjelaskan kaumnya iaitu Malayalam tapi sefaham saya kaum India dibezakan
melalui kasta. Apakah Utaya ingin menjelaskan kedudukan kasta sebab sepengetahuan
saya kedudukan kaum menentukan kasta seseorang. Maka sangat moleklah jika kaum India dikenali sepertimana yang kita kenal selama ratusan tahun dan kaum-kaum lain juga tidak begitu kisah dengan status kasta ini kerana semangat bangsa Malaysia. Walaupun begitu pada akhirnya
Utaya seolah memutar penulisan beliau bahawa “tidak pula saya kata Melayu tidak
wujud” dan seolah menuding jari kepada AB Sulaiman sahaja.
Soal Hang Tuah pada Utaya ialah kisahnya lebih kepada saduran kisah Ramayana manakala orang Cina menganggap Hang Tuah berbangsa Cina. Persoalannya kenapa semua bangsa hendak mengambil Hang Tuah sebagai figura utama? Kalau dia India apakah sifat-sifat kehinduaan Hang Tuah? dan sekiranya Cina tidak pernah pula ke China sedangkan kaum pedagang Cina sejauh mana pun mereka mengembara tetap akan pulang ke kampung halaman walaupun ada dari mereka tetap terus tinggal disini iaitu golongan Baba Nyonya tapi bilangannya amat sedikit.
Soal Hang Tuah pada Utaya ialah kisahnya lebih kepada saduran kisah Ramayana manakala orang Cina menganggap Hang Tuah berbangsa Cina. Persoalannya kenapa semua bangsa hendak mengambil Hang Tuah sebagai figura utama? Kalau dia India apakah sifat-sifat kehinduaan Hang Tuah? dan sekiranya Cina tidak pernah pula ke China sedangkan kaum pedagang Cina sejauh mana pun mereka mengembara tetap akan pulang ke kampung halaman walaupun ada dari mereka tetap terus tinggal disini iaitu golongan Baba Nyonya tapi bilangannya amat sedikit.
Penutup
Buku ini boleh diberi 2/5 bintang kerana menerangkan tentang agama Hindu dan kepercayaan orang India secara umum walaupun agak pelik juga huraian beliau tentang dewa-dewa Hindu. Namun buku ini bolehlah dianggap sampah kerana kesemuanya berpaksikan politik semata-mata yang jelas akan merugikan bangsa Melayu walaupun Utaya mengatakan DAP akan menjaga hak Melayu menurut 7 wasiat Raja-raja Melayu. Beliau juga berkata ingin melihat Utopia Malaysia dimana semua kaum tidak dibezakan melalui kaum yang hanya ada cuma bangsa Malaysia maka pada saya jika ia berlaku apakah ertinya hak istimewa itu tadi? Pointless. Susunan prosa yang baik dan jika tidak di perhalusi akan menjerumuskan pertentangan di dalam Melayu itu sendiri. “Minyak sudah ada tinggal cucuh api sahaja”, “2 ekor lembu berlaga kancil juga mendapat untung”. Pandangan saya buku ini tak payah dibaca sebab bila di beli maka akan wujud cetakan baru. Hendak bercakap soal sejarah samada akademik atau tidak biarlah berlandaskan cerita yang benar. Sejarah itu pahit dan perit maka telanlah ia dan rasailah kesakitan itu dengan sebaiknya.
Sekian.
Mohd H Roslan.