Sejak
sekian kalinya sudah begitu ramai umat Melayu memperkatakan tentang Sejarah
Kerajaan Melaka Melaka sebagai sebuah kerajaan yang di segani di seluruh alam
Melayu. Walaupun terdapat begitu banyak teori,hipotesis dan fakta-fakta yang
dihujahkan selama ratusan tahun namun topik “Melaka” tetap hangat dibincangkan
malah berkekalan hingga generasi hari ini. Mungkin akibat ia ditulis di media
cetak dan elektronik menjadikan sejarah Melaka kekal mekar sebagai sebuah
entiti yang berjaya menyatupadukan seluruh umat Melayu.
Sedar
atau tidak sudah banyak suara-suara yang
mahukan sejarah Melayu itu diubah mengikut apa yang dibentangkan didalam
pelbagai makalah sejarah. Antara yang terpenting sekali ialah apakah
persenjataan kerajaan Melaka pada waktu itu selain daripada lembing,keris dan
sumpit, dimanakah kedudukan asal Istana Melaka, rupa bentuk istana dan masjid
Agung Melaka dan apakaah kota Melaka mempunyai tembok kubu.
Catatan
yang paling hampir setakat pembacaan KSM ialah bersumberkan catatan Portugis
memandangkan merekalah yang telah menjarah bumi Melaka pada tahun 1511. Namun
kami yakin terdapat lagi sumber-sumber lain selain daripada Portugis dan antara
yang menjadi perhatian kami ialah rekod-rekod kerajaan Ming (Ming Shi Lu)[1]
yang merupakan antara kerajaan luar yang paling
awal mencatatkan tentang Sejarah kerajaan Melaka. Pada tahun –tahun berikutnya (didalam tempoh 100 tahun) terdapat pelbagai perhubungan diantara kedua-dua negara. Antara yang direkodkan ialah duta Ming ke Melaka, perkahwinan Puteri Hang Li Po, kedatangan Laksamana Cheng Ho dan yang terakhir sekali ialah bantuan tongkang-tongkang Cina kepada Portugis semasa Melaka diserang. Jika merujuk kepada segala aktiviti ini maka secara teorinya kerajaan Ming lah yang mempunyai rekod yang terpeinci seperti mana yang mereka catatkan apabila ke negara-negara lain. Namun sehingga ke hari ini belum ada lagi sumber-sumber rasmi yang menyatakan keadaan sedemikian dan sekiranya ada sekalipun hanyalah potongan-potongan ayat didalam bahasa Mandarin yang perlu diterjemah kedalam bahasa Melayu/Inggeris.

Tujuan utama
Cheng Ho datang ke Selat Melaka ialah menghapuskan pedagang (orang
tengah) dan lanun yang menguasai Selat Melaka. Sebenarnya terdapat beberapa
penulisan yang menyatakan bahawa gerakan penghapusan orang tengah ini telah
bermula dari dinasti Chou lagi dan para pedagang ini sentiasa dicurigai oleh
para Maharaja kerana mereka sering kali terlibat didalam pemberontakan
menggulikan sesebuah dinasti.
Untuk
mengambilalih dan menguasai perdagangan antarabangsa, Cheng Ho perlu
menghapuskan sendiket perdagangan Cina yang menguasai Selat Melaka dimana
kebanyakkan kapal akan melaluinya. [2]
Pada waktu ini Palembang merupakan kawasan penempatan utama bagi Cina selatan
dimana mereka ini diketuai oleh seorang pedangang kaya bernama Chen Tsu-i[3][4]. Namun sebelum itu terdapat seorang lagi pedangang Cina yang menguasai Palembang iaitu Liang Daoming [5]. Menurut kajian Prof Kong Yuanzhi setelah Majapahit menyerang Palembang Liang Daoming mengambil peluang untuk menguasai tempat tersebut dan manjadikan Palembang sebagai penempatan bagi imigran Cina yang singgah berdangang ataupun terus menetap disitu. Pada tahun 1405 Kota Palembang dan Jambi jatuh ketangan lanun-lanun ini. Setelah itu pelabuhan Palembang menjadi mundur dan tidak berdaya saing lagi. Didalam catatan lain pula menyebut kerajaan Ming menganggap Melaka sebagai pewaris kerajaan Palembang (Sriwijaya).

Selain
daripada itu Maharaja Yung Lo telah mengarahkan penubuhan jabatan bahasa asing
untuk memudahkan hubungan di antara tetamu asing atau para perwakilan
berinteraksi dengan negeri China. Mereka melatih kaki tangan kerajaan untuk
menguasai bahasa Melaka supaya dapat menjalankan kerja-kerja istana melalui terjemahan, dengan tidak menimbulkan
kekeliruan. Jabatan Bahasa Melaka merupakan salah
satu jabatan di antara 8 jabatan bahasa asing.[6]
Apa yang dikongsikan disini ialah
sebahagian dari jumpaan kami dan berdasarkan kepada sebahagian maklumat diatas
ternyatalah dan sudah pastilah terdapat banyak lagi rekod-rekod yang menyatakan
keadaan dan rupa bentuk bumi Melaka sepanjang tempoh 100 tahun itu. Harapan
kami semoga minat dan keinginan untuk
melakukan kajian-kajian tentang Kerajaan Melaka ini tidak berhenti dan akan
berterusan hingga generasi-generasi mendatang. teruslah mara demi generasi masa hadapan. Bangunlah dan
binalah semuala tamadun bangsa Melayu Kita
sudah berada jauh dari zaman kegemilangan Melaka, apa yang tinggal pada kita
hari ini umpama sebuah kisah silam yang dipentaskan dengan penuh indah tanpa
kita berasa untuk menangisi sedikitpun apa yang berlaku diwaktu itu. Kita
dididik dan dengan kisah-kisah perjuangan mereka, kisah-kisah tauladan dari
mereka namun dalam tidak sedar kita amat-amatlah jauh dari semua kesempurnaan
itu. Hakikatnya kita tetap merasakan bahawa kaum Melayu ini terlalu lemah dan
sentiasa diperbudakan oleh Barat. Apakah kita tidak sedar bahawa kita sendiri
takut kepada Barat?!. Bukan mudah untuk mengubah sejarah namun langkah telah dimulakan.
Maka jangan berhenti dan teruskan melangkah!
[3] Juga dikenali sebagai Tan Tjo Gin dari suku
Teochiu - Prof Kong Yuanzi, 2013, Cheng Ho Muslim Tionghua,
Yayasan Pustaka Obor, hlm 93
[6] Obaidellah b.
Haji Mohamad, Kesultanan Melaka: Dari Bahan Sejarah China Melihat Aspek Ekonomi dalam Polemik Sejarah Malaysia
(Jilid 1), Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 2008, hlm. 312