![]() |
Napolean Si Babi Pemerintah |
Sebenarnya dah lama saya nak baca
buku ini yang bertajuk Politik Kandang tulisan George Orwell semenjak saya
mengulas buku Terima Kasih Si Babi Hutan lagi. Kata teman-teman bab 1 buku
Lepat itu ideanya datang dari buku ini. Jadinya saya dah habis buku ini sub
tadi sekitar jam 4 pagi selepas mulakan bacaan sekitar 12 malam. Jadi, inilah
ulasan saya tentang buku ini.
Buku ini mengisahkan tentang
keadaan hidup sejumlah haiwan yang tinggal di dalam Ladang Manor milik Tuan
Jones di tengah-tengah England. Pada satu hari Major seekor Babi telah
memberitahu kepada binatang-binatang yang tinggal disitu bahawa pemberontakan
harus dilakukan demi kebebasan para haiwan daripada dibelunggu manusia. Antara
bintang yang tinggal disitu ialah kambing,kuda, kucing, ayam, itik, angsa dan
banyak lagi. Pada satu sudut jika difahami dengan mendalam ia penulis cuba
menggambarkan jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ini. Di akhir hayat Major Si Babi Tua, dia telah
menggerakkan asas sebuah pentadbiran dengan sebuah lagu bertajuk Satwa England
(Lagu Pemberontakan Binatang). Akhirnya Major mati dan digantikan oleh Napoleon
dan Snowball yang juga seekor babi.
Watak-watak utama yang ditonjolkan dalam buku ini ialah
Napoleon – Babi
Snowball – Babi
Squaller – Babi
Muriel - Babi
Boxer – Kuda Jantan
Benjamin – Keldai
Clover – Kuda Betina
Tuan Jones pula seorang manusia sering mabuk dan sering melupakan tanggungjawabnya memberi makan dan memelihara haiwan ternakannya yang sedikit sebanyak menyebabkan idea pemberontakan mula tercetus kerana para haiwan merasa tertindas. Akhirnya setelah disepakati maka pemberontakan telah dilancarkan oleh para haiwan dan mereka Berjaya menghalau Tuan Jones suami isteri selama-lamanya.
Peristiwa ini menandakan Kemerdekaan bagi semua haiwan di Ladang Manor dan mereka mula menulis Rukun Tujuh yang juga dikenali sebagai Binatangnisme bagi asas “negara” haiwan dan nama Ladang Manor digantikan dengan nama Ladang Binatang dan beserta dengan itu sebuah bendera hijau berlambangkan kuku dan tanduk haiwan beserta slogan “dua kaki jahat empat kaki baik” dan ditetapkan bahawa setiap Ahad perhimpunan akan diadakan.
Disebabkan idea Major dan perancangan pemberontakan Napolean dan Snowball maka Babilah yang menjadi pentadbir kepada sekalian binatang yang berada di dalam lading itu. Mereka bertindak sebagai pentadbir dan perancang dan tidak terlibat dengan kerja-kerja berat yang diserahkan kepada binatang lain terutama sekali Boxer seekor kuda yang lembab tapi kuat bekerja.
“Hari ini kita sudah bebas dan kitalah yang menentukan nasib kita
sendiri” kata para babi kepada haiwan lain dan “kitalah yang membangunkan
tempat ini” namun setiap perkara yang dibuat akan berlalu dengan ketegangan dan
perbalahan diantara Snowball dan Napoleon. Menariknya didalam buku ini hampir
semua binatang buta huruf kecuali babi yang juga tahu menulis manakala sebilangan
haiwan lain hanya mampu menghafal dan semua keputusan-keputusan dibuat hanyalah
berdasarkan siapakah yang memberikan hujah yang terbaik.
Ladang Binatang ini berjiran dengan Ladang Frederick dan Pilkington
dan sememangnyalah kedua jiran ini adalah musuh kepada para haiwan. Dipendekkan
cerita pada satu hari Ladang Binatang telah diserang oleh manusia ketika
Snowball dan Napolean Bersama-sama para haiwan sedang berbincang untuk
pembinaan kincir angin. Tujuan pembinaan ini dibuat adalah untuk meringankan
kerja para haiwan di ladang saban hari. Ketika serangan ini sebilangan kecil
haiwan mati dan Napolean dianggap wira kerana tidak putus-putus menyerang dan
memberikan semangat kepada haiwan lain untuk berperang. Akhirnya kemenangan
milik haiwan. Napolean dan Snowball diangkat sebagai hero dengan dianugerahkan “Pingat
Pahlawan Binatang Darjah Pertama” dan hari peperangan itu dinamakan sebagai
“Pertempuran Kandang Lembu”.
Selepas pertempuran itu berlaku pergeseran antara Snowball dan
Napolean sekali lagi yang menyebabkan Snowball terhalau selama-lamanya dari ladang
itu setelah ia dikejar oleh 7 ekor anjing bermuka bengis yang dibela oleh
Napolean dan cadangan pembinaan kincir angina telah dilaksanakan. Pada waktu
ini para haiwan mula menyoal Napolean mengapa ia ingin membina kincir angin itu
sedangkan selama ini ia tidak bersetuju dengan Snowball dan pada waktu inilah
muncul Squaller seekor babi yang pandai bercakap dan menghasut, dengan
kemahiran berkata-kata dan penceritaannya ia berjaya meyakinkan para haiwan
bahawa idea asal ini adalah milik Napolean.
Akhirnya semua binatang bekerja menyiapkan kincir angina itu dengan
diselia oleh Squaller manakala Napolean mula mengasingkan diri dari masyarakat
haiwan dan mula tinggal di rumah Tuan Jones. Segala makanan utama seperti epal
dan susu juga hanya diberikan kepada para babi kerana merekalah yang mengurus
dan mentadbir ladang itu. Para haiwan
mula menyoal namun bunyi mengeram para anjing membuatkan mereka akur. Kucing
ketika waktu bekerja akan hilang dan muncul pada waktu makan dan bila disoal ia
akan mengeluarkan cerita-cerita sedih dan mengiau manja yang akhirnya
membuatkan para haiwan kasihan padanya. Clover (perasan lawa) melarikan diri ke
ladang Pilkington dan kekal tinggal disana selamanya. Manakala Benjamin Si
Keldai tidak berkata apa-apa malah dialah yang paling pendiam sekali, dia
pernah berkata hanya sekali sahaja iaitu “Dalam semua haiwan keldailah paling
lama hidup dan tiada siapa tahu bila ia mati”.
Pada bab-bab terakhir kisah ini, pelbagai fitnah mula ditabur kepada
Snowball supaya masyarakat haiwan membencinya (penulis menggambarkan Snowball seekor
babi yang bijak manakala Napolean yang kuat) akibat daripada pelbagai kesusahan
yang terpaksa ditempuh oleh para haiwan bagi mengalihkan ketidakpuasan hati
para haiwan kepada peraturan, pengurusan dan pentadbiran para babi. Lama
kelamaan Napolean mula bertindak seperti seorang raja dan segala keistimewaan
yang terdapat dalam Rukun 7 tidak lagi diikuti dan setiap kali itulah Squaller
akan datang mengeluarkan hujah-hujahnya yang bernas dan jika masih terdapat
lagi ketidakpuasan hati para anjing akan mula mengeram keras.
Benjamin mati akibat terlalu kuat bekerja malah para babi menganggap ia adalah paling setia dan paling kuat bekerja sedangkan janji-janji untuk memberikan makanan lebih dan persaraan pencen tidak pernah ditunaikan oleh para babi. Kematian Benjamin terus memudarkan harapan para binatang lain dan mereka mula sedar bahawa mereka telah ditipu dan ditindas oleh para Babi apabila melihatkan Napolean duduk semeja Bersama Frederick dan Pilkington. Mereka juga mendengar ucapan dari Frederick kepada Napolean “dalam kalangan manusia dan haiwan ada kelas rendah yang harus ditangani dan dikawal dan yang bekerja banyak akan mendapat hasil yang sedikit”. Napolean membalas “sesungguhnya diantara manusia dan babi tiada masalah antara keduanya.” Squarel yang mendengar turut hampa.
Generasi pemberontak telah pun mati dan diganti oleh generasi baru
yang hanya mengetahui serba sedikit tentang Rukun 7, Satwa England dan Ladang
Binatang namun hanya sedikit saja yang bersemangat pemberontak manakala yang
lainnya hidup seperti -haiwan yang biasa kelihatan di ladang-ladang.
Tamat
P/s Buku ini tebalnya 150 halaman dan dari ulasan ni korang paham ke
apa yang hendak disampaikan?. Berminat boleh pm admin RM 40 je siap pos. Tapi
lepas rayalah senang.. :)
Gambar dipetik dari Pinrest.
Gambar dipetik dari Pinrest.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan