Sebenarnya saya sangat teruja dan
sangat bersemangat untuk berkongsi episode seterusnya dengan anda kerna isi
didalam buku ini sangat-sangat penting dan patut difikirkan oleh setiap kita
sebagai seorang muslim. Walaupun buku ini sekadar novel fiksi yang setebal
200 muka surat tapi isinya sangat bertepatan dan sangat menekan jiwa
saya selaku pembaca. Saya fikir anda yang belum memilikinya harus dengan cara
apa sekalipun membaca bukunya sehingga habis. Saya tidak boleh dan tidak
haruslah menghurai habis buku ini hingga ke penamatnya kerana menghormati dan
menyanjungi penulis yang sangat berdedikasi dalam menyiapkan buku ini. Maka
saya Cuma dapat kongsikan kepada anda 3 bahagian sahaja bagi kupasan buku ini.
Hatta isinya sangat bagus dan meruntun jiwa Islam kita namun apakan daya saya
harus menghormati hak cipta penulis. Ok. Kita sambung bahagian selanjutnya…
Cara yang digunakan untuk melemahkan
orang-orang Islam ialah
1.
Agama
Islam itu sendiri
2.
Politik Antarabangsa
Perkhidmatan Rahsia Israel mempunyai pengetahuan yang tinggi
tentang Islam. Tugas utama mereka ialah berpura-pura mengamalkan Islam bila
perlu, bercampur gaul dengan ulama dan member syarahan tentang agama dan
syarahan itu mestilah membawa kepada kemunduran dan pemikiran kolot umat Islam.
Selain dari itu ada juga dari mereka yang merupakan pakar propaganda yang telah
masuk ke dalam pelbagai pertubuhan dengan tujuan untuk memecah belahkan umat
Islam didalam setiap Negara, seterusnya menimbulkan permusuhan diantara penduduk
Islam dan Negara Islam yang bersempadan, dengan cara ini kedua buah Negara akan
berperang diantara satu sama lain.
Negara pembuat senjata pula akan menggunakan peluang ini
untuk menguji senjata ciptaan mereka dan ini akan memberikan faedah yang sangat
besar kepada Israel kerana wang tersebut akan mengalir kepada mereka dan cukup
untuk menanggung kos projek selanjutnya. Ejen Israel tidak dapat menyusup masuk
ke Malaysia dan Indonesia kerana rupa paras mereka yang berbeza dengan penduduk
tempatan, maka 3 cara telah direncakan mereka iaitu:
1.
Percetakan
– Menambah buku-buku dan risalah-risalah agama yang berasaskan tafsiran yang
boleh memundurkan pemikiran umat Islam
2.
Kursus
agama yang dikelolakan oleh alim ulama upahan Israel dengan kursus tersebut
diadakan di India dan Pakistan dan mereka dibayar untuk tujuan tersebut.
3.
Pelajar
di luar Negara yang belajar di Amerika,Britain, Australia dan New Zealand,
mereka ini sangat senang dipengaruhi kerana umur mereka dan apabila pulang ke
tanah air mereka akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Oleh itu doktrin
pemikiran yang tertanam di minda mereka akan disebarkan di tanah air mereka
dengan lebih cepat.
Melalui kaedah agama ia boleh ditafsirkan melalui 2 cara
iaitu
1.
Betul
bendul
2.
Berasaskan
pemikiran
Tumpuan ejen Israel ialah melalui kaedah betul bendul, dengan
demikian ia akan menjauhkan serta menutup akal fikiran umat Islam terhadap
pemikiran yang berasaskan syariat Islam dan lama kelamaan mereka akan terus
melupakannya. Kaedah ini akan tetap memundurkan umat Islam tetapi dalam masa
yang sama cara ini tetap akan membawa kepada ketenteraman dan kemajuan umat
Islam. Agama Islam dianggap kolot apabila mengejar modenisasi. Secara tidak
lansung mereka akan selamanya akan terdorong kearah kekolotan. Apabila orang
Islam mula riak dengan serban,jubah,tudung dan kafir mengkafir diantara satu
sama lain itulah tanda kejayaan besar bagi Israel!.
Ikuti sambungan terakhir pada episod akan datang...
Dipetik dan diolah dari buku PL 5; Cetakan tahun 1988; Shaari Isa; ms 26- 50.