Perang Melayu - Siam merupakan
perang yang paling lama dan paling kompleks dalam sejarah Melayu moden dari
abad ke 18 hingga abad ke 20. Perang ini juga merupakan perang yang paling lama
menimpa bangsa Melayu di kawasan utara Semenanjung Tanah dan telah memakan masa
selama hampir 150 tahun. Di dalamnya terisi penuh suka dan duka rakyat di utara
tanah air iaitu Kedah, Perak, Patani, Kelantan dan kawasan Selatan Thai yang
kita kenali hari ini. Ia merupakan sebuah sejarah yang kekal terpahat dalam
ingatan kita sampai bila-bila. Pengkajian ini lebih tertumpu kepada kisah
perjuangan rakyat Kedah yang paling banyak menerima kesan semasa penjajahan
Thai pada masa yang lalu. Walau bagaimanapun buku ini juga akan cuba memberi
gambaran kepada kempen – kempen peperangan yang melibatkan semua negeri-negeri
Melayu dengan Siam dari 1767-1842.
Diantara kuasa dan dendam diantara keinginan
bertakhta dan menyelamatkan rakyat diantara bijih timah dan kemajuan negeri.
Pihak istana Kedah telah sedaya upaya mengatasi kesemua masalah ini dengan
penuh ranjau. Penjajahan ini tamat secara rasminya apabila Perjanjian British –
Siam ditanda tangani pada tahun 1909 yang telah menghilangkan sebahagian besar
kawasan Kedah dan memisahkan Patani dari dunia Melayu. Setelah 136 tahun
pemisahan Selatan Thai dari Negeri - negeri Melayu fakta yang biasa kita baca
ialah punca peperangan di Kedah datangnya daripada pengkhianatan oleh golongan
bangsawan Kedah sendiri yang menginginkan kekuasaan bagi diri mereka sendiri. Hal
yang sama berlaku kepada hampir kesemua negeri – negeri Melayu yang lain iaitu
Perak, Selangor, Patani, dan Kelantan yang pada waktu itu menerima kesan secara
lansung daripada Kerajaan Chakri. Namun kesilapan dari dalam dan pengkhianatan
yang berlaku telah memudahkan lagi tentera Thai menakluk, menjarah dan membunuh
semua orang Melayu di negeri tersebut.
Namun kajian ini juga ingin membawa
kepada satu sudut lain yang mungkin akan membuka minda anda tentang apakah
penyebab – penyebab lain yang membawa kepada keinginan Siam untuk menguasai
Negeri – negeri Utara dan Ligor yang berusaha sedaya upaya untuk menguasai
selatan Thai. Hari ini walaupun terpisah dari sudut kenegaraan namun hubungan
budaya dan sejarah bekas negeri- negeri Melayu namun semuanya kekal sehingga
kini. Kajian ini bukanlah bersifat akademik ia sekadar penulisan biasa yang
diharapkan mampu memberi sedikit gambaran tentang keadaan yang berlaku serta
segala penulisan didalam buku ini adalah bersifat pandangan peribadi penulis
semata – semata.
Pada dasarnya kajian ini mungkin
dianggap sebagai sebuah bahan penulisan yang menyambung atau mengumpulkan
hampir kesemua kajian-kajian terdahulu namun ternyata dalam membuat pengkajian
ini telah ditemukan pelbagai pendapat, hipotesis dan teori yang berbeza dari
sejarawan seluruh dunia. Masing-masing melihat Perang Melayu-Siam ini dari kaca
mata mereka yang tersendiri. Di kaca kita sebagai mangsa sudah pastilah kita
melihat tindakan Thai itu tersangat kejam dan tindakan British pula begitu
menganiayakan kita. Namun tidak pula bagi pihak Thai kerana sebagai penakluk
sudah pastilah nafsu untuk menguasai tiap inci tanah di Alam Melayu ini begitu
membuak-buak. Manakala British pula lebih kepada sikap opportunisnya yang
datang semata-mata untuk memonopoli laluan perdagangan utama dunia pada ketika
itu.
Walaupun begitu agak menjengkelkan
apabila penulisan British samada dari sudut rekod rasmi,jurnal dan sebagainya
mereka mendakwa bahaawa mereka merupakan sekutu kepada Sultan Kedah sedangkan
tiada satu pun tindakan yang diambil oleh mereka menguntungkan pihak Kedah
kecuali di pihak mereka semata. Seharusnya kita tidak harus lagi terpengaruh
dengan dakyah yang seperti ini kerana sepanjang tempoh 1767-1842 British lebih
mementingkan kedudukan Thai dan ia terbukti apabila British menyerang Burma
pada tahun 1824 sedangkan mereka hubungan mereka adalah lebih lama berbanding
dengan hubungan British-Thai. Walaupun terdapat sebilangan pegawai British di
Pulau Pinang menyebelahi Sultan Kedah namun keputusannya tetap sama iaitu Kedah
tetap juga terjajah pada akhirnya.
Kesan daripada sejarah ini muncul
pada tahun 1850an dan seterusnya apabila British menguasai negeri-negeri Melayu
sedikit demi sedikit manakala Thai pula mencengkam kawasan-kawasan selatan dan
Segenting Kra. Kajian ini belumlah sempurna kerana terlalu besar lapangan
kajiannya yang secara tidak sedar menimbulkan pelbagai pendapat tentang apakah
sebenarnya yang berlaku kepada sejarah Melayu semenjak kedatangan British pada
tahun 1767 itu. Terpenting sekali dalam menilai semula sesebuah sejarah semua
pihak haruslah menumpukan memahami situasi, politik dan keadaan semasa yang
berlaku pada waktu itu. Sejarah harus dilihat dengan lebih luas konteksnya
bukan seperti melepas batuk ditangga yang pada akhirnya tidak menyelesaikan apa
jua masalah-masalah dalam sejarah terutamanya di peringkat bawahan dan generasi
akan datang.
Kepada Allah Kita Berserah!.
Gajah Putih Di Bumi Geroda
ISBN 978-967-13777-1-0
RM 50.00
Maklumat lanjut sila layari fb https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya/
ISBN 978-967-13777-1-0
RM 50.00
Maklumat lanjut sila layari fb https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya/
Sebahagian rakaman video yang dapat kami kongsi semasa Bicara Buku "Gajah Putih Di Bumi Geroda:Perang Melayu Siam 1767-1842 dengan kerjasama Taman Pustaka di Pesta Buku Selangor pada hujung Julai yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan