Serangan Ligor@
Maharaja Dewa Sura - 1
1.
Dr W.Linehan menyatakan penduduk
Ligor sewaktu zaman Raja Chanderabhanu terdiri daripada pelbagai bangsa yang
diperintah oleh raja Melayu (bukan Islam) namun kira-kira tahun 1292 Raja
Sukothai iaitu Rama Khamheng telah menakluk Ligor dan menamakan Ligor sebagai
Nakhon Si Tammarat.
2.
Menurut Eredia Raja-raja Pahang
merupakan keturunan Raja Melayu Ligor sebelum ditakluk Melaka berasal dari
Tembeling? (Tan Ma Ling).
3.
(Pada pendapat Buyong Adil) ..
namun secara umumnya dipersetujui Tan Ma Ling merujuk kepada Tambralingga
setelah merujuk kepada kajian O.W Walters.
4.
Pada 1454 angkatan laut Melaka
telah menyerang Pura (Inderapura kemudian menjadi nama Pekan) dengan
mengalahkan rajanya bernama Maharaja Dewa Sura. Raja Pahang lari ke Jerai Kwai
(kawasan Hulu Pahang) namun akhirnya ditangkap oleh Seri Bija Diraja.
5.
Setelah dikalahkan Tun Hamzah Datuk
Bongkok dititahkan pergi diam di Pahang dengan
dilengkapi nobat selengkapnya
kecuali Nagara (gendang tabal) dan Payung Iram Berapit.
6.
Puteri Wanang dikahwin kan dengan Sultan
Mansur dan di Islamkan kemudian diberi nama Puteri Lela Wangsa.
7.
Melaka kemudiannya menghantar Tun
Telanai anak Bendahara Tun Perak untuk membincangkan perdamaian.Tidak berapa
lama selepas itu Melaka-Thai pun bedamailah.
8.
Puteri Wanang mendapat 2 anak
iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad
Sultan Pahang (Melaka) Pertama
9.
Raja Muhammad kemudiannya
dirajakan di Pahang selepas kes pembunuhan Tun Besar anak Tun Perak. Tun Hamzah
Datuk Bongkok dititahkan pulang ke Melaka.
10.
Tun Hamzah diangkat menjadi
Bendahara Pahang.
11.
Sultan Muhammad bersemayam di
Tanjong Langgar (Pekan) di tepi Sg Pahang.
12.
Baginda beristerikan puteri
Kelantan bernama Puteri Mengindera dan mendapat 3 orang anak iaitu Raja
Ahmad,Raja Abdul Jamil dan Raja Mahmud.
Sultan Pahang (Melaka) ke 2
13.
Raja Ahmad menjadi Sultan Pahang
ke 2 (juga disebutsebagai Sultan Mahmud@ Muhammad)
14.
Sultan Ahmad Syah turun takhta dan
kemudiannya mengasingkan diri ke Lubuk Pelang juga dikenali sebagai Marhum Shaikh (Syeikh)
Sultan Pahang (Melaka) ke 3
15.
Sultan Pahang ketiga ialah Sultan
Abdul Jamil Syah, baginda diraja dan dinobatkan oleh Sultan Mahmud Melaka dan
memperisterikan kakak Sultan Mahmud bernama Raja Fatimah.
16.
Baginda dikenali dengan nama
Marhum Ziarat dan makamnya berada di Pekan,Pahang
17.
Baginda memerintah Pahang bersama
Sultan Mansur Syah (anak saudaranya iaitu anak kepada Marhum Syaikh)
Serangan Ligor@ Maharaja
Dewa Sura – 2
18.
1494 angkatan Ligor (Ayuthaya) yang dipimpin Maharaja Dewa Sura telah
menyerang Pahang melalui jalan darat semasa zaman Sultan Muzaffar.
19.
Namun kalah setelah Pahang
mendapat bantuan dari Melaka yang dipimpin oleh Tun Mutahir (bapa kepada Tun
Fatimah)
20.
Pada tahun 1511 Melaka alah kepada
Portugis dan Sultan Mahmud melarikan diri ke Pagoh kemudian ke Pahang semasa
zaman Sultan Abdul Jamil ini.
21.
Seorang anak Sultan Mahmud
dikahwinkan dengan Sultan Mansur.
Sultan Pahang (Melaka) ke
4
22.
Sultan Mansur Syah menjadi Sultan
Pahang ke 4 dan mempunyai 2 orang puteri iaitu Raja Puspa Dewi dan Raja Kesuma
Dewi
23.
Mengikut Sejarah Melayu Sultan
Mansur ini dihukum bunuh oleh ayah baginda (Sultan Ahmad, Sultan Pahang ke 2)
kerana dituduh berzina dengan ibu tirinya.
 |
Rumah Adat Indragiri |
24.
Isteri baginda iaitu puteri kepada Sultan
Mahmud (Melaka) telah dipanggil pulang dan dikahwinkan dengan Raja Nara Singa
dari Inderagiri
Sultan Pahang
(Melaka) ke 5
25.
Sultan Mahmud Syah adalah Sultan
Pahang ke 5 adalah anak kepada Sultan Muhammad (Sultan Pahang Pertama) dan beristerikan
sepupunya Raja Olah ( Raja Wati) iaitu puteri Sultan Ahmad Syah (Sultan Ke 2
Pahang).
26.
Dikurniakan 2 orang anak iaitu
Raja Muzaffar dan Raja Zainal.
27.
Beristerikan pula Raja Khadijah
iaitu puteri Sultan Mahmud Syah Melaka yang pada ketika itu memerintah Johor
dan bersemayam di Bentan.
28.
Semasa era baginda, Pahang banyak
terlibat dengan pertempuran menentang Portugis yang menakluk Melaka.
29.
Baginda mangkat dan digelar Marhum
di Hilir.
Sultan Pahang
(Melaka) ke 6
30.
Sultan Muzaffar Syah ditabal oleh
Sultan Alaudin Riayat Syah II.
31.
Baginda di kenali sebagai Marhum di Tengah
setelah dibunuh oleh Khoja Zainal iaitu
Duta
Brunai kerana bermukah dengan isteri beliau.
Sultan Pahang
(Melaka) ke 7
32.
Sultan Zainal Abidin ditabal
menjadi Sultan Pahang ke 7 merupakan anak kepada Sultan Pahang ke 5.
33.
Beristerikan Raja Dewi Sultan
Mahmud Syah (Melaka)(Marhum Kampar), Puteri Onang Kening dari Kelantan dan anak
Bendahara Pahang. (Isterinya 3 orang).
34.
Bersama Raja Dewi dikurniakan 4 orang anak iaitu Raja Mansur, Raja Jamal,
Puteri Khalijah dan Puteri Bongsu.
35.
Bersama Puteri Onang Kening tiada
anak
36.
Bersama anak Bendahara dikurniakan Raja Abdul Kadir.
37.
Baginda membantu Johor menyerang
Portugis di Melaka bersama-sama angkatan Perak namun pulang setelah mendengar
khabar angkatan Poertugis yang lebih besar datang dari Goa.
38.
Baginda mangkat di Makam Nibong
(dikenal orang sebagai Makam Tembuni), Pekan Lama dan digelar sebagai Marhum
Bukit.
Sultan Pahang
(Melaka) ke 8
39.
Raja Mansur kemudiannya di tabal
menjadi Sultan Pahang Ke 8 dengan bergelar Sultan Mansur Syah II.
40.
Beristerikan Raja Fatimah anak
Sultan Alaudin Syah II dan dikurniakan Raja Putih dan Raja Subuh. Baginda
beristerikan pula Puteri Bakal dari Terengganu dan dikurniakan Raja Jalal,Raja
Jalil, Puteri Tengah dan Puteri Dewi.
41.
Baginda mangkat setelah berperang
dengan Jawa Kafir dan digelar Marhum Syahid.
42.
Isteri Baginda Raja Fatimah
kemudiannya bernikah dengan Raja Umar anak kepada Sultan Pahang ke 2.
Sultan Pahang
(Melaka) ke 9
43.
Raja Jamal kemudiannya dilantik
sebagai Sultan Pahang ke 9 dengan bergelar Sultan Abdul Jamal Syah (merupakan
anak Sultan Pahang ke 7 adik kepada Sultan Pahang ke 8)
44.
Baginda juga mangkat terbunuh
(tidak dinyatakan gelaran dan peristiwa kemangkatan)
Sultan Pahang
(Melaka) ke 10
45.
Sultan Abdul Kadir Alaudin Shah
dilantik sebagai Sultan Pahang ke 10 merupakan anak kepada Sultan Pahang ke 7
dan adik kepada Sultan Pahang ke 8 & Sultan Pahang ke 9.
46.
Dikurniakan 3 orang anak
iaitu Raja Abdul Ghafur, Raja Yamir dan
Raja Ahmad.
47.
Baginda telah bersahabat dengan
Portugis.
48.
Negeri Pahang pada waktu ini
menghasilkan emas dan baginda pernah menghadiahkan emas sepanjang 2 ½ ela
kepada Gabenor Portugis di Melaka.
49.
Mangkat tahun 1590 (tiada bergelar)
Sultan Pahang (Melaka) ke 11
50.
Raja Ahmad dilantik sebagai Sultan
Pahang ke 11 namun diturunkan kerana masih kecil.
Sultan Pahang
(Melaka) ke 12
51.
Raja Abdul Ghafur menjadi Raja
Melaka ke 12 dengan bergelar Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Syah.
52.
Mempunyai 2 isteri iaitu Puteri
Patani dan Puteri Brunei.
53.
Raja Abdullah anak kepada baginda
telah dikahwinkan dengan Puteri dari kerabat Perak dan perkahwinan dilansungkan
di Kuala Tembeling.
54.
Daerah Hulu Pahang iaitu Kuala Tembeling
hingga ke he Hulu Sungai Sat dikurniakan kepada Raja Abdullah dan kekal
memerintah disana.
55.
Pada tahun 1607, wakil Portugis telah berjaya
membebaskan 80 orang Portugis yang ditawan oleh Pahang.
56.
Tahun 1607, Belanda (Abraham Van Den Broek)berjaya
mengikat perjanjian dagang dengan kerajaan Pahang.
57.
Orang Besar Pahang bergelar Seri
Maharaja Lela telah menyambut Admiral Matelief (Cornelis
Matelief de Jonge)
diiringi pengawal yang
bersenjatakan senapang pemuras pada 7/11/1607.
58.
Kedatangan admiral tersebut jug
sebagai mengajak negeri Pahang menentang Portugis di Melaka dan Pahang
menyediakan tentera seramai 2000 orang .Admiral tersebut juga diminta untuk
menguji Meriam Pahang yang dibuat untuk Raja Seberang (Johor). Orang-orang
Pahang telah membuat meriam yang pelurunya daripada batu dan lebih baik dari
meriam Jawa namun rendah mutunya berbanding meriam Portugis.
59.
Sultan Abdul Ghafur dan Raja
Abdullah mangkat diracun oleh anak kedua baginda Sultan Abdul Ghafur dan
kemudiannya menjadi Sultan Pahang (tidak dinyatakan nama). Baginda dikenali
sebagai Marhum Pahang dan Raja Abdullah dikenali sebagai Marhum Muda Pahang.
Raja Abdullah dimakamkan di Makam Chondong, Pekan Lama yang juga dikenali
sebagai Makam Tujuh Beradik.
60.
Isteri dan anak Raja Abdullah dibawa balik ke
Perak pada tahun 1614.
61.
Tidak dinyatakan pula siapakah
anak-anak Sultan Abdul Ghafur bersama kedua isterinya selain dari Raja
Abdullah.