Dewasa
ini kelihatan sahsiah dan pembentukan jati diri bangsa Melayu terutamanya pada
peringkat belia semakin hilang. Para belia semakin hanyut dalam arus kemodenan
yang pantas. Hukum alam yang sudah biasa kita lihat didalam sejarah ialah
apabila ketamadunan itu sampai kepada peringkat yang paling maksima maka sudah
pastilah masalah sosial turut terlibat sama. Namun didalam semua permasalahan
itu golongan remaja dan belialah yang paling banyak menerima kesan. Melalui
kehidupan remaja itu penuh dengan suka dan duka dan apabila sudah dewasa semua
itu menjadi kenangan dan pedoman pada masa-masa hadapan. Saya ingin mengajak
kalian terutamanya para belia untuk berfikir sejenak tentang masa depan agama,
bangsa dan negara tercinta ini dan tidak
inginlah saya memberi fokus yang banyak kepada keadaan politik negara hari ini.
Perkara yang sedemikian terserahlah kepada anda untuk menentukannya.
Atas
seruan kerajaan untuk menjaga dan memelihara golongan remaja dan belia maka
pelbagai langkah dan usaha telah diambil bagi
memajukan dan memantapkan penyatuan golongan ini.
“Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia adalah bertanggungjawab untuk menjayakan pelaksanaan
Dasar-Dasar Kerajaan mengenai Belia dan Sukan. Kementerian mula diasaskan
dengan penubuhan Bahagian Belia di Kementerian Masyarakat pada tahun
1953. Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Bahagian kebudayaan
pula ditubuhkan di bawah Kementerian Penerangan dan Penyiaran. Menyedari
kepentingan peranan dan fungsi bahagian-bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan
pada 16 Mei 1964” [1]
Selepas beberapa
rentetan ketegangan politik negara maka sekali lagi modul sahsiah dan jatidiri
ramaja/belia dibentuk semula dengan mengutamakan dasar kesepaduan,keharmonian
dan mengamalkan prinsip rukun Negara.
Matlamat Dasar Pembangunan Belia
Negara ialah
“Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang
bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah,
bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik
serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran
bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020”[2]
Pada hari ini sejauh mana dasar yang
dicadang pada tahun 1970 dan diluluskan pada tahun 1985[3] benar-benar
berjaya? dan perlulah diingatkan bahawa atas semua kejayaan setiap satu dasar
itu bukanlah melibatkan pihak kerajaan sahaja malah melibatkan semua pihak terutamanya
ibubapa dan pihak berkuasa tempatan (termasuk JKKK,Penghulu,Komuniti Setempat).
Penterjemahan dasar tersebut terutamanya
dalam merujuk perkataan “patriotik” adakah
menimbulkan satu reaksi yang berjaya pada hari ini? Saya sangat bermohon agar
anda luangkan sedikit ruang masa untuk memikirkan sejenak perkara ini.
Janganlah terlalu taksub kepada politik kepartian sehingga menjadi seorang “psikosis”.
Parti politik sekadar menentukan perjalanan kepimpinan negara yang dipersetujui
oleh rakyat. Namun implementasi itu terletak kepada rakyat yang menerimanya. Kecemerlangan
sesebuah kepimpinan itu bergantung kepada kesediaan rakyat untuk menerima dasar-dasar
dan undang-undang yang diwartakan. Maka para “marhanes” tidak harus menuding
jari 100% kepada kerajaan yang memimpin.
Anak-anak Melayu pada hari ini
seolah-olah tidak mempunyai semangat patriotism yang tinggi terhadap negara kerana
dihidang dengan kesalahfahaman sejarah yang dasyat. Rosaknya sesebuah kaum itu bukan terletak
kepada perilaku tapi terletak kepada apa yang tertanam didalam mindanya. Zaaba pernah menyebut “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” dan ternyata
pembentuka sahsiah dan tuju fikir belia itu bermula kepada sejauh mana
penyampaian dasar yang dianjurkan oleh kerajaan. Apakah dasar yang digubal pada
tahun 1985 itu sampai ke tahap peringkat yang membanggakan? Mungkin bagi kita
perkara yang semacam ini adalah remeh namun kesannya sangat berpanjangan
terutama sekali kepada anak-anak generasi seterusnya. Namun semuanya bermula
dengan kesanggupan komuniti setempat dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang
dibuat dan bukannya berhasad dengki dan membangga diri dalam melakukan sesuatu
program, dan sekiranya masing-masing menolak ego dan pemikiran singkat maka
sudah pasti negara akan menghasilkan belia yang berjaya seperti mana yang
termaktub didalam visi KBS iaitu
“Ke arah mewujudkan
masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani,
akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk
menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,
Melahirkan masyarakat
yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan berprestasi tinggi
hingga ke taraf antarabangsa” [4]
Kejayaan sesebuah organisasi
persatuan yang ditunjangi oleh para Belia juga sedikit sebanyak bergantung
kepada bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan, segala masalah sesebuah
persatuan itu seperti “hujan takkan turun jika katak tidak
memanggil” , sekiranya hujan itu turun maka semua pihak akan mendapat
kesenangan yang sama. Oleh itu marilah kita sama-sama sebagai rakyat dipelbagai
peringkat samada komuniti setempat, penjawat awam dan swasta bersama-sama
berganding bahu dalam mencapai matlamat ini. Ketelusan dan kejujuran serta
tidak lokek memberikan sumbangan samada dalam bentuk wang atau kebendaan serta idea haruslah
ditonjolkan oleh semua pihak agar generasi seterusnya akan dapat menikmati kejayaan
yang telah dicapai pada masa kini. Kita melihat dan sangat arif tentang
persatuan-persatuan kaum lain yang sangat aktif dalam berpesatuan atas sikap
mereka yang ingin melihat generasi seterusnya berjaya dalam semua lapangan. Sesungguhnya
sesuatu perkara dan perbuatan itu tidak akan memuaskan hati semua pihak namun
sekurang-kurangnya tindakan itu telah dilaksanakan oleh semua pihak kerajaan
terutamanya, rakyat secara umumnya dan bangsa Melayu khususnya.
Anak-anak Melayu harus sedar akan
perkara ini dan perlu mempersiap siaga akan fizikal dan mental bagi menghadapi
masalah-masalah baru pada masa hadapan. Jangan terlalu asyik dibuai dengan
segala kesenangan dan kemewahan yang ada kerna perkara yang sedemikian akan
hilang seandainya sikap menyayangi bangsa itu sudah hilang dari sanubari. Ini
bukan soal politik tapi ini soal arah tuju bangsa yang bakal terbentuk pada
suatu hari nanti.
Untuk mencapai
Dasar Pembangunan Belia Negara beberapa strategi akan dilaksanakan:-
4.1. Pembangunan
Ilmu
Usaha akan
dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan di dalam berbagai aspek
sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.
4.2. Pembentukan
Sikap
Usaha ke arah
penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan
dipupuk di kalangan belia bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
4.3. Pembangunan
Kemahiran dan Keusahawanan
Mempersiapkan
generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta
kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.
4.4. Pemupukan
Gaya Hidup Sihat
Generasi belia
digalakan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya
hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan
pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
4.5. Kemudahan
Interaksi Sosial
Mempertingkatkan
kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang
sihat di kalangan belia dan masyarakat.
4.6. Perkongsian
Dalam Pembangunan
Menggunakan
perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan
kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
4.7. Jaringan
Hubungan Antarabangsa
Menggalakkan
generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat
antarabangsa. [5]
Keluarlah dari kepompang kejumudan
fikiran. Tidak perlu terkhayal dengan segala dakyah dan penyampaian maklumat
yang dihidangkan. Setiap kefahaman dan tindakan yang diputuskan itu haruslah
berdasarkan kepada kebijaksanaan kita sendiri dan sejauh mana kita membuat
penyelidikan kepada perkara-perkara yang kita baca, dan dengar. Janganlah
dibiarkan generasi seterusnya seperti Anak
Seluang yang hidup di sungai mati” . Hilang jati diri dalam arus sungai
metropolitan yang begitu kuat. Negara sedang dalam proses globalisasi yang
sangat pantas dan sejauh mana kita bangsa Melayu sedia menghadapinya?
Bergabunglah diri dan berusahalah dalam melestarikan semangat patriotisme Belia
Negara dan semuanya itu bermula dari anda!
Sekiranya anda mempunyai persatuan
komuniti setempat yang menganjurkan pelbagai program dan aktiviti sihat maka
berhubunglah dengan pihak kami di https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya.
Saya akan meletakkan link pautan
persatuan anda didalam penulisan ini. Semoga ia akan membantu anda sedikit
sebanyak dalam mencapai aspirasi negara bukan hanya dalam bidang sukan tetapi
dalam pembentukan modal insan dan kepimpinan negara. Majunya negara adalah kerana bangsanya! Hidup
Melayu!
Link Persatuan Belia:
http://www.realworrior.blogspot.com/
Link Persatuan Belia:
http://www.realworrior.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan