Manakala sepanjang pemerintahan British di Malaya, pemerintahan yang
dijalankan lebih lembut dan hanya tertumpu kepada cara untuk memperolehi hasil
ekonomi tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak “British lebih
berpegang kepada prinsip berbelanja dengan kewangan yang ada dan berjimat
cermat dalam sebarang urusan”. Setelah berjaya membentuk Negeri-negeri Selat,
British telah mengambil dasar tidak campur tangan kepada keadaan politik semasa
negeri-negeri Melayu yang lain sehingga bulan September 1893 apabila Kerajaan
England mengatakan perlunya wakil-wakil British di Negeri-negeri Selat untuk
campur tangan dalam hal-ehwal negeri-negeri Melayu sekitarnya bagi menjaga
aktiviti perniagaan mereka dengan mengadakan hubungan dagangangan secara langsung
dengan negeri-negeri tersebut. Maka, di Tanah Melayu pada waktu itu, jarang
sekali berlaku pemberontakan dan pembunuhan secara besar-besaran sepertimana
yang berlaku ke atas penduduk Hindia Timur walaupun pada peringkat awalnya
terdapat penentangan daripada pembesar-pembesar tempatan. Namun begitu, secara
keseluruhannya penentangan ini bersifat tidak menyeluruh kerana tiadanya campur
tangan secara langsung daripada pemerintah.
Bendera NNS |
Angin perubahan kesatuan nasionalisme Indonesia itu bermula dengan
dasar-dasar cukai yang dibawa oleh Thomas Stamford Raffles yang pada waktu itu
menjadi Leftenan Gabenor di pulau Jawa akibat daripada penyerahan Betawi kepada
Inggeris oleh Belanda pada tahun 1811. Kemudian, setelah berlakunya perubahan
pentadbiran di Hague, para pemimpin Belanda telah cuba untuk memperbaiki dan
memberikan kebebasan kepada masyarakat Indonesia sejajar dengan idea-idea
kemanusiaan di Eropah pada waktu itu.
Beberapa parti politik telah ditubuhkan seperti Budi Utomo, Sarekat
Islam, Muhammdiyah dan lain-lain sekitar tahun 1900-1930. Sistem ini dapat
dilihat dalam bukunya The History of Java. Manakala di Tanah Melayu pembentukan awal kesatuan orang-orang Melayu
terbentuk sewaktu lahirnya Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu bila mana kedua-dua entiti ini termasuk Negeri-negeri
Selat talah ditadbir dibawah seorang Gabenor Jeneral yang menyelia pentadbiran
dan pengurusan negeri-negeri tersebut. Walaupun tidak nampak di mana kejelasan
kesatuan itu, namun daripada beberapa perspektif, kewujudan negeri-negeri ini
memberi gambaran akan adanya sifat menyatukan penduduk-penduduk Tanah Melayu
pada waktu itu. Pentadbiran British pada waktu itu juga telah memberikan
kebebasan kepada penduduk tempatan untuk mewujudkan persatuan-persatuan dalam
membincangkan hal ehwal masyarakat tempatan. Bagi orang-orang Melayu, persatuan
ini telah mendapat galakan dan sokongan daripada para sultan.
Secara amnya, kebanyakan kajian berkenaan nasionalisme Tanah Melayu dan
Indonesia lebih tertumpu kepada pemupukan kesedaran dan kebangkitan awal
nasionalisme pribumi pada tahun-tahun 1900 bermula dengan kemasukan teknologi
percetakan. Namun begitu, kesedaran awal yang disebut pada awal-awal tadi
sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa angin perubahan mula timbul. Antara
penyebab lainnya juga ialah penglihatan sesetengah orang-orang Melayu terhadap
ekonomi dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Cina dan Peranakan seperti
mana yang ditulis dalam buku “Asia Dalam Perubahan, Gilbert Khoo dan Doherty
Loo” orang-orang Melayu daripada Negeri
Melayu Bersekutu dan kepulauan Riau yang telah berhijarah ke Singapura melihat
akan kemajuan orang-orang asing yang telah maju dalam bidang pendidikan, ekonomi
dan sosial. Fakta ini diperkuatkan lagi dengan kajian oleh Prof Emeritus Khoo
Kay Kim dalam jurnalnya bertajuk, “Nasionalisme Melayu 1900-1941: Suatu Tatapan
Semula”, mengatakan pada saat itulah orang-orang Melayu merasakan betapa
mundurnya kehidupan desa masyarakat Melayu pada waktu itu. Hal ini menyebabkan
mereka berasakan pemerintahan Inggeris telah menjalankan pentadbiran yang tidak
adil. Terdapat juga suara-suara yang memohon pertimbangan daripada pihak
pemerintah dan para sultan untuk menjaga kebajikan orang–orang Melayu dalam
semua lapangan agar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan, pendidikan dan mereka juga bimbang akan hilang lenyapnya
bangsa Melayu pada suatu hari nanti.
Dasar–dasar baru yang lebih liberal telah diperkenalkan Raffles kepada
masyarakat Jawa sehinggakan orang-orang Jawa mula sedar akan kebolehan mereka
dalam memajukan ekonomi masyarakat pribumi. Raffles telah mengisytiharkan
perdagangan bebas dan dasar ekonomi ini telah
dijadikan pegangan oleh Raffles
dalam pentadbirannya; sistem paksaan telah digantikan dengan sistem kewangan
yang lebih kukuh yang mana beliau
berharap dengan wang yang diperolehi oleh para petani dapatlah mereka membeli
barangan buatan British. Bagi memantapkan lagi aliran pusingan wang, beliau
telah mencadangkan agar pungutan cukai tanah tidak lagi dibayar dengan hasil
tanaman tetapi menggunakan wang, namun beras masih lagi diterima sebagai
bayaran cukai. Sayangnya, akibat masa pentadbirannya yang terlalu singkat,
sistem yang dibawanya ini telah gagal sama sekali. Namun begitu, idea-idea
kemanusian dan liberal yang dibawanya sedikit sebanyak telah membuka mata
masyarakat Jawa pada ketika itu tentang perlunya bebas daripada penjajahan
Belanda.bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan