Kuomintang, Islam & PKC
Setelah membaca beberapa bahan ada beberapa perkara yang temui dan apa yang dikongsikan ini adalah sebahagian dari penulisan KSM. Semoga bermanfaat!
1. KMT ditubuhkan oleh Dr Sun Yat Sen dari suku Hakka.
2. KMT juga dikenali sebagai Parti Nasionalis China dan telah beberapa kali menukar nama akibat keadaan politik semasa.
3. Pada peringkat awal Dr Sun Yat Sen bergabung dengan Yuan Shih Kai seorang General Tentera dan seorang Gabenor wilayah Shantung namun selepas Reformasi 1911. Yuan telah melantik dirinya sebagai Maharaja Baru China pada tahun 1915.
4. Tujuan penubuhan KMT ialah membebaskan China dari penjajahan negara asing dan menggatikan sistem monarki dan menyatupadukan semua rakyat cina tanpa mengira etnik dan agama mereka.
5.Dr. Sun Yat Sen kecewa dan lari ke Jepun bersama beberapa pengikutnya pada tahun 1914 dan pulang
semula ke Kwantung pada tahun 1920.
6. Beliau meninggal pada tahun 1925 dan perjuangannya diteruskan oleh Chiang Kai Shek.
7. KMT mendapat sokongan penuh daripada etnik Hui dan Uighur yang beragama Islam dan telah terlibat sepenuhnya dalam konflik Gansu 1927-1930.
8. 3 orang etnik Ma pernah dilantik sebagai Gabenor Jeneral iaitu , Ma Qi, Ma Hongkui dan Ma Hongbin. Bai Chongxi, dari etnik Hui pernah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Kebangsaan dan merupakan kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh muslim China.
9. Mereka pernah merancang untuk menubuhkan wilayah Islam China - Turkestan Timur sebanyak 2 kali antara tahun 1934-1949.
10. Selepas perang saudara yang membawa kepada kekalahan KMT. Sebahagian besar dari pengikut KMT dari Selatan China yang terdiri daripada suku Hokkein,Teochiu, Hakka Hainan dan lain-lain lagi telah berhijrah ke Taiwan dan serata negara Asia Tenggara. Manakala etnik Hui dan Uighur kekal di China dan membentuk populasi Islam China terbesar.
11. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kaum Islam China ditindas oleh pemerintah China iaitu Parti Komunis China.
12. KMT masih lagi kekal memerintah Taiwan hingga ke hari ini dengan menjalankan dasar 1 parti 1 negara walaupun piliharaya umum diadakan. (mcm Singapore je..hehe)
13. PKC - KMT = Utara vs Selatan. Walau sama bangsa tetapi ideologi memisahkan mereka dan permusuhan tersebut kekal hingga hari ini walaupun kelihatan orang Taiwan-China boleh keluar masuk ke negara masing-masing tanpa takut.
14. Lee Kuan Yew juga dari suku Hakka. Mungkin atas sebab faktor suku dan berasal dari Selatan China maka tidak hairanlah Singapore-Taiwan mempunyai hubungan yang akrab dan menjadikan Amerika sebagai pelindung mereka pada hari ini...
Bersambung...
Wacana Pengkajian Material Penerbitan Artikel Buku Sejarah Dunia & Malaya, Melayu dan Nusantara. Terjemahan dari buku-buku sejarah berbahasa Inggeris ke bahasa Melayu supaya dapat dibaca sebagai pengetahuan umum dan juga kajian secara sederhana dari pelbagai sumber dari pelbagai sudut sejarah. Like juga kami di https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan