Sebenarnya artikel ini sudah dihantar ke sebuah majalah tempatan pada bulan November yang lalu, mungkin tema dan isinya tidak bersesuaian dengan keadaan semasa maka saya beranggapan artikel ini tertolak dari dipaparkan didada majalah berkenaan. Maka dari dibiar tersimpan dimuka skrin komputer adalah lebih baik saya kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat!!
Naga itu bagi masyarakat Asia selalunya disimbolikkan sebagai negara dan kaum Cina manakala Hujung Dunia pula beerti Tanah Melayu manakala Harimau sudah pastilah simbolisme yang cukup terkenal dikalangan kita dan tidak perlu dipanjangkan lagi. Tentang kedua-dua persoalan ini tidak perlulah dipanjangkan kerana ianya hanya simbolik dalam menunjukkan sejarah dan budaya sesebuah kaum.
Naga itu bagi masyarakat Asia selalunya disimbolikkan sebagai negara dan kaum Cina manakala Hujung Dunia pula beerti Tanah Melayu manakala Harimau sudah pastilah simbolisme yang cukup terkenal dikalangan kita dan tidak perlu dipanjangkan lagi. Tentang kedua-dua persoalan ini tidak perlulah dipanjangkan kerana ianya hanya simbolik dalam menunjukkan sejarah dan budaya sesebuah kaum.
Penulisan ini sebenarnya ingin memberi sedikit pandangan tentang sikap masyarakat Cina di Malaysia yang amat jarang sekali dibicarakan. Agak hairan juga apabila terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh orang Cina dalam membicarakan sejarah orang Melayu, namun amat kurang pula orang Melayu membicarakan persoalan sejarah kaum Cina di Malaysia yang hanya ditumpukan hanyalah pada bidang politik mereka sahaja tanpa mengetahui punca-punca sebenar dan siapakah mereka ini. Makalah ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan atau bersifat perkauman, tetapi lebih kepada memberi penerangan kepada orang Melayu, apakah penyebab utama yang membawa kepada perseteruan abadi antara kedua-
dua kaum ini. Jika para pembaca sedar dewasa ini terdapat
pelbagai buku yang membicarakan tentang soal hubungan di antara kedua-dua kaum
ini. Antaranya ialah buku bertajuk 13 Mei
oleh Leon Comber dan Cina Ketiga oleh C.P Fitzgerald,
kedua-dua penulis ini merupakan orang Barat yang mengkaji sosiomasyarakat Cina
di Malaya pada waktu itu. Mereka telah
cuba sedaya mungkin untuk bersikap neutral dalam membahaskan kekurangan dan
kelebihan antara kedua-dua kaum ini. Bagi saya tidak semua orientalis itu
bersikap berat sebelah dan anti Melayu, jika diamati betul-betul, kita akan
melihat bahawa British dan Orientalis lebih menghormati orang Melayu kerana
bumi Malaya adalah milik ketuanan Melayu. Telah menjadi resam bagi penjajah
untuk lebih menghormati anak pribumi pada waktu itu tidak kiralah sama ada
penjajah Inggeris, Belanda mahupun Jepun.
Persoalannya
kini, apakah masih lagi wujud istilah “rasisme” apabila membicarakan tentang
sejarah sesebuah kaum? Terserah kepada anda untuk membuat penilaian. Makalah
ini ditulis untuk memberikan pencerahan dan menerangkan sedikit sebanyak
dapatan yang saya perolehi hasil daripada penganalisisan berkenaan pola fikir
masyarakat Cina di Malaya. Diharapkan apa-apa yang dipaparkan ini dapatlah
menambahkan lagi kefahaman kita yang sebenarnya tentang permasalahan kaum di
Malaysia ini.
Dalam prakata
buku China Ketiga menjelaskan bahawa “Kaum China sama seperti kaum Yahudi, yang
menguasai perniagaan – tidak disukai malah dibenci serta tidak diterima oleh
masyarakat pribumi di tempat mereka tinggal, perbezaan antara mereka ialah kaum
China mempunyai negaranya sendiri berbanding dengan Yahudi dan sejak zaman
berzaman merupakan sebuah kuasa besar di Asia Timur”. Secara umumnya memang
tidak dapat disangkal oleh sesiapapun bahawa masyarakat Cina telah dibawa masuk
oleh British untuk tujuan membuat kerja-kerja melombong bijih timah pada awal
abad ke-19 walaupun pada abad yang lebih awal lagi sudah ada perhubungan di antara
Negeri-negeri Melayu dan China. Mereka datang ke sini sekadar untuk menjalankan
perdagangan, kemudiannya pulang ke negara asal. Ada pula yang tinggal di sini
untuk beberapa waktu bagi mengumpul kekayaan dan kemudiannya pulang ke tanah
air mereka. Akibat daripada kesedaran nasionalisme yang kuat diseluruh dunia
pada tahun-tahun 30-an, maka masyarakat Cina yang berada di Asia Tenggara mula
memikirkan untung nasib mereka sama ada untuk terus menetap di negara yang
mereka kunjungi ataupun pulang ke negara asal.
1.Rajin
lawan Malas
Jika diteliti
secara lebih halus banyak pendapat dan kajian yang telah diberikan terhadap
kaum Cina yang berhijrah semasa pertengahan abad ke-19. Kesemua mereka
sependapat bahawa orang Cina pada peringkat awal langsung tidak campur tangan dalam
mana-mana sistem politik di negara yang mereka tinggal. Mereka lebih memberi
tumpuan kepada bidang perniagaan dan mencari kekayaan. Kebanyakan mereka ini
pada peringkat awalnya merupakan golongan miskin dan terpaksa menempuh pelbagai
cubaan untuk sampai di Malaya dan negara sekitar Malaya. Mereka belayar
beribu-ribu batu jauh dari tempat asal mereka semata-mata untuk memperbaiki
hidup mereka di kampung. Adakalanya mereka dibunuh dan dirompak di tengah laut,
diperdagangkan dan dijual kepada orang lain sebagai hamba. Sedikit sebanyak
semangat untuk mencari kekayaan itu menjadi sangat kuat.
Manakala bagi
orang Melayu (pribumi) mereka sudah berasa
selesa dengan keadaan yang serba cukup walaupun tidak kaya dengan hasil makanan
yang mencukupi dan tidak terlalu terdedah dengan budaya barat membuatkan orang
Melayu pada waktu itu cukup selesa tanpa perlu berusaha banyak. Di samping itu,
sikap taat setia yang tidak berbelah bahagi oleh masyarakat Melayu kepada sultan
dan golongan pembesar sedikit sebanyak memperlihatkan kemunduran orang Melayu
pada pandangan Barat. Masyarakat Melayu memberi seluruh kepercayaan mereka
kepada golongan ini dalam mengurus tadbir negeri dan kehidupan mereka. Orang
Melayu juga menganggap hidup di dunia ini hanya sementara sahaja, maka cukuplah
berusaha sekadar untuk hidup dan tidak perlu mengejar kemewahan dunia. Maka
lahirlah ungkapan, “pemalas dan tidak berdikari” ke atas orang Melayu. Orang
Barat seperti L.R Wheeler dan B.W Hodder menyatakan bahawa orang Melayu tidak
mempunyai pelajaran yang tinggi dan amat berpegang teguh kepada agama Islam dan
kurang dipengaruhi oleh dorongan material.
Syed Hussein
Al-Attas dalam bukunya “Mitos Pribumi
Pemalas” telah memberikan kita jawapan yang sangat tepat iaitu “Seandainya orang melayu itu pemalas maka
siapakah yang menanam padi dan menghasilkan beras sewaktu kaum-kaum lain masuk
ke Tanah Melayu dan siapa pulakah yang menjadi pekerja kontrak semasa proses
pembangunan Tanah Melayu selepas perang?, dan sekiranya Melayu itu mundur,
siapakah yang melombong dan menghasilkan emas sebelum orang-orang Barat dan
imigran masuk kesini?” Pada hemat saya, seandainya Melayu itu mundur
bagaimanakah pula orang Melayu mempunyai kerajaan, sistem pentadbiran dan
budayanya tersendiri? Apakah disebabkan sikap Melayu yang santun itu membuatkan
masyarakat Melayu dianggap lemah dan mundur? Adakah apabila dasar sekular
diadaptasi oleh orang Melayu menjadikan mereka lebih moden dan maju? Inilah
persoalan yang sering menjadi alat anasir luar untuk meracuni anak Melayu
supaya menghina bangsanya sendiri.
Walau bagaimanapun,
bagi golongan penjajah, masyarakat Cina dianggap sebagai golongan kelas kedua
kerana bagi kolonial mereka ini (orang Cina) sekadar mesin untuk menghasilkan
kekayaan dan bukannya sebagai orang yang mempunyai hak untuk masuk campur dalam
hal ehwal Malaya. Masyarakat Cina juga pada waktu itu lebih menumpukan kepada
keadaan politik di negara China. Pergolakan dalaman yang tercetus di antara
Dinasti Manchu dan Kuomintang dan Pemberontakan Taiping membuatkan masyarakat
“Cina luar” (kaum Cina yang berhijrah) ini tidak campur tangan di tempat mereka
menetap. C.P Fritzel menyatakan bahawa orang Cina selepas jatuhnya era dinasti
lebih menjuruskan diri mereka ke dalam politik “survival of the fittest”, yang mana golongan atau parti yang kuat
dan mampu memberi kesenangan kepada mereka akan mendapat sokongan penuh sama ada
dari sudut kewangan ataupun tenaga. Maka tidak hairanlah sekiranya hari ini
kelihatan jelas di Malaysia orang Cina mula beralih arah kepada sebuah parti
yang lain.
WAKANDATOTO
BalasPadam? BANDAR TOGEL TERPERCAYA DAN AMAN ?
JP BERAPAPUN DI BAYAR
?BO BONAFIT?
Di Lengkapi Aplikasi BBFS 7 DIGIT
Diskon Pembelian Terbesar
?2D 29%
?3D 59%
?4D 65%
? HADIAH ?
4D di X 3.000?
3D di X 400?
2D di X 70?
BONUS REFFERAL: 2%
BBFS : 7 Digit
Minimal DEPO : 10.000
Minimal WD : 50.000
Minimal Betting : 500 / line
KONTAK PERSON ADMIN
GRUP FB : Wakandatoto
NO WA : +855-96-775-8918
BBM : WAKATOTO
LINE : WAKANDATOTO
silakan klik di bawah ini :
http://www.wakandatoto.net/daftar
bandar togel
Agen togel