Nabi Ibrahim merupakan bapa para Nabi dan berwasiat kepada anaknya Nabi Ya’qub supaya mengikut agama Islam.Tercatat didalam al-Quran
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada
anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya)
katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama
(Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam
keadaan Islam".
Rasul Saw bersabda
“ Isa bin Maryam akan memimpin umatku
dengan adil dan bijaksana. Dia akan mengeluarkan salib-salib yang berada
didunia ini dan membunuh semua babi. Begitu juga dengan cukai sehinggakan pada
waktu itu tiada seorang pun yang layak menerima cukai”.
“Pada hari itu semua makhluk akan hidup
dalam keadaan aman dan damai tanpa ada perasaan hasad dan dengki. Orang Arab
ketika itu akan merampas kembali haknya. Bumi akan mengeluarkan cahaya dan
menumbuhkan tanam-tanaman seperti zaman Nabi Adam as dan manusia dapat
memakannya sehingga kenyang.”
Ibn Katsir berkata “ Abdul Rahman
al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik sahaja.
Hadis ini tidak sahih namun terdapat hadis lain yang seakan dengannya.
Diantaranya yang diriwayatkan oleh Muslim Bin Abdullah Bin Umar, bahawa Rasul
SAW bersabda
“Kamu akan memerangi Yahudi. Kamu akan
memerangi mereka habis-habisan sehingga batu ditempat persembunyian mereka akan
memberitahu disini ada Yahudi! Bunuhlah dia!”
Diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Ibn Mas’ud
dari Rasulullah SAW
Juga ditulis didalam Bible |
“Pada malam aku diisrak mikrajkan aku
telah berjumpa dengan Ibrahim,Musa dan Isa. Mereka membincangkan tentang hari
kiamat dengan menanyakan permasalahan kepada Ibrahim tetapi beliau menjawab “Aku
tidak ada pengetahuan tentang kiamat, cuba kalian tanya kepada Musa namun Musa
memberikan jawapan yang sama”. Lantas mereka bertanya kepada Isa dan beliau
berkata “ Sebenarnya tidak ada yang mengetahui hal ini kecuali ALLAH. Menurut
yang dijanjikan kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan ditangan ku ada dua
sabit (alat pemotong). Sebaik sahaja Dajal melihatku, dia hancur
seperti timah yang lebur. Allah akan membinasakannya begitu juga dengan orang
kafir sehingga semua makhluk akan memberitahu dimanakah kedudukan mereka”
Kata Nabi Isa lagi “ Setelah ALLAH
membinasakan mereka, orang-orang muslim akan pulang kerumah mereka dan pada
waktu itulah Yakjuj dan Makjuj akan muncul
dan bertebaran disegenap penjuru,
kerana banyaknya mereka itu semua tempat menjadi sesak dan tiada satu pun yang
dapat dimakan dan diminum oleh manusia kerana sudah dihabiskan mereka
sehinggakan air tasik dan sungai juga menjadi kering”
Arah datangnya Yakjuj dan Makjuj |
Diriwayatkan oleh Ismail Bin Ishak,
Rasullullah SAW bersabda
“Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin
Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah atau sehingga ALLAH
menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa
dan Ashabul Kahfi akan mengerjakan
haji kerana selama ini mereka belum mati dan
belum pernah mengerjakan haji”
Sekadar hiasan |
Menurut Ibn Katsir dari Muhammad bin Ka’ab
al-Quzairy berkata “ Ashabul kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan akan
sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah dan akan
dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah SAW.Menurut riwayat, Nabi Isa
akan dimakamkan bersebelahan dengan makam Nabi SAW kuburnya Saidina Abu Bakar
ra dan Saidina Umar ra. Beerti makam Nabi Isa adalah kubur yang ke empat.
Wallahua’lam.