oleh MHR
Isu politik negara berubah dari minggu ke minggu dengan
memperlihatkan pelbagai reaksi daripada masyarakat Malaysia. Walaupun isu-isu
itu sering menjadi topik yang menimbulkan tanggapan negatif dan menyakitkan
hati namun tiadalah yang paling besar apabila isu YDPA yang dianggap
menyalahgunakan wang rakyat menjadi kemuncak kepada seluruh orang Melayu.
Dalam satu minggu saya membuat pemerhatian di fb dari
beberapa laman kawan-kawan dan saya mendapati bahawa bukan Melayu hanya membuat
bising di fb saja tanpa bergerak ke mana-mana, maksud saya sekiranya mereka
tidak berpuas hati kepada institusi atau apa saja bentuk kuasa yang kini di
PEGANG oleh orang MELAYU maka mereka harus sedar keadaan ini. Keadaan dimana
mereka tidak berkuasa ke atas orang Melayu.
Menarik sekali apabila isu RRM (Raja-raja Melayu)
dijadikan uji kaji oleh parti politik yang saya anggap sebagai memperjuangkan
pribumi di Malaysia. Menarik juga apabila yang cuba menodai institusi ini
adalah dari "pribumi" sendiri. Apakah mereka tidak ada kerja untuk
membuat yang sedemikian rupa? Natijahnya kaum lain sudah pun berani membuat
kritikan secara terbuka kepada institusi RRM. Siapa yang harus
dipertanggungjawab? Institusi MRR (Majlis Raja-raja) adalah satu badan yang
telah dibentuk dan dipersetujui oleh British sejak 1902 lagi. Malah para
penjajah sendiri tidak pun berjaya menjatuhkan kedudukan RRM di Tanah Melayu
selama 83 tahun. Begitulah dengan
Belanda di Riau dan seluruh Indonesia yang juga memilih
untuk tidak mengganggu gugat institusi RRM dengan apa cara sekalipun. Oleh itu
kenapa ada sebilangan kita yang memilih jalan membogel hal-hal RRM? Apakah
kepuasan yang mereka dapat? dan adakah dengan kononnya menjadi korban, orang
Melayu akan menghormati dan mengenang jasa mereka?
Semasa Malayan Union dilancarkan terdapat khabar angin
yang mengatakan bahawa Malayan Union telah pun dipersetujui oleh RRM namun
apabila hal ini dibawa ke London, sidang Parlimen mengatakan Harold Mc Michel
telah menggunakan paksaan kerana mereka telah pun menerima kawat (telegram)
daripada Sultan Kelantan yang mengatakan bahawa isi perjanjian itu tidak dapat
dibaca sepenuhnya. Sultan Kelantan yang akan sedikit sebanyak undang-undang
British telah pun membantah dan dengan itu seramai 10 ribu rakyat Kelantan
mengadakan perhimpunan membantah cadangan MU ini.
Hal yang sama turut berlaku di Kedah, telegram telah di
hantar beberapa kali oleh Sultan Kedah dan seramai 50 ribu rakyat Kedah
berhimpun membantah keputusan Malayan Union yang di pelopori oleh gerakan
SEBERKAS dan parti-parti haluan kiri yang lain. Namun begitu, Sultan Johor
merupakan Sultan paling awal menandatangani perjanjian MU dan paling awal mendapat kecaman daripada rakyat bila
mana rakyat Johor telah menggunkan Undang-undang Tubuh Johor bagi mendakwa
tindakan yang dibuat oleh Sultan Johor.
"Rakyat berhak membantah dan menjatuhkan kedudukan
Sultan sekiranya tindakan yang dibuat memudaratkan negeri dan bangsa Johor"
Seramai 1 ribu orang membantah keputusan yang dibuat oleh
Sultan Johor yang menyebabkan Sultan Johor akur dan mengaku bersalah ke atas
tidakan yang dibuat.
Dari Utara ke Selatan, seluruh orang Melayu membantah
keras tindakan yang dibuat oleh British. Kesamarataan hak dan penghapusan kuasa
RRM secara halus merupakan pokok utama bantahan orang Melayu.
"Kita adalah tuan tanah dan selama ini kita percaya
British akan adil selepas mereka datang semula ke TM tapi mereka telah membawa
dasar yang lebih teruk dan menyusahkan"
Hal kerakyatan juga menjadi perdebatan hangat dikalangan
kaum di TM pada ketika itu. Prinsip Jus Soli, rakyat adalah subjek RRM dan
kedudukan Negeri Selat menjadi topik paling panas dan menyakitkan hati buat
semua kaum khasnya orang Melayu.
PKMM yang diketuai oleh Dr Burhanudin Al Helmy menentang
kedudukan orang British dan bukan asli Melayu Darah Keturunan Arab (DKA) dan
Darah Keturunan Keling (DKK) ) mendapat taraf kewarganegaraan apatah lagi
imigran Cina dan India. (Akan disambung ke topik lain) Secara signifikannya
apabila dikaitkan dengan isu politik semasa, bantahan terhadap 3 perkara
istimewa orang Melayu telah pun dipertahankan lagi sebelum adanya Perlembagaan Negara dan Pilihanraya Umum. Mobilasi rakyat
Melayu terhadap Sultannya telah dibuktikan dalam sejarah walaupun pada zaman
itu kerabat raja sebolehnya tidak berkahwin/bercampur dengan rakyat biasa.
Bantahan demi bantahan telah dibuat hingga hari ini.
Bukanlah seorang Sultan itu yang hendak dipertahankan tetapi institusi yang
memegang hal agama Islam dan Adat Istiadat Melayu itu yang menjadi perkara
paling utama. Persepsi menjatuhkan seorang Raja Melayu akan melibatkan semua
Raja Melayu. Kaum bukan Melayu selama ini tidak pernah bersetuju dengan adanya
RRM, malah pada sebilangan mereka, RRM ini dianggap seperti "membela mayat
hidup", tidak berfungsi dan tidak memberikan faedah.
Menghapuskan seorang Sultan akan menghapuskan bersama
kedudukan agama Islam dan keistimewaan Orang Melayu secara tidak lansung.
Persepsi buruk yang cuba ditonjolkan akan menyebabkan lebih ramai Melayu yang
buta sejarah tidak akan faham mengapa perlunya ada MRR.
Ironisnya, Jepun yang kalah perang dunia ke 2 tidak
pernah menjatuhkan Maharajanya. Arab Spring yang berlaku beberapa tahun lalu
tidak juga menyentuh hal kedudukan Raja-raja Arab. Apatah lagi raja-raja Eropah
yang amat jarang sekali kita dengar pertikaian diantara mereka dengan rakyat. Tapi
di Malaysia, pengorbanan yang dibuat oleh RRM telah dipandang dari kaca mata orientalis.
RRM tidak dipandang dari kaca mata seorang rakyat Melayu. Mereka inilah
kumpulan "liberal Melayu" yang kononnya memperjuangkan hak rakyat.
Analoginya kurap di badan kalau tidak diselak tiada siapa
akan mencemuh. Namun segelintir Melayu memilih untuk menunjukkan kurap yang ada
di badan kepada orang ramai dengan alasan hendak mencari ubat, sedangkan di
kalangan ahli keluarga sendiri (kaum Melayu) terdapat ramai pakar dan mereka
yang tahu cara untuk mengubati. Malu yang ditutup akhirnya menjadi peluang kepada kaum
lain untuk mencemuh orang Melayu sedangkan kaum lain tidak pernah mempedulikan
masalah-masalah orang Melayu. Selama ini pun mereka mengatakan Melayu adalah
kaum paling rasis dan selalu bertindak terburu-buru.
Akhirnya siapa yang rugi Kita atau mereka? lihatlah dari
kaca mata sejarah yang cuba bersikap adil namun dalam masa sama bias terhadap
bangsanya sendiri kerana itulah pekerjaan ahli sejarah. Selain mendidik ahli
sejarah harus melawan segala hujah luar terutama sekali menghapuskan penjajahan
minda yang dibuat oleh Barat.
Barat tidak pernah berjaya menjatuhkan institusi RMM dan
cuba menyelesaikan semua perkara secara dalaman kenapa ada di antara kita
memilih untuk terlau terbuka? Apakah justifikasinya?
Sumber
Masyarakat Melayu Moden eds Khoo Kay Kim
Sejarah Asia Tenggara, Gilbert Khoo
Malaysia History, Andaya
Politik Istana Johor, Abdullah Zakaria
Dr Burhanudin Helmy, Kamarudin Jaafar
luckyong77.com
BalasPadamHi there. Very cool site!! Guy ..Wonderful .. I will bookmark your website and take the feeds additionally…I am glad to locate so much useful info right here in the article. Thanks for sharing…https://serveridnplay.blogspot.com/
BalasPadamArtikel yang sangat bagus dan bermanfaat. Jika ada waktu mungkin anda bisa berkunjung ke halaman saya.
BalasPadamSITUS SLOT88 ONLINE
“Awesome write-up. I’m a regular visitor of your web site and appreciate you taking the time to maintain the nice site. I’ll be a regular visitor for a really long time.”
BalasPadamhttp://www.loginsamgong.com
http://www.ligaprancis.net
BalasPadamhttp://www.daftarsamkong.net
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamAgen judi sbobet88 merupakan situs taruhan judi bola online yang menyediakan banyak sekali pertandingan sepakbola di berbagai negara di dunia,termasuk Liga di Eropa maupun indonesia.
BalasPadamBergabung dan bermainlah bermain agen terbaik masa kini. Bettor akan banyak mendapatkan keuntungan jika bergabung di website ini. Untuk pendaftaran tidak perlu pusing dan repot, Bettor bisa langsung klik live chat di sebelah kanan bawah ini, Costumer servis kami akan selalu siap melayani anda bettor yang terhormat. Terima Kasih.s128
BalasPadamAyo, tunggu apa lagi,segera daftar dan uji keberuntungan anda disini. di Agen judi online terpercaya
BalasPadam