Ahad, 3 Jun 2018

UiTM: DOSA BESAR DI MATA IMIGRAN


Kitab Sejarah Malaya

Belakangan ini, suara-suara sumbang yang mempertikaikan kewujudan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai sebuah institut pendidikan tinggi awam yang khusus untuk anak-anak Bumiputera semakin lantang kedengaran. UiTM seolah-olah menjadi sasaran serangan dan tomahan sesetengah pihak dan individu kerana peranannya sangat besar dalam bidang pendidikan Bumiputera. Artikel ini ditulis sebagai suatu respon buat mereka yang membenci UiTM dengan berselindung di sebalik tuntutan hak sama rata sebagai rakyat Malaysia.

Buat pengetahuan para pembaca, sejarah awal penubuhan dan peranan UiTM bermula pada tahun 1956 di bawah naungan Rural and Industrial Development Authority (RIDA) yang dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA. Idea penubuhan Dewan RIDA ini telah diketengahkan oleh Datuk Onn Jaafar sebaik sahaja pulang daripada lawatan rasminya ke Ceylon (Sri Lanka) pada tahun 1951. Setelah RIDA ditransformasikan menjadi Majlis Amanah Rakyat (MARA), institut pendidikan ini turut dijenamakan semula menjadi Maktab MARA pada tahun 1965. 

Sejak itu ia terus berkembang menjadi sebuah institut pendidikan utama khusus buat kaum Bumiputera khususnya kaum Melayu dan pada tahun 1967, ia sekali lagi dinamakan semula sebagai Institut Teknologi Mara (ITM) dan dinaiktaraf sebagai sebuah universiti pada tahun 1996. Pada 26 Ogos 1999, ITM telah dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) secara rasmi dengan menyediakan pelbagai bidang pengajian berteraskan akademik dan teknikal yang khusus buat Bumiputera sahaja sesuai dengan tujuan penubuhannya pada tahun 1956.

Jika dirujuk kembali kontrak sosial 1948 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, penubuhan UiTM dan dasar pengambilan pelajarnya yang hanya terhad kepada kaum-kaum Bumiputera sahaja adalah selari dengan hak istimewa buat Bumiputera yang telah dipersetujui secara bersama oleh wakil-wakil kaum imigran itu sendiri sebagai timbal balik di atas kesediaan kaum Melayu menerima mereka sebagai rakyat negara ini. Dalam bahasa mudahnya, selagi mana kewujudan UiTM selari dengan peruntukan Perlembagaan, selagi itulah mereka tidak berhak untuk mempersoalkan dasar-dasarnya yang khusus buat Bumiputera. 

Usah dipersoalkan kewujudan UiTM yang kelihatan seolah-olah bersifat rasis sedangkan kewujudan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan AIMS University itu sendiri ditubuhkan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk memajukan bidang pendidikan tinggi kaum Cina dan India walaupun kedua-duanya secara umum masih terbuka untuk disertai oleh anak-anak dari kaum lain.

UTAR yang ditubuhkan oleh MCA pada tahun 1997 sendiri telah memperlihatkan sifat kecinaannya apabila menjadikan pendidikan Cina sebagai asas kepada sistem pengajiannya yang diakui sendiri oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liong Tiong Lai. UTAR diketahui memiliki hubungan persefahaman (MoU) yang sangat erat dengan Universiti Beijing, China dan Universiti Tsing Hua, Taiwan. AIMS University pula merupakan sebuah universiti yang ditubuhkan oleh tokoh-tokoh MIC dan golongan profesional India bagi menyediakan peluang pendidikan tinggi dalam bidang perniagaan dan sains perubatan buat anak-anak kaum India di negara ini.

Lebih adil sekiranya mereka yang menuntut hak sama rata dalam bidang pendidikan tanpa dibatasi isu kaum atau bangsa itu mempersoalkan kewujudan kedua-dua univesiti yang disebutkan di atas terlebih dahulu sebelum mahu menyerang UiTM. Kewujudan kedua-dua IPTS tersebut bukan sahaja bersifat rasis, malahan hak penubuhannya juga tidak pernah tercatat dalam Perlembagaan seperti mana hak untuk mewujudkan UiTM.

Jika benar mereka ikhlas menuntut hak sama rata dalam mendapatkan pendidikan tanpa sebarang prejudis, seharusnya mereka perlu mempersoalkan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan India iaitu bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Jelasnya di sini, kewujudan SJK(C) dan SJK(T) adalah punca utama berlakunya perbezaan antara kaum yang menghalang kepada pembentukan sebuah Bangsa Malaysia yang bersatu padu. 

Hal ini kerana kanak-kanak daripada pelbagai bangsa telah pun diasingkan mengikut sistem persekolahan yang berbeza sejak dari kecil lagi sehingga membentuk pola pemikiran mereka berasaskan kaum dan bukannya berasaskan perpaduan. Namun begitu, menjadi suatu kehairanan mengapa pula kini kewujudan UiTM yang berperanan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi buat Bumiputera pula yang dicemuh dan dipersoalkan. Ternyatalah di sini, tujuan utama pihak yang mempersoalkan kewujudan UiTM bukannya mahu menuntut perbezaan antara kaum dalam sistem pendidikan dihapuskan, tetapi sebaliknya tujuan utama pihak tersebut adalah mahu salah satu institusi pengajian tinggi yang menjadi keistimewaan Bumiputera yang dibubarkan.

Penulis pernah membaca satu pengakuan salah seorang daripada mereka yang menuntut agar UiTM dibuka kepada semua kaum bahawa mereka juga merupakan rakyat tulen negara ini kerana telah dilahirkan dan menumpahkan taat setia mereka hanya kepada negara ini. Oleh itu, mereka berhak menuntut agar diberi hak yang sama seperti kaum Bumiputera yang lain kerana mereka berpendapat dalam jangka masa 100 tahun akan datang, tiada lagi istilah kaum asal, Bumiputera, atau pemilik asal negara ini kerana generasi-generasi akan datang hanya akan memandang peranan Bumiputera sebagai pemilik asal tanah ini dan kontrak sosial yang termenterai antara kaum Melayu dengan kaum-kaum imigran hanyalah sekadar sejarah yang bersifat sentimental semata-mata.

Kesimpulannya, pihak yang “memusuhi” kewujudan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Bumiputera boleh dibahagikan kepada beberapa golongan. Golongan pertama adalah golongan imigran berfikiran rasisme yang tidak menyenangi wujudnya keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera lain di dalam Perlembagaan Persekutuan, golongan kedua adalah mereka yang tidak memahami aturan kontrak sosial antara leluhur mereka dengan kaum Melayu ketika diterima sebagai rakyat di negara ini, dan golongan ketiga pula adalah mereka yang berpura-pura menyokong konsep Bangsa Malaysia demi memperoleh hak keistimewaan seperti yang dimiliki kaum Bumiputera pada hari ini untuk kepentingan diri sendiri. Pepatah Melayu lama seperti Belanda minta tanah dan kaduk naik junjung, amatlah sesuai ditujukan buat tiga golongan tersebut. Secara peribadi penulis melihat peranan golongan-golongan tersebut sama seperti parasit yang amat berbahaya terhadap sisem masyarakat di Malaysia dan wajar disingkirkan dengan apa jua cara sekalipun secepat mungkin demi keharmonian antara kaum.

-MOHAMAD HAFEZ MOHAMAD RIPIN    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan