Lakaran A Famosa pada 1604 |
Hari ini 10 Ogos merupakan
tarikh Kota A Famosa binaan Portugis dimusnahkan oleh Raffles iaitu pada tahun
1807. Pemusnahan kota ini sebenarnya tidak mendapat kelulusan dari pada Pejabat
Tanah Jajahan British di India. Tidak dapat dipastikan mengapa pemusnahan ini
dilakukan oleh Raffles, terdapat pendapat mengatakan bahawa tujuannya adalah
untuk membesarkan kawasan Bandar Hilir bagi tujuan pembangunan koloni Belanda
kerana British memperolehi Melaka secara rasminya pada tahun 1824. Terdapat juga pendapat lain mengatakan bahawa
pemusnahan ini bagi melemahkan pertahanan Melaka yang selama ini dikuasai
Belanda. Hampir kesemua kawasan itu termasuk kesemua kubu, tembok-tembok,
hospital besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik
simpanan telah diletupkan dan diratakan namun hanya pintu gerbang saja yang
tidak sempat dimusnahkan oleh kerana pihak pentadbiran British sudah dapat menghidu
perbuatan Raffles itu.
Kota ini mempunyai
sejarah yang begitu panjang kerana ia teletak betul-betul di laluan utama Selat
Melaka malah admin percaya binaan menara-menara masjid sekitar Melaka merupakan
sambungan kota ini sebagai contohnya menara Masjid Tengkera dan Masjid Kampung
Hulu.
Kedudukan Binaan Di dalam Kota Melaka |
Walaupun begitu
menurut catatan Portugis kota asal Melaka diperbuat daripada kayu yang kuat dan
sukar untuk ditembusi. Oleh kerana itulah serangan dilakukan sebanyak 2 kali.
Selepas kejayaan menakluk Melaka, orang-orang Portugis dengan pantas
membangunkan kota ini dengan mengambil apa saja batu yang berada di seluruh
Melaka termasuklah batu nisan makam pahlawan Melaka. Perlu ditegaskan bahawa
menurut catatan Portugis bahwa Pulau Upeh pada satu masa itu merupakan sebuah
kuari batu selain daripada Sumatera. Kedudukan dan struktur bangunan kota ini
kekal walaupun ia telah bertukar tangan pada tahun 1641 kepada Belanda.
Serangan Melaka dan
dokumentasi yang dibuat oleh Portugis keatas kota ini termasuklah penjajah lain
membuktikan bahawa kota Melaka sememangnya wujud dan bukan sebuah rekaan
sejarah seperti kepercayaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kota Melaka
tidak wujud kerana sehingga kini tidak ditemui bukti arkeologi berkenaan kota
asal Melaka. Ini kerana hampir kesemua bangunan Melaka pada waktu itu diperbuat
daripada kayu termasuklah rumah, gudang dan stor. Disamping itu semasa serangan
ini dilakukan dan selepas kejayaan menakluk Melaka tentera Portugis telah
membakar sebahagian besar binaan ini bagi mengelak ia menjadi tempat
perlindungan serangan hendap tentera Melaka.
Apakah kepentingan sejarah Melaka kepada seluruh orang Melayu? Sila ikuti pautan ini.
Apakah kepentingan sejarah Melaka kepada seluruh orang Melayu? Sila ikuti pautan ini.
Sumber
Portuguese Document In Malacca, Arkib Negara Malaysia
JMBRAS Vol 8
Sejarah Kesultanan Melaka, Yusuf Hashim
Sejarah Kesultanan Melaka, Yusuf Hashim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan