Pada tarikh ini 9 Ogos korang ingatlah betul-betul bahawa ia adalah tarikh Singapura terpisah dari Malaya buat selama-lamanya. Pada tarikh inilah juga kita terpisah dengan saudara kita yang berada disana dan pada tarikh inilah kita sudah terputus hubungan dengan bangsa kita.
Sejak nama Temasik
ditemui dalam naskah-naskah kuno China maka selama itulah ia menjadi sebahagian
dari kita. Temasik juga dikenali sebagai Pulau
Ujung. Pulau Ujung/ Temasik ini kemudian dinamakan sebagai Singapura oleh Sang
Nila Utama setalah mendapat bantuan untuk membuka kawasan pulau itu dari ayah
mertuanya Raja Bentan. Menurut Wang Ta Yuan pedagang Cina telah sampai ke Temasik
pada tahun 1349 di dalam bukunya bertajuk
“Brief Records of the Island Barbarians”.
Wang Ta Yuan adalah seorang pengembara dari
Quanzhou, China semasa Dinasti Mongol Yuan pada abad ke-14. Pada 1328-1333,
Sekitar tahun 1330, Wang telah melawat
Singapura, di mana ia telah menulis tentang sebuah penempatan kecil
bernama Dan Ma Xi (Temasik) sebelum Asia Selatan.
Pada 1334-1339 pula beliau
telah melawat utara dan Timur Afrika.
Selama ratusan
tahun itulah kita sangat susah hendak menemukan nama Temasik sehinggalah ia
muncul semula pada abad ke 19, apabila Sultan Johor pada waktu itu telah
memajak Singapura selama-lamanya kepada Raffles melalui William Farquhar dan
pada saat itulah Singapura telah bertukar nama dan menjadi pelabuhan entrepot
paling maju pada waktu itu malah telah mengalahkan mana-mana pelabuhan yang
pernah wujud pada waktu itu.
Akhirnya pada tahun 1824 wilayah Alam Melayu telah dibahagi kepada 2 kawasan dimana Riau Lingga telah menjadi kawasan Belanda yang akhirnya disebut sebagai pulau-pulau Indonesia manakala Singapura telah dijadikan sebagai Negeri Selat dengan ditadbir oleh seorang Residen General berkuasa penuh bersama-sama Melaka dan Pulau Pinang.
Akhirnya pada tahun 1824 wilayah Alam Melayu telah dibahagi kepada 2 kawasan dimana Riau Lingga telah menjadi kawasan Belanda yang akhirnya disebut sebagai pulau-pulau Indonesia manakala Singapura telah dijadikan sebagai Negeri Selat dengan ditadbir oleh seorang Residen General berkuasa penuh bersama-sama Melaka dan Pulau Pinang.
Masuk abad ke 20 kemajuan
Singapura telah menarik pelbagai orang untuk datang kesana, malah dipercayai
pada waktu itu masih banyak lagi perkampungan Melayu antaranya ialah Kg Gelam. Disitulah
Studio Jalan Ampas dibina dan telah berjaya melahirkan seniman-seniman terbaik
sepanjang zaman. Namun masuk era 1930an setelah berlaku perpecahan politik di
Tanah Besar China sedikit sebanyak telah memberi impak sosial kepada
orang-orang Singapura, malahan dipercayai orang-orang Cina Singapuralah antara
pendana terbesar kepada Revolusi China yang diketuai oleh Sun Yat Sen. Pada
waktu inilah munculnya Gerakan Islah yang melahirkan kefahaman politik moden orang Melayu apabila
berlaku pertentangan pendapat Kaum Muda dan Kaum Tua.
Kemudiannya
lahirlah Persatuan Melayu Singapura yang menuntut agar pendidikan Melayu dapat
di naik taraf kearah yang lebih baik merangkumi semua lapisan masyarakat
Melayu. dari PMS ini pula telah melahirkan pelbagai persatuan Melayu di negeri
masing-masing.
Sepanjang abad ke
20 itu, Singapuralah ibu kemodenan bagi orang Melayu dan kaum lain. Disitu
jugalah bidang suratkhabar dilahirkan yang kemudiannya menumbuh mekarkan bidang
percetakan buku di Jalan Acheh Pulau Pinang. Dari kegiatan ini pula lahirlah
tokoh-tokoh sasterawan negara antaranya Keris Emas dan Usman Awang.
Di Singapuralah
Universiti Malaya dilahirkan dan kemudiannya pada hari ini dikenali sebagai Universiti
Nasional Singapura dan Universiti Malaya dipindahkan ke Kuala Lumpur.
Universiti Malaya&Singapura berasal dari Kolej Perubatan King Edward VII
(ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929).
Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949
yang pada ketika itu berpusat di Singapura. Namun pada tahun 1959 kedua-dua
gabungan ini membawa haluan masing-masing dimana pada tahun 1962 UM ditubuhkan
secara rasminya.
Masuk era
penjajahan Jepun turut menyaksikan pembunuhan beramai-ramai orang Cina yang
terus diingati sebagai pembunuhan beramai-ramai paling kejam di Asia Tenggara
yang dikenali sebagai “Sook Chin Massacre” dan di Bukit Chandanlah Leftenan
Adnan dan platunnya gugur. Leftenan Adnan telah diangkat sebagai wira bagi rakyat
Singapura namun sejarahnya dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia.
Keluarnya Singapura
dari Malaya adalah disebabkan pelbagai faktor antaranya ialah disebabkan kesan
politik yang berlaku pada waktu itu, dipercayai bahawa jumlah besar orang-orang
Cina di Singapura tidak mampu ditandingi oleh jumlah orang Melayu pada waktu
itu dan atas sebab itulah sebelum Singapura keluar dari Malaya, Sabah dan
Sarawak juga digabungkan bersama dengan Malaya bagi mengimbangi jumlah penduduk
apabila sampai waktu pilihanraya kelak. Oleh itu pada tahun 1963 keluarlah
Singapura dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah Sarawak dan Brunei dan membentuk
kerajaannya sendiri dibawah pimpinan Lee Kuan Yew. Pada tahun 1964
piliharanraya umum ke 2 dilansungkan di Tanah Melayu tanpa kehadiran Sabah dan
Sarawak kesan daripada Konfrantasi dengan Indonesia pada waktu itu.
Masuk era 1970an
dan seterusnya nama Singapura hanya dikenali melalui pasukan bola sepaknya
kerana
telah beberapa kali menjuarai liga Malaysia dan piala Malaysia namun
selepas itu nama Singapura terus hilang dan dianggap antara pesaing terbesar
kepada Malaysia selain daripada Indonesia dalam acara sukan ini. Walaupun ramai
pemainnya adalah berbangsa Melayu namun terasa jauhnya mereka dari kita.
Hari ini Singapura
menjadi sebuah negara maju malah antara negara terkaya di Asia Tenggara. Namun
sejarah hubungannya dengan Tanah Melayu tetap kekal sepanjang zaman selagi mana
orang-orang Melayu di Malaysia mengingatkan mereka tentang hubungan kita dan
mereka bahawa pada satu masa dan selamanya darah mereka adalah darah kita.
Selamat Tinggal
Singapura...moga berjumpa lagi.
Sumber
Sejarah Singapura, Buyong Adil
Tanah Baru Naga Selatan, MH Roslan
Percetakan Awal Di Jajahan Selat,
Cecil K.Byrd
Sejarah UM, web UM.
The Third China, CP Fritzgerald
Politik Al Imam, Abdul Aziz Mat Ton
Paham Politik Perkaum, KJ Ratnam
Gambar
Gambar
-MH Roslan-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan