Memandangkan semalam Malaysia menang peringkat
separuh akhir menentang Indonesia 1-0 maka terlintas di hati admin nak cari
kisah sejarah bola sepak. Umumnya ramai yang beranggapan bahawa bola sepak
dunia bermula di England pada tahun 1883 apabila ia mula dipertandingkan
diantara bandar.
Maharaja Yong Le dari Dinasti Ming |
Namun tahukah anda bahawa bola sepak dipercayai
bermula di China sekitar kurun ke 3 SM. Permainan ini dikenali sebagai Cuju.
Permainan ini mula wujud pada zaman 7 negara ataupun dikenali sebagai Warring
States. Permainan ini akhirnya dimainkan diseluruh China malahan dijadikan
sebagai permainan tahunan diraja pada setiap zaman atau dinasti dari Dinasti Han
hinggalah Dinasti Ming.
Terdapat pelbagai lukisan yang memberikan bukti
bahawa permainan ini sememangnya berasal dari China dan menariknya ruang untuk
menjaringkan gol mula dikurangkan dari beberapa gol menjadi satu gol sahaja
pada zaman Dinasti Song. Menariknya permainan ini turut dimainkan oleh Maharaja
Yong Le dari Dinasti Ming.
Untuk pengetahuan korang pada tahun 1405 Maharaja
Yong Le menghantar Cheng Ho untuk melantik ketua puak tersebut sebagai raja
dengan memberi 2 cop mohor perak, sebuah topi, sebuah tali pinggang dan sehelai
jubah. Cheng Ho kemudiannya membina sebuah tablet batu (prasasti) yang
menyatakan bahawa Melaka adalah sebuah Negeri dan sejak itu Melaka tidak
diganggu oleh Siam.
Ntah-ntah zaman Melaka dulu pun dah ada orang
main bola.. sapa tau.. haha
Kemari di Jepun |
Permainan bola sepak ini dikemudiannya berkembang
hingga ke Jepun dan dikenali sebagai Kemari. Permainan ini mula
diperkenalkan di Jepun sekitar 600M dan turut sama mengalami asimilasi seperti
mana di China dengan menggunakan satu gol dan sejumlah pemain. Hari ini Kemari
hanya dimainkan di kuil-kuil Shito semasa perayaan atau pesta disambut.
Walaupun begitu berkemungkinan besar permainan ini
sudah mula berkembang ke seluruh dunia namun dengan cara dan peraturan yang
berbeza kerana pada waktu ini semasa zaman Empayar Rom, bola sepak dikenali
sebagai Harpastum. Permainan ini menggunakan bola yang lebih
kecil iaitu sebesar bola lisut dan dimainkan dengan kejam dan tanpa belas
kasihan sehingga membawa kepada kemalangan yang teruk seperti patah kaki dan
sebagainya.
Harpastum pada zaman Rom |
Pada tahun 1888, bola sepak moden mula
diperkenalkan di England dan akhirnya mula dipertandingkan di Sukan Olimpik
pada tahun 1908 di London. Sebenarnya pertandingan
ini mula dicadangkan pada tahun 1900 di Perancis namun tidak mendapat persetujuan
dari pelbagai pihak. (Admin pernah tengok satu filem pasal ni tapi dah lupa
tajuknya.. dah lama sangat).
Bola Sepak di England |
Akhirnya pada tahun 1930, World Cup ataupun Piala Dunia mula dipertandingkan dan
mula diangkat sebagai Raja/Ibu segala sukan. Memandangkan ia telah
dipertandingkan diperingkat dunia sebuah piala telah dicipta dan diberi nama
Jules Remet iaitu bersempena nama Presiden Fifa ke 3 dari Perancis yang turut
sama menjadi Presiden Bola Sepak Perancis dari tahun 1919 hingga 1942. Piala
ini digunakan sehingga tahun 1970 sebelum ia dikatakan hilang dan digantikan
dengan piala baru yang kekal hingga hari ini. Piala Jules Rimet pertama kali
dijulang oleh pasukan Uruguay dan berakhir di tangan Brazil iaitu pada tahun
1970 dan Piala Jules Remet ini kekal berada di Pejabat Bola Sepak Brazil
sehingga kini.
Jules Remet |
Pasukan Brazil 1970 |
Pada tahun 1920 bola sepak mula diperkenalkan di
Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dan akhirnya dikembangkan sehingga hari ini, FAM
kemudianya ditubuhkan pada tahun 1933. Setelah Malaysia mendapat Kemerdekaan FAM
mula diambil alih pada tahun 1958 dan sehingga 2017 hanya terdapat 6 individu
yang menjawat jawatan Presiden FAM dengan Sultan Pahang menjadi Presiden paling
lama iaitu pada tahun 1984 hingga 2014 dan terdapat pelbagai detik suka dan
duka dalam kancah bola sepak negara di peringkat antarabangsa namun yang paling
tidak boleh dilupakan ialah apabila Malaysia layak ke sukan Olimpik Moscow pada
tahun 1980 namun keputusan kerajaan Malaysia yang memboikot serangan Russia
keatas Afganistan telah menutup peluang pasukan negara untuk menyertainya dan
ia seoalah-olah menjadi badi sehingga ke hari ini.
Pasukan Malaysia 1970 |
Walaupun begitu, sejak 20 tahun kebelakang ini
menyaksikan kebangkitan skuad negara terutama sekali skuad Sukan SEA yang telah
beberapa kali mendapat pingat emas. Paling best sekali ialah apabila berjaya mendapat
pingat di Sukan SEA Palembang pada tahun 2011.
Admin harap momentum ini dapat dikekalkan.
Harimau Selamanya! Aummmmm..!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan