Isnin, 28 Ogos 2017

Merdekalah Patani!

Kitab Sejarah Malaya
Perdana Menteri Thailand
sambungan dari http://kitabsejarahmalaya.blogspot.my/2017/08/patani-impian-kemerdekaan-yang-derita.html

Sewaktu Perang Dunia II meletus Tengku Mahmud telah mengasaskan Gerila Force 136 bagi menentang tentera Jepun. Pada 3/10/1945 baginda pulang ke Tanah Melayu dan mengemukakan petisyen “Percantuman Patani-Tanah Melayu” pada 1/11/1945 kepada Senior Civil Affair Officer dan Lord Louis Mountbatten dan dilampirkan juga sejarah ringkas Patani dan Teluban kepada kedua-dua pihak. Petisyen tersebut menerangkan betapa seksanya orang Patani dibawah penguasaan Siam dan meminta “Negeri-negeri Bersekutu” @ Pihak Berikat membebaskan 4 buah wilayah Patani dan memberikan kebebasan kepada mereka untuk mentadbir sendiri. Petisyen tersebut berbunyi 


“Selama ini Patani hanya di perintah oleh Orang Melayu dan baru 50 tahun sahaja berada dibawah perintah Siam maka Pihak Berikat wajib membantu negeri ini dengan menyatukannya dengan Tanah Melayu agar tidak menjadi masalah di kemudian hari”

Pihak berkuasa tentera Malaya (BMA) juga menyokong tuntutan ini namun sayangnya cadangan tersebut tidak sempat dilaksanakan pada Siam dan British telah memeterai perjanjian damai pada 1/1/1946. Oleh itu pada 15/1/1946 petisyen tersebut di hantar sekali lagi supaya Patani dapat bergabung dengan Tanah Melayu sepertimana pengisytiharan San Francisco. WR Bird (wakil British di Siam) tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana Patani bukanlah dibawah naungan British menurut beliau British memerlukan kerjasama bagi tuntutan ganti rugi akibat perang dan bekalan beras percuma dan pada waktu sama Siam berada di bawah kuasa demokrasi liberal pimpinan Panomyong seorang pro Melayu. Buktinya beliau telah melantik Tuan Hj Samsuddin Chaem sebagai Sheikul Islam bagi masyarakat Patani. Bantahan oleh Bird membuatkan kerajaan British London terpaksa akur dan tidak mengambil apa-apa tindakan selepas itu.

Pada tahun 1946, kekacauan berlaku di Kampung Belukar Semak dan beberapa penduduk kampung telah di bunuh oleh pihak keselamatan Siam atas alasan mereka adalah pengganas. Kerajaan Thamrong yang mengambil alih kerajaan dari Panomyong telah bertemu dengan Tuan Hj Samsudin yang kemudiannya memohon untuk mewujudkan pemerintahan autonomi bagi empat wilayah selatan Thai. Walaubagaimanapun petisyen itu tidak berjaya apabila kerajaan Thamrong digulingkan oleh junta tentera Siam yang di pimpin oleh Songram pada 8/11/1947 yang di ketika itu di ketuai oleh Khuang Apaiwong. British dan Amerika enggan mengiktiraf kerajaan itu sehinggalah Januari 1948.

bersambung ke bahagian III....

Dipetik dan diolah dari
Sumber : Nik Anuar Nik Mahmud, Tengku Mahmud Muhyidin dan Perjuangan Mencantumkan Patani dan Tanah Melayu.

Semoga Allah menyatukan Patani dengan Malaysia. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan