Rabu, 30 Ogos 2017

Veteran British Malaya: Sambutan Merdeka ke 60


Sukarno

Pertama sekali aku bukan pakar militer dan aku pun bukan elitis bidang sejarah pasca dan selepas merdeka. Tapi aku dah baca beberapa posting pasal ni malah aku pun ada pm sorang dua kawan dari kedua belah pihak.

Jadi ini sudut pandang aku la..

Pertamanya pasal tulisan ISMA tu, pada satu sudut yang sangat halus aku nampak apa yang depa cuba nak sampaikan tu ialah survival British di Malaysia ni dari seorang penjajah berbaju kot yang akhirnya diangkat sebagai hero Malaysia.

Tapi kesilapan ISMA ialah mereka tak menerangkan dengan terpeinci apa sebenarnya yang mereka nak perjuangkan, apa yang aku nampak ialah mereka bantah kedatangan askar British tu dan kedatangan depa seolah-olah menidakkan perjuangan pahlawan Melayu dahulu. Depa juga kata Melayu ni Anglophilenya masih menebal.

Solusi hal ini, sepatutnya ialah kena bahagikan period SHTI, British, Komanwel. Baru nampak kedudukan British tu dimana dan apa peranan mereka. Sebelum lupa depa juga pertikaikan kenapa golongan kiri Melayu tidak dijemput bersama. Pada aku jawapannya mudah, kebanyakan puak kiri Melayu dilabel sebagai penyokong komunis dan yang lain pula membentuk PAS atau masuk semula kedalam UMNO.

Penubuhan UMNO pun dipersetujui oleh British atas alasan hendak memberikan kemerdekaan. Bab UMNO ni aku takmau ulas. Kena buat posting baru.

Jadi dalam hal veteran ni, aku agak bersetuju dengan geng militer sebab pada masa konfrantasi ni Indonesia dikuasai oleh PKI yang pada masa tu mendapat sokongan kuat dari Russia. Mungkin korang masih ingat pembersihan Sultan2 Melayu di Indonesia ni kerja sapa.

Jadi selepas terbentuknya Malaysia dan sikap Sukarno yang sangat anti Barat menyebabkan dia tak boleh menerima lahirnya sebuah negara baru kerana dia sering mengimpikan Melayu Raya namun akhirnya hanya tinggal Indonesia Raya. FYI, selepas Sukarno meninggal Indonesia mengalami hutang yang sangat tinggi dengan Belanda kerana Sukarno menjadikan Indonesia sebuah negara tertutup macam Korea Utara.

Pada masa ini juga di Tanah Melayu gerakan Komunis sudah mula muncul namun tidak kuat seperti mana tahun 60an apabila Mao Tze Dong mula berkuasa penuh di seluruh China. Kemasukan Sarawak dan Sabah juga disebabkan oleh kegusaran British kepada komunisme. British memang tak mahu Sarawak menjadi pengkalan komunis di Borneo.

Aku pun dh banyak kali tulis pasal plan SUPP terhadap Sarawak, siap share video lagi. Dari hal lain pula, aku ada baca blog Raja Petra pasal kemerdekaan, beliau tulis. Malaysia boleh merdeka tapi British takkan bantu apa2 dan ternyata masa British blah dari Tanah Melayu, dia tarik semua perkara samada perniagaan, modal kapital dan macam2 lagi.

Tapi disebabkan gerakan komunis mula kuat maka sebuah perjanjian keselamatan diadakan antara Malaysia-Singapura-British dan Anzac yang akan saling membantu dalam hal2 ketenteraan.Jadi bila tiba saat konfrantasi perjanjian tulah yang diguna pakai.

Jadi, apa yang diperdebatkan oleh ISMA tu pada aku hanya hal dalam kain yang sepatutnya dilihat dengan lebih luas. Bukan dalam tempurung. Lagi satu neokolonialisme yang Wan Fysal tulis tu pun aku tak berapa setuju walaupun sampai sekaarang masih ada lagi sisa British kat Malaysia ni macam Standard Charted yang fungsinya menjadi pemodal kepada Malaysia sekiranya negara takda duit.

Pendek kata kita kena korban sesuatu untuk dapatkan sesuatu dan paling mustahak ialah menentukan garis masa British itu sendiri. 83 tahun penjajahan British tu kena tengok dengan lebih luas dan paling nyata Cina berada didalam mana-mana ruang. Pendek kata dimana ada British disitu ada Cina.

Jadi solusi kepada semua hal ini ialah hal konfrantasi ni harus dibuat satu forum atau diwacanakan atau diperdebatkan sebab setakat aku tau hanya UKM saja yang pernah terbitkan buku pasal tajuk ni.

Sekadar pandangan. Bagi aku Veteran British tu tak salah tapi kapitalisme British tu yang membunuh semua orang Melayu dan kalau tak kerana Jepun aku yakin Malaya akan jadi macam Hong Kong merdeka 1997 atau tak merdeka lansung.

Australia dan NZ tu hak Queen kan?

Antara Buku yang korang leh baca pasal hal ni ialah

Malaysia, Rupert Emerson
The Third China, CP Friztgerald
Buku-buku tulisan Leon Comber
Sejarah Asia Tenggara Moden
Dasar British Terhadap Hubungan Malaysia-Indonesia
Gerakan Radikalisme, Ramlah Adam.
Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Khoo Kay Kim
Perniagaan British di Malaysia, Nicholas J White
Buku aku, Tanah Baru Naga Selatan..

dan banyak lagi.

MHR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan